Sunday, 22 September 2013

Istimewa daripada Rakan Masjid USM Kampus Kesihatan

(Sumber : Rakan Masjid USMKK)

a) Majlis Ta'alim by Dr Mujahid Bakar

Ahad : 22/9 : Di Masjid Murni : 745 Malam


b) Konflik Syria Mesir : Masihkah Ada Hari Esok ?

Selasa : 24/9 : PUMA


c) Halaqah Ilmu : Cinta Ku & Dia by Ustaz Cinta

Rabu : 25/9 : Selepas Maghrib : Masjid USMKK


d) Iftar Jamaie : Makan Talam Yo !

Khamis : 26/9 : Selepas Maghrib : Masjid USMKK

Saturday, 14 September 2013

# LH 3 : I look I see

(Credits ; Nur Atiqah Arshad)


“What has he found who has lost God?

And what has he lost who has found God?” 

― Ibn 'Ata' Allah Al-Iskandari

Friday, 13 September 2013

Jagalah Allah nescaya Allah akan menjagamu!

Assalamualaikum wbt. J
  Nah, sudah seminggu atau lebih kita menjejakkan kaki di ‘Gedung Ilmu’ ini. Dengan wajah-wajah antara yang dikenali dan yang baru. Dengan semester, dan mungkin azam dan iltizam yang baru, tanpa meminggirkan azam yang belum terlaksana tahun sebelumnya. Mudah-mudahan kita akan menjadi antara golongan yang cuba merealisasikan suatu ungkapan daripada kekasih agung;
‘Islam itu tinggi, dan tiada suatupun yang lebih tinggi darinya’ [1]
Wake up with determination, go to bed with satisfaction!
Sahabat yang dikasihi,
            Sebelum kita merangka atau merancang sesuatu perkara, suatu persoalan besar yang perlu kita tanyakan kepada hati sanubari kita. ‘Untuk apa aku lakukannya??’. Dan, sebelum kita bisa memberi pengertian kepada persoalan itu, mungkin akan terbit suatu persoalan lain pula dalam diri kita. ‘Siapakah aku yang sebenarnya??’
Ultraman yang sentiasa berhadapan dengan raksasa Gorgonkah? Spiderman yang terpaksa menentang musuh yang merupakan kenalannya sendirikah? Atau, kita hanya sekadar merujuk diri kita sebagai suatu manusia di celahan billion manusia lain di seluruh muka bumi yang terbentang luas ini?
            Sungguh, skema jawapan persoalan ini sebenarnya telahpun digazetkan sejak lebih 1,400 tahun yang lalu melalui murobbi teragung, Nabi Muhammad saw;
“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”[2]
Juga, dalam satu firman yang lain;
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya: Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”[3]
            Sudah terang lagi bersuluh, suatu makhluk yang merupakan sebaik-baik kejadian[4] ini bukanlah merupakan makhluk yang sekadar mengisi ruang-ruang kosong di muka bumi ini laksana sebutir pasir di padang pasir yang terbentang luas! Bahkan lebih dari itu!
Sahabat yang dikasihi,
            Hidup kita adalah untuk menjadi hamba yang taat kepada Penciptanya dalam seluruh aspek kehidupannya, juga sebagai khalifah yang memakmurkan muka bumi ini. Dua amanah terbesar yang Allah swt turunkan, dan kelak, tiap daripada kita pasti akan dipertanggungjawabkan atas amanah ini;
“Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu pimpin”[5]
Sahabat yang dikasihi,
            ‘Mardhotillah’. Keredhaan Allah swt. Itulah yang seharusnya menjadi tujuan dan matlamat dalam setiap gerak geri fizikal, mahupun mental dan spiritual kita. Rasulullah saw pernah mengingatkan kita;
“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.” [6]
Kepada siapa lagikah selayaknya jiwa ini diserahkan? Kepada makhluk yang mempunyai pelbagai keterbatasan dan kelemahan, atau kepada Yang Maha dari segala sesuatupun?? Pilihannya di tangan kita masing-masing. Dan ingat..Kelak kita pasti akan dipertanggungjawabkan atas pilihan kita itu.
Sahabat yang dikasihi,
            Jadikanlah ‘Mardhotillah’ sebagai tujuan dan matlamat kita semua. Dalam sebesar-besar perkara seperti pembelajaran dan kehidupan berorganisasi, bahkan dalam sekecil-kecil perkara yang menjadi rutin seperti tidur dan melepaskan hajat di tandas. Semuanya dilakukan semata-mata kerana Tuhan sekalian alam. Semoga tiap saat dan hembusan nafas kita di dunia ini, merupakan amal-ibadah yang diterima disisi Allah swt. Biidznillah.

“Hidup sekadar hidup, babi di hutan pun hidup. Kerja sekadar bekerja, kera di hutan pun bekerja” (HAMKA)
Jagalah Allah nescaya Allah akan menjagamu!

[1] Kurang lebih mafhum sabda Nabi saw
[2]Surah ad-Dzariyat; ayat 56
[3]Surah al-Baqarah; ayat 30
[4]Surah at-Tin; ayat 4
[5]Kurang lebih mafhum sabda Nabi saw

[6]Hadith riwayat at-Tirmizi


Thursday, 22 August 2013

Sujud Syukur

Assalamualaikum wbt :)


Haa result selanjar 2 sudah diumumkan. Apa saja keputusan anda, ingatlah bahawa ia adalah ujian daripada Allah swt. untuk anda. Ada orang yang lulus cemerlang sedangkan ia hanyalah istidraj (na'udzubillah), dan ada yang gagal namun insya-Allah ia adalah pemangkin semangat yang Allah berikan untuk menggerakkan lagi perjuangan kita!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah [2]: 216

Kita sudah berdoa, kita sudah berusaha, kita sudah bertawakkal.

Maka kini setelah ada keputusannya, apa lagi yang perlu kita buat?


Bersyukurlah. Ketahuilah bahawa menerima hakikat segala keputusan yang kita terima adalah daripada Allah, ia adalah kesedaran yang tidak semua insan alami.
Maka bersyukurlah. Tunduk & sujud memuji kebesaran & kebijaksanaan Allah swt.


Sang raja melakukannya. Pejuang-pejuang Islam melakukannya. Kini, hatta peninju pun melakukannya. Pahlawan UFC pun. Malah lebih sering kelihatan pula, para pemain bola sepak.


Maka hebat sangatkah kita untuk enggan sujud kepada-Nya?
Hebat, ataupun sebenarnya hanyalah ego & takabbur? Na'udzubillah.

Bagaimana caranya?
Oh itu tidak sukar. Ayuh kita belajar :)

Dalil-dalil sujud syukur

a. Hadits dari Abi Bakrah :

Ertinya : "Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam apabila datang kepadanya berita yang menggembirakannya, beliau tersungkur sujud kepada Allah. (HR. Ahmad dalam Musnad-nya 7/20477, Abu Dawud 2774, Tirmidzi, dan Ibnu Majah dalam Al Iqamah, Abdul Qadir Irfan menyatakan bahawa sanadnya shahih. Dihasankan pula oleh Syaikh Al Albani)

b. Hadits : Ertinya : "Bahawasanya Ali radhiallahu 'anhu menulis (mengirim surat) kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam mengabarkan tentang masuk Islamnya Hamdan. Ketika membacanya, beliau tersungkur sujud kemudian mengangkat kepalanya seraya berkata : “Keselamatan ke atas Hamdan, keselamatan ke atas Hamdan.” (HR. Baihaqi dalam Sunan-nya 2/369 dan Bukhari dalam Al Maghazi 4349. Lihat Al Irwa’ 2/226)

c. Hadits Anas bin Malik : Bahawasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam ketika diberi khabar gembira, beliau sujud syukur. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah 1392. Pada sanad hadits ini terdapat Ibnu Lahi’ah, dia buruk hafalannya, namun Syaikh Al Albani berkata : “Sanad ini tidak ada masalah kerana ada syawahidnya.”

d. Hadits Abdurrahman bin Auf : Ertinya : "Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda, Jibril Alaihis Salam datang kepadaku dan memberi khabar gembira seraya berkata : “Sesungguhnya Rabbmu berkata kepadamu, ‘Barangsiapa membaca shalawat kepadamu, Aku akan memberi shalawat kepadanya. Dan barangsiapa memberi salam kepadamu, Aku akan memberi salam kepadanya.’ “ Maka aku sujud kepada-Nya kerana rasa syukur. (HR. Ahmad 1/191, Hakim 1/550, dan Baihaqi 2/371)

Apa kata ulama:

Syaikh Al Albani dan Syaikh Salim Al Hilali dipetik sebagai berkata: “Kesimpulannya, tidak diragukan lagi bagi seorang yang berakal untuk menetapkan disyariatkannya sujud syukur setelah dibawakan hadits-hadits ini. Lebih-lebih lagi hal ini telah diamalkan oleh Salafus Shalih radhiallahu 'anhum."

Syaikh Salim berkata : “Oleh kerana itu, seorang yang bijaksana tidak meragukan lagi untuk menyatakan disyariatkannya sujud syukur.

Barangsiapa menyangka bahawa sujud syukur merupakan perkara bid’ah, maka janganlah melihat kepadanya setelah peringatan ini.” (Lihat Bahjatun Nadhirin, jilid 2 halaman 325)

Bagaimana syarat-syarat dilaksanakannya sujud syukur?

Imam as-Shan’ani menyatakan setelah membawakan hadits-hadits masalah sujud syukur di atas : “Tidak ada pada hadits-hadits tentang hal ini yang menunjukkan adanya syarat wudhu dan sucinya pakaian dan tempat.”

Imam Yahya dan Abu Thayib juga berpendapat demikian. Adapun Abul ‘Abbas, Al Muayyid Billah, An Nakha’i, dan sebahagian pengikut Syafi’i berpendapat bahawa syarat sujud syukur adalah seperti disyaratkannya shalat.

Imam Yahya mengatakan pula : “Tidak ada sujud syukur dalam shalat walaupun satu pendapat pun.”

Abu Thayib tidak mensyaratkan menghadap kiblat ketika sujud ini. (Lihat Nailul Authar, juz 3 halaman 106) Imam Syaukani merajihkan bahawa dalam sujud syukur tidak disyaratkan wudhu, suci pakaian dan tempat, juga tidak disyaratkan adanya takbir dan menghadap kiblat.


Wallahu'alam. Apa yang pasti, bersyukur itself pun sebenarnya adalah satu nikmat. Masya-Allah :D
Jom, kita beramal :)


Friday, 16 August 2013

Ayat-ayat Cinta: Iman & Tilawah Al-Quran Berpisah Tiada


Ramadhan sudah berlalu pergi. Bagaimana pula dengan perkembangan tilawah kita? Ada improvement kah, konsisten kah, ataupun berlalu pergi juga bersama kepergian Ramadhan?


Al-Quran itu ayat-ayat cinta dari Allah. Maka ia berupaya menyentuh & meninggalkan kesan yang mendalam pada qalbu orang-orang yang mencintai Allah.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementar qalbunya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah imannya, dan kepada Tuhan mereka bertawakkal." Al-Anfal [8]: 2

Sedangkan orang yang sedang hangat bercinta pun, hampir setiap hari tidak boleh tidak membelek surat, membaca sms, mendengar alunan suara dari sang kekasihnya. Jika anda sendiri tidak pernah berpengalaman, lihatlah sendiri rakan anda yang sedang asyik dilamun cinta. Apatah lagi yang sedang dilanda penyakit angau, sepanjang masa asyik memikirkan insan yang dikasihinya. Bak kata Pak Belalang, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Hatta nak pakai kain pelikat pun tak keruan hehehe...

Tapi sungguh, begitu jugalah dengan orang yang mencintai Allah. Tidak keruan jika seharian tidak membaca Al-Quran. Tidak boleh tidur jika seharian tidak membaca & mendengar mesej-mesej cinta daripada Tuhan yang menciptakan Cinta itu sendiri. Al-Quran itu bagaikan pengecas keimanan. Iman & tilawah Al-Quran itu berpisah tiada.


Jadi kita pula bagaimana? Sudah bersedia untuk menguatkan cinta kita kepada Allah?
Ayuh kita muhasabah diri kita. Adakah dalam seharian kita lebih banyak melafazkan cinta terhadap kekasih, lebih sering menghantar sms, lebih kerap menelefon bahkan berdating dengan insan bernama kekasih, berbanding melafazkan cinta & zikir kepada Allah, membaca ayat-ayat cintaNya, serta mendengar orang-orang berbincang tentang kehebatanNya?

Hatta dalam seharian, buku mana yang lebih kerap kita hadap?
Jom berusaha. Tembakkan qalbu kita dengan ayat-ayat Al-Quran, semoga menjadi bersih & lembut menerima hidayah, terkesan seperti orang yang benar-benar beriman. Insya-Allah :)


Friday, 7 June 2013

Wahai Puteriku!!

Petikan Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua muslimat...


The precious...
Wahai puteriku..
Saya seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun. Usia muda telah saya lewati saya tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang saya sampaikan secara jelas dan mudah. 

Wahai puteriku….
Banyak saya menulis, sering juga saya menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan saya sampaikan. saya tulis dan khutbahkan…..sehingga pena yang saya gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang saya perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya. Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak. Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yang sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masyaALLAH!

Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan saya kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya 




Wahai puteriku....


# LH 2 : Ittaqillah!!

(credits ; Nur Atiqah Arshad)
19. And (remember) the Day that the enemies of Allah will be gathered to the Fire, so they will be collected there (the first and the last).
20. Till, when they reach it (Hell-fire), their hearing (ears) and their eyes, and their skins will testify against them as to what they used to do.
21. And they will say to their skins, "Why do you testify against us?" They will say: "Allah has caused us to speak, as He causes all things to speak, and He created you the first time, and to Him you are made to return."
22. And you have not been hiding against yourselves, lest your ears, and your eyes, and your skins testify against you, but you thought that Allah knew not much of what you were doing.