Monday, 3 April 2017

Optimis

Salahkah bersedih?

Tidak.

Nabi Ya'qub diuji dengan kesedihan yang dahsyat. Pada mulanya kehilangan anakanda tercinta baginda Nabi Yusuf, kemudian ditimpa lagi kesedihan berganda apabila kehilangan lagi 2 orang anaknya (iaitu Bunyamin dan Rubil/Yahuda, menurut sebahagian ulama tafsir). Ya, Nabi Ya'qub pun bersedih.
"Dan dia (Ya'qub) berpaling dari mereka (anak-anaknya) seraya berkata, "Aduhai duka-citaku terhadap Yusuf," dan kedua-dua matanya menjadi putih kerana sedih. Dia diam menahan amarah." [Surah Yusuf (12): 84]
Bahkan kesedihan Nabi Ya'qub itu begitu dahsyat sehingga anak-anaknya risau kesedihan tersebut mengakibatkan keuzuran bapanya.
"Mereka berkata, "Demi Allah, engkau tidak henti-henti mengingati Yusuf, sehingga engkau (menghidap penyakit) teruk atau engkau akan mati/binasa." [Surah Yusuf (12): 85]

Ya, Nabi Ya'qub berasa kesedihan yang amat. Dan baginda mengadukan kesedihan ini kepada Tuhan yang memiliki hati dan perasaannya.
"Dia (Ya'qub) berkata, "Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. Dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tidak ketahui." [Surah Yusuf (12): 86]
Namun kesedihan Nabi Ya'qub bukanlah sekadar bersedih, apatah lagi membantutkan.
Dalam kesedihan yang dahsyat itu, baginda tetap optimis! Baginda tetap tidak berputus asa!
"Wahai anak-anakku, pergilah kamu, carilah (khabar) tentang Yusuf dan saudaranya, dan jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah kecuali orang-orang yang kufur."" [Surah Yusuf (12): 87]
Begitu jualah du'at (para pendakwah) itu tugasnya juga mengkhabarkan harapan, menyeru ke arah agama yang sifatnya optimis. Meski du'at sejati boleh berasa sedih dek dakwahnya diuji/difitnah/ditolak, namun keimanan hakiki tetap menguatkan sikap optimis.
Di hujung tangis, kesatlah air matamu dan kekalkan optimismu! 💪



* * * * *

Antara ciri gejala kemurungan (Major Depressive Disorder) ialah berasa diri sangat tak berguna dan berputus asa. Sometimes up to a point that you want to hurt or kill yourself. Yes, it happens. Sometimes it's not even your fault. It's okay to feel depressed. But please, seek help. It's never wrong to ask for help.
DSM-5 Diagnostic Criteria for MDD. Klik untuk besarkan gambar.


And if you notice any of your spouse/family/friends showing signs of depression, please provide good moral support to them. Really listen and help them to get help. Yes, you can make a difference.
Insya-Allah, jom


Tuesday, 22 November 2016

Merealisasikan Ikrar

Barangkali antara momen paling diimpi-impikan oleh setiap pelajar perubatan, ialah saat melafazkan ikrar graduan. Saat itu, segala penat lelah selama ≥5 tahun, berserta segala titisan air mata, peluh dan darah, seolah-olah terbayar dengan terbentuknya seorang doktor muda yang tegap berdiri melafazkan ikrar. Wah, tegapnya ia saat berdiri mengangkat tangan, melafazkan kata-kata ikrar dengan penuh semangat.

WCG '16 - Oh hemsemnya abam class rep memimpin bacaan ikrar graduan.

Ironinya, barangkali kebanyakan kita -termasuk saya- terlepas pandang tentang betapa beratnya nilai sekumpulan kata-kata yang dinamakan "ikrar".

* * * * * * *

IKRAR - menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 (yup yang kulitnya berwarna merah itu) didefinisikan sebagai "lafaz janji yang sungguh-sungguh, biasanya disertai dengan sumpah".

Sahabat sekalian,
Kehidupan seorang muslim, tidak boleh tidak dimulai dan disertai dengan ikrar. Bahkan, terutamanya bagi seorang yang berbapakan seorang muslim, kemungkinan besar juga antara kalimah terawal yang didengarkan kepadanya sejak saat ia dilahirkan ialah kalimah ikrar.

Ya, itulah kalimah ikrar as-syahadatain. Dua kalimah syahadah. Kalimah ikrar terawal, terakhir, dan terpenting bagi seorang muslim.


Perkataan "syahadah" memiliki beberapa makna yang dapat kita temukan dalam kamus bahasa Arab. Antaranya adalah "ikrar". Nah, maka sesungguhnya kalimah syahadatain itu merupakan kata-kata ikrar, kata-kata janji yang sesungguh-sungguhnya. Seseorang itu lantas menjadi muslim tatkala ia melafazkan kalimah ikrar "asy-hadu an laa ilaaha illa Allah wa asy-hadu anna Muhammad rasulullah." (Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu rasul Allah.)

Ikhwah fillah,
Walau bagaimanapun, tidaklah lengkap syahadatain jika sekadar kata-kata. Demi mencapai status mukmin, seorang muslim perlu merealisasikan makna syahadatain. Syahadatain yang direalisasikan akan memberikan gambaran yang sangat jelas tentang hubungan mukmin dengan Allah, lantas membangun dan membentuk kehidupannya sungguh-sungguh selaku seorang mukmin.

Demi merealisasikan makna syahadatain itu, seorang mukmin itu melaksanakan perkara-perkara tersebut:

1. Kecintaan

Merealisasikan makna ikrar terhadap Allah, perlu disertai dengan kecintaan kepadaNya. Kerana manusia itu menjadi hamba kepada yang dicintainya. maka kecintaan yang maha agunglah yang akan menguatkan ikrar kepada Allah. Ulasannya mudah dan terbentang jelas di mana-mana.

Semua serba maklum bahawa kerana cinta, "lautan api sanggup ku renangi". Bak lirik lagu True Love, "it's a gift I would never let go, I would give my body and soul, everyday in my heart I feel it grows". Kerana cinta, segala kesusahan dan kesakitan malah kematian pun sanggup dihadapi, sepertimana matinya watak Juliet dan Romeo dan berkatalah si Putera,

"For never was a story of more woe, than this of Juliet and her Romeo."
Tanpa cinta yang kukuh, maka ikrar dan penyaksian yang dilafazkan menjadi rapuh. Tidak hairanlah jika tanpa cinta, si kekasih berundur diri tatkala tiada kapal untuk menyeberangi lautan api. Tidak hairanlah jika seorang tentera yang ketandusan cinta terhadap tanah airnya, mengkhianati ikrarnya pada negara. Tidak hairanlah apabila ikrar seorang suami untuk memelihara kehormatan dan kesetiaan pada isterinya, jadi goyah apabila kepalsuan cinta itu membuatnya sanggup khianat bermain kayu tiga.

Maka demi merealisasikan syahadatain yang benar-benar kukuh, cinta seorang mukmin kepada Allah perlulah tidak tertanding. Cinta seorang mukmin kepada Allah melebihi segala-galanya.
"Dan ada antara manusia yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang mukmin, sangat besar cintanya kepada Allah." (Surah Al-Baqarah [2]: 165)
Bagi seorang mukmin, cintanya kepada Allah itulah yang menggerakkan hati dan kehidupannya, sehingga benar-benarlah hidupnya lillahi ta'ala.
"Sesungguhnya orang-orang mukmin, apabila disebutkan nama Allah, gementar hatinya. Dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah imannya, dan mereka bertawakkal kepada Tuhannya." (Surah Al-Anfal [8]: 2)
Jika Romeo pun sanggup mati untuk Juliet dan vice versa, apatah lagi seorang mukmin itu lagilah sanggup mengorbankan dirinya atas dasar cinta dan pengharapannya agar Allah redha kepadanya.
"Dan ada antara manusia yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya." (Surah Al-Baqarah [2]: 207)
2. Amalan/perbuatan/kerja

Amalan kita tidak diperlukan oleh Allah, kerana ia sekali-kali tidak akan menambah keagungan dan kebesaranNya. Walhal yang memerlukan amal itu sebenarnya adalah kita, demi membuktikan lafaz-lafaz cinta dan ikrar kita kepada Allah.

Sesungguhnya cinta itu menuntut perbuatan, dan perbuatan itu membuktikan kecintaan. Buktinya, bahkan orang-orang yang kufur, yang mencintai selain Tuhan seperti dalam dalil [2: 165] pun beramal. Cumanya, balasan amalan demi ikrar dan cinta mereka pada selain Allah, adalah sia-sia.
"Perumpamaan orang yang kufur kepada Tuhannya, amalan mereka seperti abu yang ditiup oleh angin keras pada hari yang berangin kencang." (Surah Ibrahim [14]: 18)
Nah, apabila golongan kufur pun beramal demi cintanya, maka selayaknya golongan mukmin pun merealisasikan cinta dan ikrarnya pada Allah dengan beamal dalam dakwah dan jihad di jalanNya.
"Beramal/bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang Mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu tentang apa yang telah kamu kerjakan." (Surah At-Taubah [9]: 105)
3. Penawaran dan pembalasan/jual-beli

Seorang mukmin itu merealisasikan makna ikrar syahadatain dengan berjual-beli kepada Allah.
Ya, berjual-beli.

Ikhwah fillah,
Sebagaimana dalam urusan perniagaan perlu ada modal, begitulah seorang mukmin menjadikan kecintaan dan amalan sebagai modal dalam berniaga kepada Allah. Cuma yang menjadikan perniagaan ini 'pelik', ialah apabila setiap perniagaan di dunia ini mempunyai 'risiko' ie. potensi kerugian, namun perniagaan dengan Allah pasti mendatangkan keuntungan hakiki.
"Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?
(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampunkan dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kejayaan yang agung." (Surah As-Saf [61]: 10-12)
[Kredit]
Di sinilah ikrar cinta dan amalan seorang mukmin kepada Allah itu berbeza berbanding ikrar kepada yang selain daripadaNya. Ikrar cinta dan amalan yang ditawarkan kepada Allah, pasti dibalas dan dibeli olehNya, sedangkan ikrar cinta dan amalan sesama manusia, ada yang melahirkan peribahasa "bertepuk sebelah tangan." Berilah walau seluruh cinta dan hati anda kepada insan biasa, tetap saja ada risiko hati itu ditolak, malah mungkin dipijak, dihenyak dan disepak. Peminat karya Buya Hamka pasti serba tahu betapa hancurnya hati yang ditawarkan dengan penuh cinta oleh Zainuddin, tatkala ia dikhianati dengan kecurangan ikrar Hayati. Hidupnya kehilangan asa dek ditolak cintanya.

Namun ia berbeza dengan ikrar cinta kepada Allah. Oleh sebab Allah pasti membeli cinta dan amalan seorang mukmin, maka ia tidak pernah putus harapan kepada Allah, apatah lagi kufur.
"Sesungguhnya yang berputus asa daripada rahmat Allah, hanyalah orang-orang kufur." (Surah Yusuf [12]: 87)
Sahabat sekalian,
Nah, demikianlah bagaimana seorang mukmin merealisasikan makna ikrar syahadatain. Ia menjiwai ikrarnya dengan cinta kepada Allah, dibuktikan dengan amalan dakwah dan jihad di jalanNya, kemudian ia terus-menerus berharap kepada Allah yang pasti membelinya dengan syurga :)

Maka jom, kita realisasikan ikrar kita. Semoga Allah menghidup dan mematikan kita dalam keimanan yang kukuh kepadaNya, dan semoga kita dibeli dengan balasan syurga 'Adn, kejayaan dan keuntungan yang hakiki.


Thursday, 22 September 2016

Ulul Albab: Bercinta Sampai ke Syurga

"CINTA"

Ahhh.... Perkataan yang biarlah disebut dalam bahasa apa pun, tetap membawa maksud yang indah. Perhatikan sajalah sesiapapun yang sedang dilamun cinta, dia seolah-olah dilanda satu daya yang luar biasa. Bahkan tidak melampau jika dikatakan cinta itu seperti daya graviti, ia mampu mengolah fabrik ruang-masa. Buktinya, dari cinta lahirlah rindu, dan seperti puisi Abesa:

Rindu adalah waktu
Yang berjalan perlahan
Antara dua hati

Gittuh. Dah pasaipa tetiba jiwang semacam eh? Amacam, ada gaya macam boleh tulis novel/screenplay untuk drama jiwang melayu terkini tak? ;)

Pilih tajuk anda.

Sahabat-sahibah sekalian,

Apabila berbicara tentang kisah drama & cinta, hakikatnya ada satu kisah drama & cinta yang terbaik, bahkan jauuuuhhhhhh mengalahkan segala kisah karangan hollywood, k-drama, j-drama, sinetron, apatah lagi drama melayu yang kini rata-rata tajuknya bau-bau bacang dengan gambar di atas.

Ya, ada kisah yang terbaik. Itulah kisah Nabi Yusuf.

* * * * *

Dear brothers & sisters,
There are very good reasons as to why the story of Prophet Yusuf is -as how God Himself calls it- the "ahsanul qasas" (kisah terbaik) [12: 3]. The Quran narrates the story in a very detailed narrative that you could really feel the drama, the emotions, and the wisdom. Namun kalau nak diterangkan satu per satu, maka jadilah entry kali ini berjela-jela seperti CPG yang kononnya abam2 seniors yang menunggu posting di rumah tu nak baca one per day.

But on a serious note, apart form being a revelation from God, what especially differs this ahsanul qasas from drama-drama TV melayu tipikal yang sering ditayangkan waktu maghrib?

This. Ayat 111.

"Ibrah li ulil albab". Pengajaran penting untuk ulul albab.
The story of Yusuf is not merely the best story. But one that we should study & take the lessons by heart, insya-Allah.

* * * * *

Now, brothers & sisters, who are the ulul albab?

As for the literal translation, "ulu" is the plural of "dzu" meaning "the possessor of". Manakala "albab" pula adalah plural untuk "lubb" yang bermaksud "inti". Maka "ulul albab" itu boleh diterjemahkan secara literal sebagai "orang-orang yang memiliki inti-inti". Itu terjemahan literal.

Whereas the characteristics of ulul albab -apart from observing & taking lessons from the Quran & the universe- are further explained in the surah after surah Yusuf ie. surah Ar-Ra'd (no. 13).

Menurut surah Ar-Ra'd ayat 19-22, ulul albab ialah orang-orang yang:
• memenuhi janji Allah & tak melanggar perjanjian [13:20]
(ada beberapa tafsiran tentang "janji" dalam ayat ini eg. Sya'rawi tafsirkan sebagai "beriman kepada Allah & manhaj Rasulullah", Ibn Kathir tafsirkan sebagai "tidak memiliki sifat-sifat munafiq seperti dalam hadith tentang ciri-ciri orang munafiq")
• menghubungkan silaturrahim [13:21]
• takut kepada Tuhan [13:21]
• takut kepada Hari Perhitungan [13:21]
• bersabar (dalam menjauhi dosa, dalam mengharungi ujian dari Allah, dan dalam menahan amarah terhadap manusia) [13:22]
• menunaikan solat [13:22]
• berinfaq [13:22]
• menolak kejahatan dengan kebaikan [13:22]
In fact, these characteristics were also mentioned in the perhaps more famous verses 190-194 of surah Ali Imran.

Now, why is it important for us to become ulul albab? And why even the love stories among ulul albab are better than the typical love stories that are currently typically shown in the TV/movies?

Well, because ulul albab have waaay better endings to their love stories. Theirs are in fact, the best.

Ulul albab benar-benar bercinta, bahkan sampai ke syurga. [13:23]
And indeed that is the best & truest "happily ever after". [13:24]

#relationshipgoals

Jom kita jadi ulul albab insya-Allah. Berjaya di dunia, sampai ke syurga!


*nombor-nombor dalam kurungan merujuk kepada no. surah & ayat dalam Al-Quran


Friday, 13 May 2016

Qalbun Salim

"Bro, kau tau tak bakpo bilik kita rasa panas gila?"

"Sebab loni musim panas la kot."

"Salah. Sebab aku ni kan hotstuff hehe.."

"Hmm mungkin. Ataupun, panas sebab dosa kau banyak sangat kot ye dak?"

-_-'

* * * * * * * * * *

Sahabat sekalian,
Dalam cuaca panas sebegini, minuman tin di kedai che din/koperasi sangatlah tempting. Bahkan mesin coway yang menawarkan sekadar air tanpa alkohol perisa pun semakin menjadi lokasi pelancongan yang terkenal.

Anda panas? Anda dahaga? Nah, sila nikmati gambar air yang refreshing ini.


Now I have a question for you.

Let's say I offer you that glass of refreshing water, especially in a hot weather like now, would you drink it?
Ofkos. Why not kan. Ahhhhhhh mesti sedap dan menyegarkan kalau dapat minum air sejernih tu kan.

Now let's say I offer you a bigger glass of the exact same refreshing water, cuma kali ni, saya campurkan dengan sesudu air yang diambil dari mangkuk tandas post-BO di desasiswa nurani nih.
Tak banyak, sesudu je.
Would you still drink it?

I reckon the answer is "No."

E. coli beb. Gila apa nak minum air mangkuk tandas. Apatah lagi ada sesetengah makhluk kat hostel ni kadang-kadang tak reti nak flush tandas. Entah-entah sekali dengan salmonella/cholera/leptospira pun ada.

* * * * * * * * * *

Sahabat sekalian,
Air jernih yang bercampur walau sesudu air kotor pun kita jijik nak minum.
Qalbu (hati) kita pula entah dah betapa kotor dek dosa dan noda, seyakin manakah kita bahawa Tuhan akan menerima kita untuk ke syurgaNya?


Firman Allah dalam surah As-Syu'ara (26) ayat 88-89,
88. Pada hari (kebangkitan), harta dan anak-anak tidak membawa manfaat.
89. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan qalbun salim (hati yang bersih).
Ibn Kathir dalam tafsirnya menerangkan perihal dua ayat di atas,
Hari ketika harta tidak mampu melindungi seseorang daripada seksaan Allah, meskipun ia menebusnya dengan emas sepenuh bumi. Tidak pula anak-anak keturunannya, sekalipun ia menebusnya dengan seluruh manusia yang ada di muka bumi yang merupakan keturunannya. Tidak ada yang berguna pada hari itu selain iman kepada Allah, ikhlas menyembahNya dan bebas daripada kesyirikan dan orang-orang yang melakukan kemusyrikan. Oleh itu, Allah berfirman [ayat 89]. (Qalbun salim) maksudnya selamat dan bersih daripada noda dan dosa perbuatan syirik. 
Ibn Sirin berkata, "Yang dimaksudkan dengan qalbun salim ialah hati yang meyakini bahawa Allah itu haq, meyakini bahawa hari Kiamat akan tiba tanpa ragu lagi, dan mempercayai bahawa Allah akan membangkitkan manusia di alam kubur." 
Said ibn Al-Musayyab berkata, "Yang dimaksudkan dengan qalbun salim ialah hati yang sihat, iaitu hati orang yang beriman, kerana hati orang yang kufur dan munafik itu berpenyakit. Allah berfirman 'Dalam hati mereka ada penyakit.' [Al-Baqarah: 10]" 
Abu Uthman An-Nisaburi berkata, "Qalbun salim ialah hati yang selamat daripada bid'ah dan berasa tenteram dengan as-Sunnah."
Sahabat sekalian,
Pro II Exam is in 3 days, whereas Pro III is in 17 days.
Kalau boleh, ofkos kita nak exam dalam keadaan kita sedang paling bersedia.
Bagaimana pula saat kita di-exam dengan sakratul maut nanti?

Kita study sakan, prepare diri kita untuk exam Pro.
Tapi sejauh mana kita prepare qalbun kita untuk exam hari Kebangkitan nanti?
Sejauh mana kita yakin bahawa qalbun kita sudah salim, sudah bersih?

Eh bukan Saleem Iklim. Tapi qalbun salim.
Fellow comrades,
The coming days might be stressful and harsh. Masing-masing stressed nak exam. Masing-masing rasa masa untuk revision tidak cukup. Indeed, hari-hari yang sukar.
Tapi insya-Allah kita boleh lalui hari-hari sukar yang mendatang.

Kata Anis Matta (bekas presiden PKS Indonesia), ada tiga syarat utama untuk melalui hari-hari yang sukar:
1. Ibadah dan memohon pertolongan Allah s.w.t. (rujuk Al-Fatihah ayat 5)
2. Ukhuwwah
3. Kerja keras (rujuk surah As-Sajdah ayat 16)
Dan untuk bergerak ke arah kejayaan hakiki, perlu dimulakan dengan istighfar.
"Istighfar ini insya-Allah bukan hanya menghapus dosa-dosa, tetapi juga akan menyempurnakan kerja-kerja kita ke depan." -Anis Matta
All the best semua. Semoga diterangkan dan ditenangkan hati untuk menduduki exam sebaiknya :)

Allahumma bantulah kami, kuatkan kami, berjayakan kami dalam segala ujianMu di dunia dan akhirat.
Allahumma kurniakanlah kami qalbun salim.
Allahumma kurniakanlah kami jannatun naim.


Thursday, 17 March 2016

Tadabbur [28: 27]: Latihan Nabi Musa

Nabi Musa (aka. Moses) was among the ulul azmi who is also well-known in Judaism and Christianity. Rasul ulul azmi bermaksud baginda memiliki keazaman, kesabaran dan kekuatan yang tinggi meskipun diberikan ujian yang hebat dan berat.

Dear friends,
Most of us know about how great of a prophet Moses was. Tentang betapa hebatnya sejarah baginda selamat meski dihanyutkan di sungai Nil, kemudian bagaimana baginda dengan Nabi Harun, mendepani Firaun, Haman, Qarun, dan menyelamatkan Bani Israil dengan izin Allah melalui mukjizat-mukjizatnya yang luar biasa.

Ya, baginda seorang manusia yang hebat dan luar biasa.

Sejarah-sejarah kehebatan baginda direkodkan dalam banyak surah dalam Al-Quran.
Antaranya ialah dalam surah Al-Qasas (surah no. 28).

Dan antara ayat yang sering kita terlepas pandang, ialah ayat 27 hingga 30.
"Dia (Syuaib) berkata: Sesungguhnya aku bermaksud ingin menikahkan engkau dengan salah seorang daripada dua anak perempuanku ini, dengan ketentuan bahawa engkau bekerja padaku selama lapan tahun dan jika engkau sempurnakan sepuluh tahun maka itu adalah (satu kebaikan) darimu, dan aku tidak bermaksud memberatkan engkau. Insya-Allah engkau mendapatiku termasuk orang yang baik." [Surah Al-Qasas (28): 27]
Saudara sekalian,
Bahkan dari satu ayat ke-27 di atas pun, ada tiga ibrah yang sering kita terlepas pandang:

1. Musa bukanlah seorang rasul dari kecil. Ini dibuktikan dalam ayat ke-30 yang terkemudian, di mana Allah barulah melantik baginda sebagai rasul apabila baginda telah pun menyelesaikan kontraknya yang paling kurang 8 tahun itu dengan Nabi Syuaib.

In other words, Moses struggled and underwent tarbiyyah (education+training) first, then only he was given prophethood. So yeah, it is never too early to start tarbiyyah. Contohnya, takkan la kita nak tunggu dah jadi bapa/ibu baru la nak belajar dan training cara-cara mendidik anak kan.

-sekadar contoh-

2. Most of us only remembered Moses as the great prophet he was. But we often forget the fact that he trained and was given tarbiyyah under Nabi Syuaib for at least 8 years. Dalam banyak-banyak ayat yang menceritakan perihal Nabi Musa, cuma beberapa ayat sahaja yang menceritakan betapa Nabi Musa dilatih oleh Nabi Syuaib. Itu pun, tak diceritakan secara detailed.
Kemudian dalam ayat-ayat yang lain juga ada mengisahkan tentang training Nabi Musa dengan Nabi Khidir, tapi yang itu pun kita sering terlupa.

Kerana kita selalu hanya mengingati hasil latihan-latihan tersebut ie. Nabi Musa yang akhirnya menjadi seorang lelaki dan Rasul yang hebat.

Hakikatnya, untuk menjadi seorang manusia yang bukan calang-calang, juga memerlukan latihan yang bukan biasa-biasa.

Behind every great man, there's a great teacher/murabbi. The unsung hero.

Maka insya-Allah se-gah manapun kita jadi nanti, janganlah lupa untuk mendoakan lecturers, para murabbi, guru-guru, naqib-naqibah dan ofkos ibu-bapa/mak-abah/mummy-daddy/papa-mama yang merupakan pendidik terawal kita. Mereka inilah yang selagi mana ilmu yang diajarkan oleh mereka dimanfaatkan orang lain, maka mereka diberikan saham pahala khas oleh Tuhan, yang berkekalan hingga hari kiamat.


3. Ibrah yang ketiga ni especially untuk juniors, more especially those who are in your preclinical years.

Jika anda rasa studying/training for medicine/dentistry for at least 5 years is going to be long, remember that Moses had to train under Nabi Syuaib for at least 8 years!
And we could only imagine how his training was. Ofkos bukan calang-calang. Baginda bakal berdepan dengan Firaun, the most powerful man during his time beb!

So everytime anda berasa letih, seolah-olah jalan ini terlalu berat dan panjang, remember that all great things are like that. Tapi insya-Allah hasilnya berbaloi.

And lastly for abang-kakak seniors pula, especially yang bakal menduduki peperiksaan akhir, remember that you didn't come this far, to only come this far.
Finish what you started.

Semoga Allah permudahkan.


Friday, 29 January 2016

Mencintai & Mengikuti Nabi

"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah."
[Surah Al-Ahzab (33): 21]

Salah satu daripada banyak contoh sunnah Nabi.

Memetik kata Dr Rozaimi Ramle:

"Cinta kepada Nabi tidak cukup sekadar cinta. Ia juga memerlukan aspek mengikut Nabi dalam kehidupan. Andai cinta sahaja, Abu Talib juga cinta kepada Nabi. Namun sayangnya, beliau tidak mengikuti Nabi, walaupun statusnya keluarga Nabi.

Andai ikut sahaja, juga tidak mencukupi tanpa cinta. Begitulah kaum munafik, ikut solat di belakang Nabi tetapi tidak mencintai Nabi.

Kedua-duanya diperlukan. CINTA dan IKUT."

Hadith-hadith riwayat Bukhari, Muslim & Tirmidzi menyatakan, di akhirat nanti kita akan bersama orang yang kita cintai :)
Ilmu umpama hujan. Penuntut ilmu umpama tanah.
[Tulisan asal oleh Al-Kahfi Services]

Abu Musa r.a. meriwayatkan Nabi s.a.w. bersabda:

“Perumpamaan bagi perkara yang Allah menghantar aku dengannya; iaitu hidayah dan ilmu, adalah seperti hujan lebat yang jatuh ke bumi.

Bumi itu ada yang subur, menyerap air, lalu ia menumbuhkan rerumput mahupun tumbuhan yang pelbagai.
Ada pula yang keras tidak menyerap air sehingga bertakungnya air, maka dengan hal itu, Allah mengurniakan manfaat kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam.
Ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menakungkann air dan tidak pula menumbuhkan rumput.

Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama dan memanfaatkan apa yang Allah utuskan bersamaku, dipelajarinya dan diajarkannya.
Begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu mengangkat kepala (untuk berfikir) dan tidak jua mahu menerima petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya (dia umpama tanah yang tidak subur dan tidak jua menakungkan air).” [Sahih al-Bukhari, Kitab Al-Ilm, hadith no: 79]

Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini dalam bab "Kelebihan Orang Yang Berilmu dan Mengajarkan Ilmu."

Dalam Kitab Fathul Bari dinukilkan kalam Imam al-Qurthubi dan selain beliau, bahawa daripada hadis ini terdapat 3 kategori manusia:
1) Orang yang berilmu, beramal dengan ilmu, dan mengajarkan ilmu tersebut kepada orang lain. Ini seperti tanah yang subur yang bila ditimpa hujan ia menyerap air dan menumbuhkan tumbuhan. 
2) Orang yang berilmu, kurang dalam amalan, atau kurang memahami ilmu yang dia dapati, akan tetapi dia tetap menyampaikan ilmu tersebut. Ini seperti tanah yang keras. Ia tidak dapat menyerap air, akan tetapi air yang bertakung itu memberi manfaat kepada makhluk lain. 
3) Orang yang berilmu, tetapi tidak berusaha memahami atau menghafaznya, tidak juga beramal dengannya, dan tidak juga berkongsi ilmu itu. Ia seperti tanah yang tidak subur untuk menumbuhkan tumbuhan, dan tidak juga dapat menakung air. Ilmu itu tidak bermanfaat untuk dirinya dan orang lain.
Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata:

"Sebagaimana hujan yang turun akan menghidupkan tanah yang mati, begitu jugalah ilmu agama akan menghidupkan hati yang telah mati."

Lalu siapakah diri kita? Tanah yang menyerap air, menakung air, atau bukan kedua-duanya?


Tuesday, 10 November 2015

Perlukah Berhenti?

Ada satu-satu masa, ketika ibadah telah mula menjadi rutin harian kita, solat pun kita penuhi waktunya seperti biasa, bahkan berjemaah pula pada kebanyakan waktu, Al-Quran kita tidak tinggalkan, zikir pun kita lazimi, istighfar apatah lagi,
namun pada saat itu kadangkala jiwa kita teruji dengan tidak merasa apa-apa dengan bacaan dan wirid di lisan kita.

Kita membaca Al-Quran, tetapi Al-Quran hanya bagaikan ulangan yang tidak mengesankan.
Kita zikir dan istighfar, tetapi ia hanyalah bagaikan lafaz mantera yang kosong, terasa tidak menembus membersihkan karat dalam jiwa, tidak mampu menghubungkan kita dengan Tuhan.

Zahir di mata orang melihat kita baik, ibadah bagus, tetapi jauh di sudut hati kita yang dalam, kita tahu bahawa kita sedang menderita. Hati kita tidak lagi mampu merasa jujur dengan apa yang sering kita lafazkan dan wiridkan.

* * * * * * * *

Perlukah Berhenti?

Pada saat sedemikian, apakah memilih untuk berhenti jawapannya, lalu kita mencari kepuasan di sudut yang lain pula?

Kita boleh memilih untuk berhenti, tetapi bukan berhenti daripada beramal.
Berhentilah untuk bermuhasabah seketika, mengambil nafas lalu meneruskan lagi perjalanan. Itulah 'berhenti' bagi kita.

[Photo by Brother Harith]
Memang tidak mudah berada di atas jalan kebaikan. Kalau mudah, tidaklah Abul Basyar, Adam a.s. teruji oleh Iblis laknatullah. Sedangkan Ayyub a.s. pun cuba diganggu keikhlasannya, maka untuk manusia biasa seperti kita, lebih lagilah mahu dirosakkannya.

Lalu, kalau kita memilih untuk terus berhenti dan memilih jalan maksiat dan dosa sebagai jawapan kepada mencari kepuasan dalam diri kita, ternyata kita telah terpedaya dengan bisikan hawa nafsu dan Iblis. Kita sendiri telah memberikan ruang untuk dia masuk merosakkan diri kita.
"Iblis berkata: Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pastu aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas antara mereka." [Surah Al-Hijr (15): 39-40]
* * * * * * * *

Agar Kita Tidak Berhenti

Kita pastinya masih ingat tentang kisah Kaab ibn Malik. Ia adalah kisah kecintaan sejati kepada Allah s.w.t., betapa itu adalah bukti bahawa kemanisan iman yang pernah bertapak dalam hatinya, tidak mengizinkannya untuk memilih jalan yang bertentangan dengan Rasul s.a.w. hanya kerana dia seketika disisihkan oleh masyarakat Muslimnya ketika itu.

Kaab ibn Malik adalah seorang prajurit Muslim sejati. Itu tergambar dalam katanya melalui hadith riwayat Muslim ketika menggambarkan dirinya,
"Aku tidak pernah membelakangi (tidak menyertai) Rasulullah s.a.w. dalam mana-mana peperangan sebelum itu kecuali Perang Tabuk, melainkan aku juga tidak ikut dalam Perang Badar, tetapi tidak dicela sesiapa pun yang tidak ikut sekali ketika itu."
Itu adalah gambaran tentang dirinya. Seorang yang sentiasa komited dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Ketika semboyan Perang Khandak berbunyi, dia bukan orang yang duduk diam, bahkan telah menyiapkan persiapan peperangan, namun barangkali dunia telah melalaikannya buat seketika. Tetapi dia tetap dalam keadaan tidak meredhai kesalahannya itu. Itu sangat terpamer ketika dia berkata, "Aku tidaklah merasa lebih kuat atau lebih ringan" ketika dia berpaling dan tidak menyertai peperangan itu bersama Rasul s.a.w.

Nah, sekarang dia diuji dengan ujian terberat, bukan biasa-biasa. Dia dihukum kerana tidak menyertai Tabuk. Ujian apakah yang lebih berat bagi seorang Muslim yang hidup bersama Rasul s.a.w. apabila baginda sendiri berpaling wajah darinya? Bukankah taat kepada Rasul s.a.w. itu adalah taat kepada Allah? Lalu, kalau membuat Rasul tidak redha, bukankah itu juga mengundang bencana untuknya di sisi Allah?
Tidak hanya itu, masyarakat Muslimnya sendiri tidak lagi dibenarkan berbicara dengannya sehingga wahyu turun membersihkan semula dirinya.
Maka ketika itu, dia seakan-akan keseorangan meski hidup di keramaian masyarakat Muslimnya sendiri.

Perhatikan apa yang dilakukan oleh musuh. Inilah saat keemasan bagi syaitan untuk menyuntik jarum kesesatan dalam diri manusia.
Ia mendatangi seorang Muslim yang baik dan taat kepada Allah, kemudian mendatangkan sangkaan-sangkaan buruk supaya dari situ, Muslim itu mula meringan-ringankan dirinya daripada kebaikannya, meninggalkannya sedikit demi sedikit, lalu bergelut dengan maksiat, akhirnya menjauhi Allah s.w.t. dan amal kebaikannya yang dia lakukan selama ini.

Bagi seorang Kaab, ujian itu bermula dengan keinginan dirinya yang cuba dimanipulasi oleh beberapa orang temannya dari Bani Salimah yang mempengaruhinya agar beralasan saja di depan Rasul s.a.w. supaya baginda langsung memaafkannya. Tetapi Kaab tidak dapat menipu perasaannya sendiri, bahawa dia tahu, dia tidak punyai alasan untuk tidak bersama Rasul di dalam Tabuk ketika kelengkapan telah disediakan dan dia pun bukanlah termasuk yang uzur.

Ia tidak berhenti di situ. Syaitan tidak pernah berhenti mengganggu keimanan kita.

Ia bersambung dengan utusan Raja Ghassan yang datang menyerahkan surat kepada Kaab, lalu sekali lagi mempengaruhi Kaab pada ketegangan suasana dirinya yang dipulaukan oleh sahabat-sahabatnya sendiri. Seorang raja bukan calang-calang yang datang memberi tawaran-tawaran besar untuk Kaab bersamanya, dalam erti kata lain, tinggalkan Islam! Diuji sehingga ke garisan kekufuran, apa lagi yang lebih berat daripada itu bagi seorang Muslim?

Namun Kaab tahu bahawa dia sedang berada di garisan fitnah yang sangat besar. "Ah, ini pun bencana yang sangat besar!" lalu dibakarnya surat Raja Ghassan itu. Kaab memilih untuk tetap terus berjalan meski suasana belum memihak kepadanya ketika itu. Dia tidak memilih berhenti. Sehinggalah akhirnya, berita pembersihan dirinya turun, maka ketika itu terzahir akan kebersamaan masyarakat Muslim bersama dirinya. Bahawa mereka bukan sengaja menyisihkan Kaab melainkan kerana mendahulukan perintah Allah juga.

Demikian Allah menyatukan hati-hati yang ikhlas di jalanNya. Bergembira atas kegembiraan sahabatanya, bersedih apabila sahabatnya teruji bepaling dari jalan Allah.

* * * * * * * *

Istighfar Kita Perlu kepada Istighfar

Di titik kita merasa lemah dalam ibadah, merasa ibadah tidak lagi memberi kekuatan, merasakan jiwa kita kosong, tidak terkesan dengan zikir dan istighfar kita, tetaplah berusaha menjaga yang fardhu, cuba istiqamah dengan yang sunat dan nikmati bidang kebaikan yang lain.

[Rujuk 29: 45]
Memang, jiwa manusia cepat terasa bosan dengan perkara yang sama. Sebab itu, pelbagaikanlah ruang dan bentuk kebaikan. Kepelbagaian menyebabkan kita menikmati kebaikan dan kebajikan di jalan Allah s.w.t. dari banyak sudut dan bentuk. Itu ialah hiburan buat jiwa kita ketika berada di jalan kebaikan.

Kalau dibaca Al-Quran, jangan terus-terus saja dibaca. Cuba pula membuka tafsirnya. Kemudian kalau sudah bosan, cuba pula mendengar syarahan tafsirnya di Youtube. Kalau itu pun bosan, maka cuba pula berbincang tentang tafsir dengan para guru atau rakan-rakan.

Jangan biarkan diri kita beku dalam kebosanan beribadah, kerana bimbang ibadah tak lagi mencapai tujuannya membersihkan diri kita dan mendekatkan kita kepada Allah. Apabila ibadah semisal zikir, solat atau istighfar tidak lagi mengesani jiwa kita, maka jiwa kita pun mula merasa kering dan tidak lagi tersentuh dengan jauhnya kita dari Allah s.w.t.

Ketika itu, saya teringat pesan guru saya Syeikh Mustofa As-Syaibani, "Istighfar kita pun perlu kepada istighfar!"
Dalam erti lain, ibadah istighfar kita pun perlukan penyucian kerana telah tercemar oleh kerutinan yang tidak memberi erti kepada jiwa kita.


* * * * * * * *

Penutup: Menikmati Indahnya Berhubung dengan Allah

Apakah yang lebih indah bagi seorang pencinta Allah s.w.t. selain ingin terus bersamaNya, hidup bersamaNya, merinduiNya dan ingin sekali bertemu denganNya?
Demikianlah para pencinta. Kata As-Syafie dalam syairnya, "Seorang pencinta itu kepada yang dicintainya merupakan seorang yang taat."

Bagi seorang pencinta, berjauhan dengan Allah s.w.t. adalah satu kesakitan dan penderitaan bagi dirinya. Kalau sekali berjauhan, sudah cukup membuatkan dirinya keresahan, apatah lagi kalau lama berjauhan, bahkan pula hidup bertentangan langsung dengan apa yang dikehendakiNya.


Ketika kita rasa jiwa kita tak tersentuh dengan apa yang kita baca, zikir, istighfar atau lakukan, itu bukanlah kerana Allah meninggalkan kita, tetapi kerana kita sendiri yang telah meletakkan barrier antara diri kita dengan Allah.
Barrier itu boleh jadi adalah dosa kita sendiri, boleh jadi adalah kelalaian kita, boleh jadi cara kita yang tidak betul. Sentiasalah Allah itu mahu hambaNya dekat denganNya, tetapi kitalah yang seringkali membiarkan diri kita hanyut jauh dariNya. Maka bagaimana mungkin jiwa kita semakin terkesan dengan kebaikan dan ibadah kita?

Lalu menghilangkan barrier itulah jawapannya, bukan menghilangkan Allah dari hidup kita!

* * * * * * * *

Perkongsian dari seorang ikhwah yang sangat dikasihi
Semoga bermanfaat dan semoga Allah merahmati dan memberkatinya