The Prophet SAW used to tell his Companions to do : "Convey (knowledge) from me even if it is just one aayah" [Bukhari].
The Prophet SAW said : "Whoever calls people to the truth will have a reward like that of those follow him,without it detracting in the least from their reward". [Muslim]
Be brave and from now on be determined to utilize all the abilities you possess.
Be successful.
Replace the frown on your face with a smile,
depression with cheerfulness,
miserlines with generosity,
and anger with perseverance.
Turn your calamities into occasions of joy
and your faith into weapon!
The one frightened of climbing mountains
Forever lives in ditches.
(Dr Muhammad Abd Rahman Al-A'rifi)
Faith. Strive. Tawakkal. Believe.
-Written by the ones who are always praying for what is best for you-
[9
ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH]
"Wahai manusia dengarlah
baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat
bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan
teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat
hadir di sini pada hari ini.
Wahai
manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka
anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan
harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah
kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah
bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat
perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu
segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah
terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu
tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai
manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga
mempunyai hak atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas
kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih
sayang.
Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke
atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu
tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai
manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah,
dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah
zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah
bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah
sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam
taqwa dan amal soleh.
Ingatlah
bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan
atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu
agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas
ketiadaanku.
Wahai
manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak
akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan
fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya
aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah
Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain
dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan
begitu seterusnya.
Semoga
orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka
yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah
sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "
Your heart is a vessel. If it’s not filled with
the love of Allah, it will be filled with the love of something else.
-Sh. Kamal El-Mekki-
CINTA
DAMBAAN SYURGA
Apabila menyebut tentang
cinta, ramai yang tersenyum sendiri. Mungkin sudah berpengalaman dalam
bercinta. Bagi pemuda-pemudi sekarang, cinta adalah percintaan antara lelaki
dan wanita atau lebih dikenali sebagai “couple”. Ramai di kalangan remaja
sekarang salah faham tentang cinta.
Cinta abadi ataupun cinta
dambaan syurga adalah cinta Allah swt kepada hambaNYA. Allah swt amat mencintai
hambaNYA. Namun, apakah kita sedar tentang kebesaran cinta Allah kepada kita?
Apa bukti Allah cintakan kita? Sheikh Kamal El-Mekki membuat perumpamaan
mengenai cinta Allah. Sekiranya ada seorang usahawan yang kaya raya bagi kita
sebuah rumah banglo, makanan percuma, rumah percuma, semua percuma. Tapi kita
melakukan perkara buruk terhadap beliau. Kita tipu duit beliau, kita cuba
rosakkan perniagaan beliau. Namun, beliau tetap maafkan kita dan benarkan kita
tinggal di rumah banglo tersebut walaupun kita buat sedemikian berulang kali.
Bagi kita, beliau seorang yang amat baik kerana masih maafkan kita. Namun,
kesabaran manusia ada batasnya. Kalau kita tetap lakukan sedemikian, beliau
mungkin akan halau kita keluar dari rumah tersebut.Kerana beliau cuma manusia
biasa yang mempunyai had kesabaran. Tetapi, Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang tidak akan bertindak sedemikian.
Walaupun kita melakukan perkara
buruk, Allah tak pernah buang kita dari bumiNya ini. Tidak kira lah betapa
banyak dosa kita, Allah tetap berikan kita peluang untuk bertaubat. Walaupun
kita bertaubat dan ulang balik kesalahan kita, dan kemudian kita bertaubat
lagi, dan perkara ini berulang sehingga kita meninggalkan dunia ini. Allah
sentiasa mengampunkan kita. Itulah salah satu sifat Allah swt, Maha Pengampun.
“Dan barangsiapa yang
mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada
Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
( An Nisa’: 110)
Sh. Kamal El-Mekki juga ada
mengatakan “Your heart is a vessel. If it’s not filled with the love of
Allah, it will be filled with the love of something else”. Perkara ini
umpama sebotol air yang penuh diisi dengan air. Sekiranya air dituang keluar,
udara yang akan mengisi botol tersebut. Begitulah juga dengan hati kita,
sekiranya kita mengisi hati kita dengan cinta tehadap Allah, in shaa Allah perkara-perkara
yang melaghakan akan disingkirkan dari hati kita. Contohnya, cinta kepada
duniawi akan disingkir. Namun, bagaimana kita nak isi kita dengan cinta
terhadap ALLAH?
CINTA ADALAH SEBUAH PENGORBANAN
Kalau kita bercinta dengan manusia,kita akan lakukan apa
sahaja yang pasangan kita nak. Contohnya lelaki yang merokok sanggup berhenti
demi pasangannya.Ini yang kita namakan sebagai pengorbanan. Cinta adalah
pengorbanan. Pengorbanan untuk menggembirakan hati pasangan kita. Tetapi,
adakah kita sanggup berkorban kerana Allah? Allah yang telah menciptakan kita,
kurniakan kita rezeki dan jagakan kita. Kenapa begitu susah sekali untuk kita
berkorban kerana Allah? Sedangkan kita sanggup berkorban demi mendapatkan cinta
manusia yang tidak
kekal.
Nak berubah ke arah kebaikan memang
susah. Kita perlukan kekuatan dan azam untuk berubah. Sebagaimana yang diungkap
oleh Sh. Kamal ,“if you really love Allah, you are willing to give up (bad)
things for the sake of Allah. It gives you the ability to go against your
desire.” Jadi, kekuatan yang kita perlukan adalah daripada Allah. Allah
adalah sumber kekuatan kita. Sekiranya kita ingin lakukan sesuatu demi Allah,
Allah akan permudahkan urusan kita. In shaa Allah.
Oleh itu, mulai sekarang,
tetapkan hati kita untuk berubah kerana Allah. Sentiasa tajdid niat tak kira
apa jua perbuatan kita. Semoga kita berjaya mendapatkan cinta dambaan syurga.
By ; Farah
Huda
Medical
Radiation 1
USM, April
2015
-ISLAM
ITU MUDAH & FITRAH –
*Daripada
artikel asal Kelas Peradaban Nabawi USMKK, Edisi 3 2014/2015
Dzikir menjadi keperibadiannya.
Allah S.W.T tujuannya,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menjadi
teladan dalam hidupnya.
Dunia ini pun menjadi syurga sebelum syurga
sebenarnya.
Bumi menjadi masjid baginya.
Rumah,
kantor (pejabat) bahkan hotel sekalipun menjadi musolla baginya.
Tempat ia
berpijak, meja kerja, kamar tidur hamparan sejadah baginya…
Kalau dia
bicara, bicaranya dakwah.
Kalau dia berdiam, diamnya berdzikir.
Nafasnya?
Tasbih.....
Matanya?
Penuh rahmat Allah S.W.T, penuh kasih sayang.
Telinganya?
Terjaga,
Fikirannya?
Baik sangka.
Tidak sinis, tidak pesimis, dan tidak suka
memvonis.
Hatinya…? Subhanallah!
Diam-diam berdoa. Doanya diam-diam!
Tangannya?
Bersedekah.
Kakinya?
Berjihad dan dia tidak mahu melangkah
sia-sia.
Kekuatannya?
Silaturahim.
Kerinduannya?
Tegaknya syari’at Allah
S.W.T.
Kalau memang hak tujuannya, maka sabar dan kasih sayang
strateginya.
Asma amaani naa,
Cita-citanya tertinggi, teragung…
Syahid di
jalan Allah.
Dan sungguh menarik,
Kesibukannya dia hanya asyik
memperbaiki dirinya.
Tidak tertarik mencari kekurangan apalagi ‘aib
orang lain.
Hadirilah
majlis-majlis dzikir.
Raihlah keperibadian berdzikir dengan selalu
hadir menikmati hidangan hidayah Allah terlazat…. Dzikrullah…
Yakin dengan segenap hati dan jiwa. Kelemahan kita, bukan terletak kepada kurangnya berdoa. Tetapi kerana kurangnya keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa kita. Mungkin kita akan terfikir, "Kurang keyakinan? Apa yang dimaksudkan? Aku tiap-tiap kali lepas solat, sebelum exam, aku doa je. Doa nak masuk tandas pun aku x pernah miss.."
Sabar..Sabar dulu..
Cuba kita refleksi semula, keadaan kita tiap-tiap kali berdoa. Bagaimanakah keadaannya? Adakah kita faham apa yang dibacakan? Atau sekadar diamin-aminkan dan berharap segalanya baik-baik sahaja.
Khauf (takut) dan raja' (harap), adalah manifestasi hamba yang benar-benar menikmati ibadahnya. Ibadah dan doanya akan menjadi penuh tertib, tidak gopoh dan terburu-buru. Ia takut bahawa doanya tidak dimakbulkan Allah..Takut ia akan azab siksanya.. Takut akan kemurkaan Allah..
Tetapi dalam masa yang sama, ia tetap mengharap deng sepenuh harapan akan rahmat dan belas kasihan Allah swt. Ia meyakini bahawa rahmatnya meliputi dan melebihi kemurkaannya. Ia meyakini bahawa Allah mendengar doa-doa hambanya, melebihi seorang ibu melayani pemintaan anak kesayangannya..
Dari Anas bin Mâlik Radhiyallahu anhu ia berkata, “Aku mendengar
Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Allâh Azza wa Jalla
berfirman, ‘Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdo’a dan
berharap hanya kepada-Ku, niscaya Aku mengampuni dosa-dosa yang telah
engkau lakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Seandainya
dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau minta ampunan kepada-Ku,
niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Jika
engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi
bumi kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak
mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, niscaya Aku datang kepadamu
dengan memberikan ampunan sepenuh bumi.”
[HR. at-Tirmidzi]
Ia juga meyakini dengan segenap jiwa raga bahawa Allah akan memakbulkan segala doanya, samada segera, dilewatkan, atau digantikan dengan suatu yang jauh lebih baik samada di dunia ini, mahupun di akhirat kelak..
“Dan Rabbmu berfirman, ‘Berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu...’”
[Quran 40:60]
Dengan keyakinan bahawa segala yang telah ditetapkan atasnya adalah baik-baik belaka..
"Dan boleh jadi kamu benci
kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka
kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah
Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
[Quran 2:216]
Maka berdoalah..
dengan penuh keyakinan..
dengan penuh harapan..
Allah tidak pernah peduli akan dosa-dosa yang telah kita lakukan..
Selama mana kita memilih untuk kembali kepadanya.
Allah tetap memandang kita dengan pandangan rahmatnya
Sungguh, pilihan itu terletak pada diri kita..
"O you who have believed, seek help through patience and prayer. Indeed, Allah is with the patient."
"Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa
hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada
hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya
negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur tetapi
jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapandengan
kemungkinan buruk yang akan berlaku."
-Profesor
Dr. Yusuf Al-Qardhawi-
Keberadaan pemuda dan sumbangannya dalam satu-satu masyarakat
itu mempunyai signifikasi dan impak yang besar terhadap hala tuju bagi sesebuah
masyarakat, juga sebuah negara. Jika kita selak semula lembaran-lembaran
sejarah, sedari awal, zaman permulaan kedatangan semula Islam dengan kerasulan Nabi Muhammad saw,
hinggalah ke era moden ini, nescaya kita dapat lihat impak yang dapat diberikan oleh para pemuda.
Sahabat-sahabat Nabi saw yang rapat..
Umar r.a, Ali r.a, Abdullah ibn Mas’ud, Mus’ab
bin Umair..
Ditangan merekalah Islam itu kembali mekar dan
terus berkembang.
Ashabul kahfi..
Mereka juga pemuda, seperti kita..
Sultan Muhammad al-Fateh..
Penakluk kota Konstantinople (Istanbul)..
Selepas beberapa siri usaha menawannya sejak ratusan tahun..
Sehinggalah
di zaman pertembungan antara Kaum Tua* dan Kaum Muda* di Tanah Melayu (nama
terdahulu sebelum digantikan dengan Malaysia), sekitar kurun ke-18 dan 19 yang
memberi impak yang besar dalam usaha mentajdid sudut pandang terhadap agama
Islam di rantau asia tenggara, termasuklah Negara kita.
(Soekarno; Presiden Indonesia pertama)
Zaman
berganti zaman. Daulah (kerajaan) Islamiyyah yang silih berganti. Islam tidak
akan tertegak, jika tiada para pemuda yang sedia mendokong dan menyerahkan diri
mereka sebagai tali penyambung kepada usaha menegak dan menyebarkan Deen ini.
“Hidup sekadar hidup, babi di hutan pun hidup.
Kerja sekadar bekerja, kera di hutan pun bekerja”
(HAMKA)
Ikhwah fillah,
Jika
pensel itupun mempunyai tujuan penciptaannya..Jika keldai itupun mempunyai
tujuan penciptaannya.. Apatah lagi kita, pemuda yang bersyahadah, yang bersaksi
bahawa Tuhan itu satu, dan tidak selayaknya disekutukan dengan sesuatu yang
lainpun?? Yang menyatakan dan mengulang-ulangi kesaksiannya bahawa Nabi Muhammad itu
adalah hamba dan utusan Allah yang haq. Adakah kita diciptakan, hanya sekadar
bagi mengalami proses pengembangan dan pembiakan biologi..Menjadi tua, lalu
mati?? Jika itu matlamat kita semata-cuma, sungguh, tidak lain tidak bukan, kita telahpun
tua sebelum umurnya.
Juga,
apa bezanya kita dengan babi, yang hidupnya hanya sekadar untuk dirinya. Makan,
minum lalu membiak. Menanti masa untuk tua, sebelum mati bertemu dengan Tuhan,
dengan keyakinan bahawa syahadah yang dituturkan oleh bibir kita akan menjadi
jaminan tempat kita disyurga. Apakah kita yakin bahawa mati kita adalah dengan syahadah??
Apakah kita yakin bahawa kita tidak mempunyai tempat di dalam neraka?? (Moga
Allah jauhkan). Kerna jaminan syahadah yang sah dihujung kalam hayat kita
adalah syurga. Tetapi kita tidak tahu samada syahadah di lidah itu sudah cukup
untuk menyelamatkan kita daripada api neraka atau tidak..
“Sesiapa yang akhir ucapannya ialah La ilaha
illaLlah maka ia dapat masuk Syurga.”
(Hadith)
Ikhwah fillah,
Allah swt berfirman;
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat
yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat
segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk
dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)..”
(Ali-Imran 2;110)
Dalam
bukunya yang berjudul Sehingga Para Pemuda
Mengerti, Dr Abdullah Nasih Ulwan telah menetapkan beberapa sifat asas yang
perlu ada pada diri seorang pemuda Islami dengan sebenar-benarnya.
1) Keimanan
teguh yang tidak bergoncang dan tidak pula rapuh
2) Keikhlasan
yang benar, tidak mengenal kepura-puraan mahupun menunjuk-nunjuk
3) Keazaman
yang teguh, tidak mengenal takut mahupun gentar
4) Amalan
(gerak-kerja) yang berterusan, tidak mengenal erti lemah mahupun lesu
5) Pengorbanan
yang tinggi, yang hanya memilih sama ada kemenangan atau mati syahid
“Adakah patut
kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu
(ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan
penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah
Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya)
pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat
(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).”
(al-Baqarah 2;214)
Menurut
beliau, kelima-lima sifat ini merupakan ciri-ciri pemuda yang mengotai janji
mereka terhadap Allah swt, ia adalah sifat istimewa para pemuda, yang tidak
pernah takut pada jalan Allah akan celaan orang yang mencela..
Kerana
asas keimanan adalah hati yang tajam..
Asas
keihkhlasan jiwa yang suci..
Asas
keazaman ialah perasaan yang kuat..
Asas
amalan merupakan kehendak yang muda..
Asas
pengorbanan pula adalah akidah yang teguh..
Segala
sifat ini tidak pernah terkumpul dengan lebih kuat dan banyak,
sebagaimana
terkumpulnya ia di dalam diri seorang pemuda..
Dan
ianya tidak terdapat kecuali di dalam jiwa seorang pemuda Islam..
Pesan Syed Qutb dalam wasiatnya sebelum dijatuhkan hukuman gantung;
Wahai pemuda,
Masanya sudah tiba..
Bangkitlah dari mimpi lena..
Sekarang adalah masanya untuk kita bekerja..
Lihatlah sekelilingmu..
Bahkan sekarang, lihatlah kedalam dirimu..
Adakah dengan sifat ini, dengan Tuhan kau kan
ketemu??
Nota kaki;
*Orang yang dilabel Kaum Muda pada umumnya
hendak kembali kepada hulu agama iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah
s.a.w., sedang Kaum Tua hendak bertahan kepada taqlid kepada para ulama’ yang
datang di belakang.