Wednesday, 6 August 2014

#PrayForPalestine


            Sungguh, dalam 'keterujaan' kita untuk memboikot satu-satu produk atau perkhidmatan, jangan sampai kita membatasi nilai-nilai murni yang sepatutnya lahir dalam diri seorang Muslim, juga sebagai manusia yang beradab tinggi. 
Jangan sampai mendahului nafsu hingga membelakangi akal!

“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”
(Surah al-Qalam : 4)
 
Tunjukkan solidariti anda!!

Diambil daripada FB Saudara Firdaus Won Wai Hung

[Etika Memboikot @ Tidak Boikot]

1) Boikot adalah pilihan setiap individu maka usah memaksa sesiapa yang tidak mahu memboikot.

2) Sebagaimana kita mahu org lain menghormati keputusan kita utk memboikot, kita harus menghormati keputusan org lain utk tidak mahu memboikot

3) Andai barangan atau servis yg kita mahu boikot adalah halal, jangan pula kita mengharamkan apa yang jelas halal.

4) Tidak mencaci maki mahupun perkataan kasar ketika boikot

5) Matlamat tidak menghalalkan cara maka perlu selidik (49:6)[1]  kesahihan sesuatu berita mengenai produk atau servis yg kita mahu boikot agar kita berlaku adil (5:8)[2] dan tidak menzalimi org lain.

6) Tidak menggunakan kemudahan yg disediakan oleh pihak yang diboikot utk urusan peribadi spt menggunakan elektrik, tempat dan tandas yg telah tertulis 'Hanya Untuk Pelanggan Sahaja' kecuali dlm kes keperluan yg mendesak spt sakit perut dan sebagainya.

7) Tidak boleh menuduh orang lain sebagai selektif boikot apabila hanya boikot Nestle, McD dan barangan atau servis lain sedangkan FB dan Microsoft juga menyumbang kepada Israel kerana nestle dan McD bukan keperluan mendesak tetapi FB dan Microsoft adalah platform milik musuh yg boleh digunakan untuk tujuan kesedaran dan kehidupan seharian. Tak makan McD takkan mati sbb ada nasi dan burger Ramly dan kalau tak guna FB dan Microsoft pun tak mati tetapi apakah kita mempunyai alternatif lain utk menyebarkan berita dan info jikalau tidak menggunakan medium atau platform yg tersedia? Contoh adalah tentera Islam berjaya dan mendapat harta rampasan berbentuk kereta kebal serta pesawat dan senjata milik musuh maka adakah kerana kita memboikot barangan Israel maka kita hancurkan semua? Tidak.. gunakannya utk tujuan kita.

8) Tidak menggunakan troll atau dialog yg tidak benar kerana sekali lagi matlamat tidak menghalalkan cara. Usah menzalimi org lain dgn meletakkan meme atau dialog yg org tersebut tak pernah ungkapkan.

9) Boikot apa yang kita mampu secara berperingkat dan tidak sehingga menyusahkan kehidupan diri. 

10) Usah menyalahkan atau memandang serong kepada pekerja di syarikat yg kita boikot kerana mungkin mereka ada jihad tersendiri di dalam organisasi tersebut dan doakan untuk mereka dan kita.

* Boikot adalah usaha tetapi usaha paling penting adalah meningkatkan ilmu kita sebagai Muslim dan menyeru dan menjadi inspirasi utk org sekeliling kita meningkatkan ilmu Islam dan dunia agar kita menjadi umat yg terbaik 14 juta Yahudi berjaya mengawal dunia kerana intelektual mereka tetapi 1.7bilion umat Islam spt buih di lautan sbb sibuk bergaduh hal remeh temeh sesama saudara seIslam dan tidak faham ajaran serta tuntuan ajaran Islam maka adab dan akhlak seharian jauh dari Islam maka umat Islam juga tertinggal dlm aspek dunia. 

Lupakah kita suatu masa dahulu umat Islam pernah menakluk 2/3 dunia dan umat Islam adalah pelopor kepada kemajuan sains dan teknologi? Mereka berjaya kerana dekat kepada sumber Islam dan hidul berpandukan Quran & Sunnah. Hakikatnya kita yg saban hari melaungkan slogan ASWJ berpaksikan Quran & Sunnah tetapi realitinya kita amat jauh dari kedua dua sumber itu serta tidak menjadikan kedua-duanya paksi kehidupan kita. Kembalilah kepada keduanya...


Wallahualam




-Nota kaki-
[1] “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

[2]” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”


Tuesday, 5 August 2014

# LH 4 : Alam & Akal



Lihatlah sekelilingmu..
Bahkan lihatlah ke dalam dirimu..
Lihatlah dengan kaca mata hati.. 
Hayati dan nilailah dengan kaca mata iman..
Apakah kamu tidak memikirkan??


QS #1 : MENGKAJI & MEMAHAMI DUA AYAT

“The glorious Quran is the last and final Revelation which was revealed to the last and final messenger, Prophet Mohammed (peace be upon him). For any book to claim that it is a Revelation from the Almighty God, it should stand the test of time. Previously, in the olden days, it was the age of miracle. Alhamdulillah, the Quran is the miracle of miracles. Later on, came the age of Literature and poetry, and the Muslims and the non-Muslims alike, they claimed that the glorious Quran to be the best Arabic Literature available in the face of the earth. But, today is the age of Science and Technology. Let us analyze whether the Quran is compatible or incompatible with modern science.”

Begitulah antara petikan daripada ucapan pembukaan Dr Zakir Naik sewaktu perdebatan ilmiah antara beliau dan Dr William Campbell di Chicago, April 2000 dengan tajuknya “The Quran and Bible : In The Light of Science”. [1]

Demikianlah oleh Inche Einstein

Hal ini bertepatan dengan konsep keTuhanan dalam Islam yang mana Islam sentiasa menyeru umatnya untuk tidak sekadar menerima sesuatu perkara secara membabi meng"khinzir" buta. Bahkan umat Islam telah disuruh Allah untuk mengkaji rahsia alam semesta secara sistematik.

“Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia diciptakan? Dan langit bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?”
(Surah al-Ghasiah : 17-20)

Allah telah menyeru;

“Apakah mereka tidak mahu memikirkan(bertadabbur) isi  Al-Quran? Jika Quran itu bukan dari Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya”
(Surah An-Nisa’ : 82)

Bahkan, lebih daripada itu lagi, Allah telah memuliakan orang yang menghayati dan mengkaji alam, lalu ‘memulangkan’ ia kembali kepada penciptanya dengan gelaran 'Ulul Albab'. [2] Menurut Dr Danial Zainal Abidin, Ulul Albab ialah golongan yang menggunakan akal yang sempurna bagi mengkaji, sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul.  [3] Jadi, kita dapat lihat, betapa Islam amat menekankan aspek pengkajian dan pembuktian tiap-tiap perkara, sebelum dapat mengaitkan ia dengan agama. Ini turut melibatkan dalam kesemua cabang agama Islam seperti Aqidah, Ibadah, Muamalat dan sebagainya.

-The Book of Life-
Dalam Hans Wehr : A Dictionary of Modern Written Arabic, apabila disebut perkataan 'Ayat', ia mempunyai dua maksud. Ia bermaksud ‘verses of the Quran’ atau ayat-ayat Al-Quran, dan maksud yang lain adalah ‘sign’ atau tanda dan bukti.

“Akan kami tunjukkan kepada mereka ‘ayat-ayat’ kami di segenap ufuk (penjuru alam) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa Al-Quran itu benar”
(Surah Al-Fussilat : 53)

                Justeru, bagi seseorang yang mahu mengamalkan agama Islam dengan sebenar-benarnya, membaca atau menghafal al-Quran semata cuma tidakkan pernah mencukupi. Yang lebih utama, adalah bagi kita untuk membaca, menghayati lantas cuba untuk memahami isi kandung Al-Quran atas kapasiti akal masing-masing, dengan berpandukan tafsir-tafsir yang muktabar. Dengan menghayati dan memahami isi kandung Quran inilah yang akan membantu untuk menambahkan keimanan kita, daripada sekadar membaca ayat demi ayat tanpa  cuba memahami maksud dibalik apa yang dibaca, yang dengan demikian, tidak ubahlah diri kita seperti seekor kakak tua yang mengulangi/melagu-lagukan sesuatu tanpa usul periksa.

“ Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.”
(Surah As-Sajadah : 15)

                Intihanya, sebagai Muslim, tidak seharusnya kita berasa puas dengan sekadar menjadi ‘Muslim by chance’, yakni menjadi Muslim hanya kerana ibu bapa kita Muslim. Sebaliknya, kita perlu mengangkat darjat diri kita kepada ‘Muslim by choice’, yakni kita menjadi Muslim, kerana kita benar-benar meyakini dengan segenap jiwa raga kita bahawa Islam ini adalah agama yang benar. Dan seperti mana kata-kata omputih; “You cannot judge a Kancil Bugatti Veyron from a bad driver”, begitu jualah dengan Islam. Dalam memahami apakah prinsip-prinsip atau asas aqidah agama ini, keperluan kita adalah kembali kepada sumber asalnya;  Al-Quran dan sunnah. Cukuplah kita selama ini hanya sekadar mengenang-ngenangkan kegemilangan Tamadun Islam lampau. Sudah tiba masanya kita bangkit dan meletakkan Islam kepada tempat asalnya, dan ini tentunya bermula dengan ‘Mengkaji dan Memahami Dua Ayat’.

“Islam itu tinggi, dan tiada suatupun yang lebih tinggi darinya”
(Hadith)

-Either we make history, or we become history-

Wallahua’lam.

-Nota kaki-

[2] Surah Ali-Imran ; 190-191
[3] Dr Danial Zainal Abidin (2014). Quran Saintifik. PTS

Friday, 11 July 2014

Puasa yang Lapar, Dahaga, dan Celaka

Dua tiga chimpanzee beradu,
Mana nak sama tidur sang gorilla;
Dua minggu hampir berlalu,
Apa khabar Ramadhan anda?

Cewah berpantun-pantun kita hari ini. Hehe salam dawn of the planet of the apes Jumaat kedua Ramadhan 1435H.

Jadi bagaimana Ramadhan anda setakat ini? Hehe masih boleh bertahan kah? Ataupun dah terbongkang kat atas tilam, siang tidur dek lapar, malam tidur dek kenyang?


Insya-Allah, harapannya supaya warga medden sekalian masih kuat jasmani dan rohani dalam melalui hari-hari puasa ini. Cuma dengan hampir berlalunya separuh daripada Ramadhan kali ini, kami di SKB ingin mengingatkan dan menyeru agar kita berpuasa yang bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Lebih penting lagi, janganlah kita berpuasa yang celaka!

Hah? Guane tuh berpuasa tapi celaka?

Sahabat sekalian,
Dalam satu hadith sahih daripada Jabir ibn Abdullah r.a., diriwayatkan bahawa Rasulullah mengaminkan doa Malaikat Jibril yang bermaksud,
"Celakalah seseorang yang masuk ke bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan dalam keadaan tidak diampuni dosanya oleh Allah!" [HR Bukhari]

Saya melihat Ramadhan seperti satu period khas yang Allah berikan padanya "diskaun saman". Begitulah analoginya.
Ya, bagaikan satu jangka masa yang pihak berkuasa offer kita diskaun saman, maka rugilah kita jika kita tak langsaikan bayaran saman pada waktu itu kan?
Sebegitulah Allah offer satu jangka masa khas yang dijamin keampunan untuk kita, dengan syarat kita berpuasa dengan penuh keimanan & pengharapan.

"Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan & berharap pahala daripada Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu." [HR Bukhari & Muslim]

Jadi bagaimana untuk kita memenuhkan diri dengan keimanan & pengharapan pada bulan Ramadhan, hence preventing daripada menjadikan diri kita 'pemuasa' (eh betul ke gitu?) yang celaka?

Sahabat yang dikasihi Allah,
Istimewanya Ramadhan bukanlah sekadar kerana ia bulan yang diwajibkan padanya berpuasa, dan bahkan puasa itu pun bukanlah sekadar menahan lapar & dahaga semata-mata.
Perkataan "Ramadhan" yang diabadikan dalam Al-Quran sekali cuma, dan sebelum ia dikaitkan dengan ibadah puasa, ia terlebih dahulu dikaitkan dengan penurunan Al-Quran.

"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan tentang petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dengan yang bathil). Maka barangsiapa antara kalian ada pada bulan itu, maka berpuasalah..." [Al-Baqarah 2:185]

There you have it. Maka peliklah jika kita menyambut Ramadhan dengan bazar mercun berpuasa, menahan lapar & dahaga semata-mata, sedangkan Al-Quran itu tidak diraikan langsung. Sedangkan sudah jelas Allah memberitahu bahawa bulan ini istimewa kerana diturunkan 'surat-surat cinta' dari Allah, yang bakal membimbing manusia ke arah kebaikan. Nah, apakah kita masih mahu bersombong dan berpaling daripada kiriman kalimat cinta Tuhan?

Dengan Ramadhan yang masih berbaki ini, ayuh kita kurangkan maraton drama, dan tingkatkan maraton tilawah & tadabbur Al-Quran.
Janganlah kerana "Kerana Terpaksa Aku Relakan", 'terpaksa' kita relakan (eh?) diri kita membiarkan kitab suci kita dilitupi debu-debu dek dah lama tak dibelek. #keranaterpaksarelakanception
Cukuplah melayan "Cerita Cinta Kita", jika cerita Cinta kita dengan Tuhan dalam Al-Quran itu kita tak luangkan masa untuk dibaca. Atau kalau diluangkan pun, lebih sedikit masanya daripada yang kita luangkan untuk drama/perkara-perkara lagha yang lain. *nanges*

Tak mengapa jika tak sempat khatamkan pada Ramadhan ini pun. Yang penting ialah kita berungguh-sungguh banyakkan lagi membaca & mentadabbur Al-Quran.

After all, itulah salah satu sebab Allah hadiahkan Ramadhan kepada kita; yakni untuk melupakan membebaskan diri kita daripada perkara-perkara yang melalaikan itu. Janganlah kelalaian itu membuatkan kita menyesal di akhirat nanti, dan janganlah kekenyangan sesudah berbuka puasa itu terus melenyapkan fefeeling kita sebagaimana orang-orang yang kurang bernasib baik rasa. Bahkan segala kenikmatan yang kita rasa di dunia ini akan ditanya kelak. (rujuk surah At-Takathur)


Selamat menyudahkan maraton Ramadhan. Semoga Allah mengurniakan keampunan kepada kita semua, dan menyelamatkan kita daripada celaka.

#salamramadhan #pray4palestine


Friday, 27 June 2014

Tadabbur Surah Al-Jumu'ah: Formula Mencapai Kebijaksanaan

Assalamualaikum wbt.

Bersempena Jumaat terakhir sebelum Ramadhan 1435H, jom kita ambil masa untuk mentadabbur sedikit-sebanyak surah Al-Jumuah [surah ke-62]. Tak banyak pun, sikit je. Insya-Allah untuk kali ini kita tadabbur cuma 2 ayat yang terawal je orait :)

Dear brothers & sisters,
Surah Al-Jumuah [62] is a madaniyyah surah. It is basically like a khutbah from God, at which it contains 3 main themes ie.
1. Allah, Rasulullah & the believers
2. The Jews
3. Solat Jumaat

Ayat pertamanya bermula dengan "yusabbihu lillahi", menjadikan ia salah satu daripada surah musabbihat yakni surah yang dimulakan sama ada dengan "yusabbihu lillahi" ataupun "sabbaha lillahi". Antara keistimewaan surah-surah musabbihat ini ialah ia diwahyukan untuk meningkatkan keimanan umat Islam, di samping memberitahu bahawa SETIAP makhluq di langit & di bumi sentiasa bertasbih memuji Allah. Maka wajar juga untuk manusia diingatkan oleh semua makhluq untuk turut bertasbih mengingati & memuji Allah.


"Apa yang ada di langit & apa yang ada di bumi sentiasa bertasbih kepada Allah Al-Malik, Al-Quddus, Al-Aziz, Al-Hakim." [62: 1]

Selain itu, ayat pertama turut memberitahu kita tentang empat sifat Allah. Now, this is somewhat also special since there are not many verses in the Quran where more than two names of Allah are mentioned. Kebanyakan ayat Al-Quran yang lain cuma menyebut sepasang sifat-sifat Allah (eg. Ar-Rahman & Ar-Rahim, Ar-Ghafur & Ar-Rahim etc). Jadi semestinya ada kepentingan untuk 4 sifat tersebut disebutkan sekaligus dalam satu ayat. Untuk memahami kepentingan tersebut, firstly kita perlu memahami definisi sifat-sifat tersebut.

1. Al-Malik: Maha Raja. The King.
2. Al-Quddus: Maha Suci bahkan Menyucikan. The Pure & Purifier.
3. Al-Aziz: Maha Perkasa. Him who owns BOTH the highest of Authority and Respect. Some people have authority but are not respected, whereas some are respected but don't have authority.
4. Al-Hakim: Maha Bijaksana. The Wise.

Sedang ayat pertama menceritakan perihal sifat Allah, ayat kedua pula menceritakan perihal Rasulullah. Kedua-dua ayat tersebut berganding bagai memberitahu tentang kalimah syahadatain.


"Dialah yang mengutus seorang rasul pada golongan ummiyin daripada kalangan mereka sendiri. Dia (rasul) yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menyucikan mereka, dan mengajarkan mereka Kitab & Hikmah, meski sebelumnya mereka dalam kesesatan yang nyata." [62: 2]

Golongan ummiyyin bermaksud golongan buta huruf, atau dengan bahasa sekarang, uneducated. Orang Arab ketika itu hidup di padang pasir, di mana kebanyakan daripada mereka tidak memperoleh pendidikan formal, unlike many of the Romans, Greeks, Persians etc. Rasulullah sendiri tergolong dalam ummiyyin. Namun Allah tetap mengutus seorang Rasul merangkap murobbi/pendidik teragung dalam sejarah makhluq daripada kalangan 'uneducated' itu. Nah, ia menjadi bukti betapa golongan seperti itu pun boleh diberi penghormatan oleh Allah, maka mengapa manusia kini ada yang bersombong-sombong dengan tahap formal education masing-masing?
Selain itu, ia turut menjadi bukti bahawa meski di padang pasir yang gersang, ad-din ataupun agama Allah tetap patut dipelajari & dipraktikkan.

Seterusnya jika kita perhatikan ayat kedua memberitahukan empat perkara yang Rasulullah lakukan. Empat perkara tersebut menjadi formula untuk membebaskan manusia daripada kegelapan, kejahilan & kezaliman kepada cahaya. Malah, empat perkara tersebut turut mempunyai perkaitan dengan empat sifat Allah yang disebutkan dalam ayat pertama tadi.

1. "membacakan kepada mereka ayat-ayatNya"
Perkataan 'ayat' dalam bahasa Arab ada 2 maksud iaitu 'ayat-ayat (verses)' dan 'petanda (signs)'. Rasulullah diutuskan bukan sahaja untuk menyampaikan Al-Quran agar manusia membacanya, bahkan Al-Quran juga turut mengajak manusia untuk memerhatikan tanda-tanda kekuasaan Tuhan serta berfikir. Therefore, understanding is a very big & crucial part in practicing Islam.
Jika kita perhatikan pun, wahyu pertama yang diturunkan bukanlah terus menuntut untuk "berimanlah kamu", tetapi "iqra" yakni "bacalah". Atas erti kata lain, Islam menuntut penganutnya untuk tidak mengikut mengcadbury eh membabi-buta, tetapi kefahaman itulah yang patut diutamakan.
Selain itu, Islam menuntut untuk kita memerhatikan & memahami alam agar sedar tentang petanda-petanda kekuasaan Tuhan. Sebagaimana bilamana kita memasuki suatu daerah kingdom, kita akan perasan petanda-petanda tentang kewujudan raja di situ (para satria, istana, bendera etc.), alam ini turut mempunyai petanda-petanda tentang kewujudan Allah Al-Malik yang Maha Raja. The King of the whole universe.


2. "menyucikan mereka"
Penyucian sebenar sepatutnya meliputi dua aspek yakni penyucian minda (intellect) & jiwa (spiritual). Penyucian minda akan meningkatkan tahap intelektual lantas menjadikan seseorang itu mampu untuk berfikir dengan matang & sewajarnya. Manakala penyucian jiwa pula akan mengurangkan sikap-sikap buruk manusia seperti takabbur, hasad dengki, tamak dll. Sikap-sikap negatif itu tidaklah dapat dibersihkan sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya Islam menawarkan cara-cara untuk mengawal daripada sikap-sikap tersebut menzalimi manusia & alam.
Kedua-dua bentuk penyucian ini adalah inseparable dalam Al-Quran. Inilah yang membezakan Al-Quran dengan kitab-kitab Yahudi & Nasrani. Agama Yahudi menekankan intelektual semata-mata manakala Nasrani menekankan spiritual semata-mata. Whereas the absence of either one of the two components will lead to corruption, sebagaimana yang berlaku kepada agama mereka.
Dan semestinya, tugas penyucian ini wajar mengingatkan kita juga kepada Allah Al-Quddus yang Maha Suci & Menyucikan.

3. "mengajarkan mereka Kitab"
Al-Kitab selain merujuk (sekali lagi) kepada Al-Quran, turut merujuk kepada hukum-hakam ataupun undang-undang (the Law). So basically the word "kitab" means either "book" or "law". Sebab itulah peribahasa Inggeris "to throw the book at somebody" bermaksud mengenakan tindakan undang-undang ataupun menghukum seseorang. Malah dalam surah Al-Baqarah [2] ayat 183 pun frasa "kutiba 'alaikum as-shiyam" diterjemahkan sebagai "diwajibkan/diundang-undangkan kepada kalian untuk berpuasa."
Ini menunjukkan bahawa Allah menurunkan Al-Quran & Islam dengan mengandungi undang-undang yakni syariat yang tertinggi. Dan menjadi tanggungjawab kita juga untuk mempelajari undang-undang/hukum-hakam tersebut. Dan sebagaimana tugas seorang pensyarah menguji para pelajarnya, kita sebagai hamba Allah juga akan diberi ujian terhadap iman kita, tidak lain & tidak bukan untuk menentukan sama ada kita layak untuk ke syurga Allah atau tidak.
Dan semestinya, kepatuhan kepada undang-undang menuntut untuk kita menghormati & mengenali pihak yang memiliki authority, yakni Allah Al-Aziz.

4. "(mengajarkan mereka) Hikmah"
Antara definisi hikmah ialah pengetahuan, pemahaman, kebijaksanaan, dan keadilan. Rasulullah melalui sunnahnya mengajarkan & memahamkan kita tentang agama yang menuntut kebijaksanaan & keadilan. Dan insya-Allah apabila kita memahami(1), menyucikan minda & jiwa (2), serta mempelajari hukum-hakam Allah terhadap dunia ini(3), kita akan mampu menggunakan sunnah & kebijaksanaan untuk memimpin & menguasai dunia dengan adil(4).
And yeah you've guessed it, dari mana datangnya kebijaksanaan jika bukan dari Allah Al-Hakim yang Maha Bijaksana kan :)

So there you have it. Sedikit tadabbur tentang dua ayat terawal surah Al-Jumuah [62]. Jika kita perhatikan, antara ibrah terbesarnya adalah supaya kita mempelajari & memahami Al-Quran, nescaya insya-Allah kita akan menjadi umat yang bijaksana & berjaya. Again, UNDERSTANDING is very important. Engage your mind to understand.
Dan tanyalah diri kita sendiri, berapa sering sebenarnya kita membaca Al-Quran, apatah lagi membaca terjemahan atau tafsir dalam usaha untuk memahaminya?


Maka ayuhlah kita sahut seruan itu, apatah lagi dengan kedatangan Ramadhan bulan yang diturunkan Al-Quran (surah Al-Baqarah [2]: 185) yang bakal tiba satu atau dua hari lagi.
Jom, insya-Allah :)


Tuesday, 24 June 2014

Ramadhan, Taqwa, dan Kasih-Sayang

Sahabat sekalian,
Ramadhan menghampiri.

Memang benar berpuasa pada Ramadhan mendatangkan hikmah daripada segi kesihatan, tapi bukan hikmah kesihatan itu yang menjadi sebab utama kita berpuasa. Apa pun kelebihannya daripada segi kesihatan, hakikatnya kita berpuasa disebabkan perintah Allah swt.
"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian, agar kalian bertaqwa." Al-Baqarah [2]: 183
Nah, bahkan kita diberitahu bahawa hikmah terbesar daripada puasa ialah meningkatkan taqwa! Dan jika kita perhatikan, betapa banyak ayat dalam Al-Quran yang menjelaskan kelebihan-kelebihan bertaqwa. Hatta 5 ayat terawal surah Al-Baqarah menjelaskan ciri-ciri & keuntungan orang yang bertaqwa, manakala dalam surah Al-Hujurat [49] ayat ke 13 pula menjelaskan betapa kalangan manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa.

"Sesungguhnya semulia-mulia kalian di sisi Allah ialah yang lebih taqwanya antara kalian." Al-Hujurat [49]: 13
Maka jom, ambil peluang Ramadhan ini untuk menjadi hamba yang lebih bertaqwa, sekaligus sahabat & teman yang lebih baik. Yeah sure friends don't let friends skip leg day. But even better friends don't let you commit sins, for example intentionally skipping solat or not fasting during Ramadhan.

Tertib/level ukhwah yang ke-2 ialah mencintainya sebagaimana kita mencintai diri sendiri. So sepatutnya mestilah saling melarang daripada dosa kan ;)
Kerana puasa Ramadhan itu meningkatkan taqwa, manakala bertaqwa itu adalah ciri terpenting bagi seorang sahabat/teman yang karib.
"Teman-teman karib pada hari itu (kiamat), sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, kecuali yang bertaqwa." Az-Zukhruf [43]: 67

Firman Allah dalam hadith qudsi riwayat Imam Malik,
"Wajiblah kecintaanKu itu kepada orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, duduk-duduk bersama kerana Aku, saling menziarahi kerana Aku, dan saling menghadiahi kerana Aku."

Cinta itu dari Tuhan. Dan cinta kerana Tuhan itu jualah yang akan kekal. Maka jom kita kekalkan cinta kita terhadap ibu bapa, keluarga, guru-guru, sahabat-sahabat, suami/isteri, hingga ke syurga.


Dengan meningkatkan taqwa, bersahabat & berkasih hingga ke syurga ♡♡♡
Insya-Allah :)

"Allahumma sampaikanlah kami ke Ramadhan..."


Tuesday, 17 June 2014

Membangun sebuah peradaban



"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it"
-George Santayana-

                Saya kira, ramai daripada kita sebenarnya telah hafal kata-kata ini yang tercetak pada halaman buku teks Sejarah sekolah menengah. Secara umumnya, ia menjelaskan peri pentingnya bagi seseorang insan itu untuk mengetahui, memahami, seterusnya mengambil iktibar dan pengajaran akan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dan mempunyai hubungan rapat (sekurang-kurangnya) dengan diri, bangsa atau tanah airnya.

                Namun, jika satu kajian secara rambang dilakukan dalam kalangan mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai penghafal pelajar, saya kira ramai yang akan memilih Sejarah bagi menggondol anugerah 'subjek yang membosankan'.

Ikhwah fillah,

                Jika dapat kita berhenti sejenak, dan memandang kebelakang, jarak antara kita dan Daulah Islam Turki Utmaniyyah sebenarnya belumpun sampai satu abad (sekitar 1923/1924 M). Namun, kita telah merasakan bahawa keberadaan sebuah Negara Islam, yang diperintah oleh seorang Khalifah atau pemimpin bagi sebuah Daulah Islamiyyah(gabungan daerah-daerah Islam) itu seolah-olah telah meninggalkan kita ratusan tahun lamanya.

            
    Dan mungkin ramai yang memandang bahawa catatan sejarah itu hanyalah sekadar satu catatan yang perlu dihafal bagi mencantikkan lagi keputusan pada Sijil Pelajaran Malaysia, dan tidak kurang juga yang mungkin memandang bahawa ianya hanyalah sekadar satu bahan baca bersifat santai, sebagai makalah bagi mengisi waktu terluang.

"Sejarah tidak membosankan. Sejarah juga bukan gula-gula romantik untuk beremosi lagi dramatik. Sejarah adalah realiti silam yang berguna buat memahami realiti semasa, demi memimpin realiti masa hadapan."

Ikhwah fillah,

                Sungguh, antara kerugian dan kebodohan terbesar yang dapat saya rasakan adalah pabila saya memikirkan semula betapa saya hanya sekadar bersikap acuh tak acuh dan culas dalam mempelajari Sejarah (juga subjek-subjek yang lain/boleh kata hampir semua subjek) sewaktu di sekolah dahulu.

                Ayat demi ayat yang dihafal, tanpa benar-benar memahami, apatah lagi cuba mengait/mempraktikkan ia dalam kehidupan seharian, dilakukan hanyalah sekadar membolehkan mata pena mengisi/memuntahkan ia kembali dalam ruang-ruang kosong jawapan.

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
(Surah Ali-Imran : 190-191)

"Kelebihan Alim(orang yang berilmu)  berbanding Abid(ahli Ibadah) adalah seperti kelebihanku atas manusia yang paling rendah dikalangan kamu"
(Hadith)

                Nah jelas, ia menunjukkan bahawa antara mereka yang sekadar menghafal dan menjadikan ia sebagai satu rutin, dengan mereka yang benar-benar memahami menurut disiplin ilmu yang digariskan agama, terdapat jurang perbedaan yang sangat besar! Tetapi, hal ini tidak menafikan bahawa dalam tingkatan-tingkatan menguasai satu bidang ilmu itu, menghafal merupakan antara komponen yang asas. Cuma, ingin ditegaskan, bahawa hafalan, mestilah disusuli dengan kefahaman.

Ikhwah fillah,

                Natijahnya, ingin saya mengajak kita semua untuk sama-sama mengembangluas potensi kita, dengan menambahkan lagi bahan bacaan, seterusnya meningkatkan kefahaman terhadap pelbagai bidang/disiplin ilmu, dan 'Sejarah" merupakan suatu permulaan yang sangat sesuai. Moga-moga, laungan kita bagi menuju kearah pembentukan semula Daulah Islamiyyah, akan dapat diperkasakan lagi, dan ini tentunya dengan kita terlebih dahulu mengaji dan mengkaji jatuh bangun Daulah Islamiyyah yang terdahulu secara objektif dan komprehensif.



"Keagungan sesuatu bangsa itu ditentukan oleh kepentingan yang diberikan kepada sejarah. Sejarah merupakan suatu khazanah yang amat bernilai.
Sejarah adalah gedung pengalaman. Bangsa yang agung adalah bangsa yang menempuh sejarah dan yang mahu mempelajari dari sejarah. Sesuatu bangsa yang tidak mempelajari daripada sejarah akan terus melakukan kesalahan berkali-kali yang akan berakhir dengan keruntuhan bangsa itu. Daripada sejarah kita menghargai kehormatan diri kita."
(Tun Dr Mahathir Mohamad)

Wallahua'lam.