Thursday, 20 December 2012

Hargai Dirimu ! :)


Sebelum memulakan seminar, Prof. Ibrahim mengeluarkan duit RM 100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya. “Siapa nak duit ni?” tanya Prof. Ibrahim. Semua peserta mengangkat tangan. “Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu.”

 Prof. Ibrahim meramas-ramas duit itu sehingga renyuk. Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya, “Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?” Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan. Prof. Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir. “Ok, apa kata kalau saya buat macam ni?” Duit RM100 itu dicampakkan dan di pijak-pijak dengan kasutnya. Prof. Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor. “Sekarang siapa nak duit ni?” tanya Prof. Ibrahim. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan.

 “Ha! apa yang boleh kita kutip daripada persitiwa itu tadi?” tanya Prof. Ibrahim. Pesertanya hanya diam dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof. Ibrahim. “Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun direnyuk dan dipijak dengan kasut. RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak.” kata Prof.Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof. Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur ataupun dihina hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung. “Tapi, walau apa pun yang telah terjadi ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi.” “Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?” jelas Prof. Ibrahim.

Dan janganlah kamu berasa lemah dan berdukacita, sesungguhnya kamu adalah yang paling tinggi darjatnya jika kamu (benar-benar) orang yang beriman. 
(Al-Imran 3:139)


No comments:

Post a Comment