Friday, 22 August 2014

"AWESOME"NYA HARI INI!



Pernah tak terfikir, sepanjang hidup kita ni, berapa banyak Jumaat yang dah berlalu? Baaaanyaaak kan? Dan, agak-agaknya berapa banyak lagi Jumaat yang akan kita lalui? Allah je yang tau.

Hari Jumaat juga dikenali sebagai sayyidul ayyam ataupun penghulu segala hari. Rugi lah kita sebagai muslim kalau tak tahu dan tak manfaatkan keistimewaan hari Jumaat ni.

Apa yang special sangat dengan hari Jumaat?






Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam a.s diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari Syurga. Pada Jumaat juga Kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu kepada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya."
(HR. Muslim)

Oleh sebab itu, terdapat beberapa amalan yang digalakkan untuk kita lakukan sepanjang hari Jumaat dan juga malam sebelumnya. (Maksudnya, hari Khamis malam Jumaat). Antaranya,

#1 Perbanyakkan selawat



Rasulullah SAW bersabda, “ Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari dan malam Jumaat. Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat kepadanya 10 kali” (HR. Al-Baihaqi)

#2 Membaca Surah Al-Kahfi

Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a, Nabi bersabda, "Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat akan diberikan cahaya baginya di antara dua Jumaat."
(HR. Al-Hakim)

Kalau rasa tak mampu nak habiskan baca satu surah sekaligus, bacalah sedikit demi sedikit. Kalau masih rasa tak mampu, bolehlah biasakan diri baca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir dulu. Nanti boleh cuba habiskan satu surah pulak ;)

#3 Perbanyakkan doa

Nabi SAW menjelaskan:
"Pada hari Jumaat ada satu waktu yang bila seorang Muslim solat dan minta kepada Allah, akan dikabulkan (permintaannya) dan beliau mengisyaratkan bahwa waktunya sedikit."
(HR. Al-Bukhari)

******

Walau bagaimanapun, amalan yang paling utama dan WAJIB bagi kaum muslimin (yang baligh, merdeka dan bermastautin) ialah Solat Jumaat. Haa..solat Jumaat ni pun special jugak tau. Terdapat beberapa amalan yang dianjurkan sebelum, semasa dan selepas menunaikan Solat Jumaat. Antaranya,

#1 Mandi dan bersiwak

#2 Memotong kuku

#3 Mencukur bulu yang dibolehkan

#4 Memakai pakaian yang terbaik dan wangi-wangian

#5 Berjalan kaki ke masjid selagi mampu

#6 Datang awal ke masjid (sebelum khutbah bermula)

"Di setiap pintu masjid ada malaikat yang menulis nama mereka yang memasukinya mengikut urutan. Ketika imam menaiki mimbar, mereka tutup lembaran itu untuk mendengar khutbah"

#7 Menunaikan solat tahiyyatul masjid

#8 Diam dan memberi perhatian ketika khutbah disampaikan

#9 Menunaikan solat sunat selepas solat jumaat



Jom, ikut cara Rasululllah SAW!

p/s: kalau tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua ;)

Wallahua’lam.





Tuesday, 12 August 2014

# LH 5 : Katang & Ganteng

-Model x berbayar..-

Qawiyyul Jism (Tubuh yang Cergas/Kuat)

   Ia merupakan antara kriteria (Muwasaffat Tarbiyyah) yang telah digariskan oleh As-Syahid Imam Hassan al-banna, yang seharusnya dipasakkan ke dalam hati tiap umat Islam dalam kerangka membentuk seorang Muslim yang syumul (menyeluruh) dalam semua aspek kehidupan.

   Cantiknya Islam, dalam tiap-tiap amalannya, bahkan dalam tiap-tiap helaan nafasnya bisa menjadi satu ibadah baginya. Bak kata omputih As easy as ABC, begitulah jua dalam melaksanakan satu-satu ibadah dalam Islam. Contohnya, anda ingin pergi bermain futsal / ragbi, cukup dengan bermonolog dalaman niatkan dalam hati ;

"Aku nak pergi main ragbi/futsal ni kerana Allah"

"Aku nak pergi main volleyball ni, sebab nak dapatkan badan yg katang. Allah suka orang beriman yg katang"

"Aku nak pegi gym ni, mudah-mudahan badan yang katang dan muka yang ganteng ni dapat digunakan untuk agama"

Dan, insyaAllah, tiap-tiap ATP yang digunakan akan menjadi satu ibadah bagi kita.

Senangkan?

Wallahua'lam.


"Rugby is a tough game, played by gentlemen" 
(Quoted)
-Iklan x berbayar juga..woha!-


Sunday, 10 August 2014

Syukur itu awesome!


" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang."  
[An-Nahl:18]

Sesungguhnya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sangatlah banyak sehingga kita tidak mampu menghitungnya. Masa lapang, sihat, anggota badan, udara yang kita hirup dan pancaindera, semua adalah pemberian Allah tetapi ada yang masih rasa tidak cukup, iri hati ataupun rendah diri kerana membanding-bandingkan nikmat serta kelebihan masing-masing.


" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? "
[Ar-Rahman:13]

" ...Allah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur."
[Al-Mulk:23]

Ada yang tekun dan asyik mengejar dunia kerana ingin mendapatkan nikmat yang dia sering rasa tidak cukup sehingga lupa akan akhirat.

Ada yang iri hati dengan kelebihan orang lain sehingga menjadi batu api dan menjauhkan silaturahim antara satu sama lain.

Ada yang rasa 'inferior' dengan kawannya yang lebih pandai lebih cantik daripadanya tetapi tidakkah dia tahu bahawa dirinya juga istimewa?

Hal-hal sebegini memang lazim dalam masyarakat era moden ini bahkan mungkin kita pun pernah rasa kan?

*******

Saya pernah berkesempatan menghadiri satu program di mana terdapat satu cerita yang sangat menginsafkan dan memberi banyak pengajaran dikongsi oleh seorang doktor. Ceritanya berbunyi begini: 
                            
Pada suatu hari, seorang pensyarah melawat perkampungan orang asli dan ingin ke seberang sungai. Dia ternampak seorang nelayan atas bot tengah termenung ( fikir masa depan la kot).

Pensyarah : boleh bawa saya ke seberang sungai ni?
Nelayan    : boleh encik, tak ada masalah.

Waktu dalam perjalanan ke seberang sungai, mereka berbual.

P  : awak ada berapa simpanan dalam akaun? 
N : saya tak ada simpanan langsung encik, saya tak berduit.
P  : kalau macam tu, awak dah hilang separuh daripada nikmat hidup awak.
N : T.T

Tiba-tiba bot itu terbalik dan encik P terkapai-kapai dalam air lalu encik N menyelamatkannya.

N : encik tak tahu berenang ke?
P : tak tahu.
N : kalau macam tu, encik mungkin akan hilang semua hidup encik.
P : T.T

Encik N mungkin tak ada banyak duit macam encik P tapi dia tahu berenang dan encik P tak tahu. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2 dan saling melengkapi. Kita harus bersyukur dengan apa yang Allah dah beri kepada kita.

*******

Allah cipta manusia sebaik-baik kejadian. Semua orang itu cantik, semua orang itu ada kelebihan, semua orang itu ada kekurangan. Tidak ada yang sempurna. Jangan iri hati dan pandang rendah dekat orang lain dan jangan selalu pandang orang lain sampai tidak melihat kelebihan diri sendiri.

Nikmat dan rezeki yang kita dapat juga ketentuan Allah sama ada orang itu kita rasakan lebih, kita rasa kekurangan, semua adalah ketentuan Allah dan rahsia Allah. Dalam segala limpahan nikmat yang Allah kurniakan, sedikit sekali orang yang bersyukur.

Jadi, sahabat sekalian, jom kita ambil masa sekejap merenung apa yang Allah dah berikan kepada kita dan menghayati ciptaan Allah serta kekuasaannya. Berterima kasih kepada Allah dan insyaAllah kita akan menghargai dan memahami erti syukur. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang sedikit itu :).


Last but not least, stop complaining start blessing, say Alhamdulillah thank you Allah for everything.

# Orang yang bersyukur itu ohsem dan hensem, eh? hehe






Wednesday, 6 August 2014

#PrayForPalestine


            Sungguh, dalam 'keterujaan' kita untuk memboikot satu-satu produk atau perkhidmatan, jangan sampai kita membatasi nilai-nilai murni yang sepatutnya lahir dalam diri seorang Muslim, juga sebagai manusia yang beradab tinggi. 
Jangan sampai mendahului nafsu hingga membelakangi akal!

“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”
(Surah al-Qalam : 4)
 
Tunjukkan solidariti anda!!

Diambil daripada FB Saudara Firdaus Won Wai Hung

[Etika Memboikot @ Tidak Boikot]

1) Boikot adalah pilihan setiap individu maka usah memaksa sesiapa yang tidak mahu memboikot.

2) Sebagaimana kita mahu org lain menghormati keputusan kita utk memboikot, kita harus menghormati keputusan org lain utk tidak mahu memboikot

3) Andai barangan atau servis yg kita mahu boikot adalah halal, jangan pula kita mengharamkan apa yang jelas halal.

4) Tidak mencaci maki mahupun perkataan kasar ketika boikot

5) Matlamat tidak menghalalkan cara maka perlu selidik (49:6)[1]  kesahihan sesuatu berita mengenai produk atau servis yg kita mahu boikot agar kita berlaku adil (5:8)[2] dan tidak menzalimi org lain.

6) Tidak menggunakan kemudahan yg disediakan oleh pihak yang diboikot utk urusan peribadi spt menggunakan elektrik, tempat dan tandas yg telah tertulis 'Hanya Untuk Pelanggan Sahaja' kecuali dlm kes keperluan yg mendesak spt sakit perut dan sebagainya.

7) Tidak boleh menuduh orang lain sebagai selektif boikot apabila hanya boikot Nestle, McD dan barangan atau servis lain sedangkan FB dan Microsoft juga menyumbang kepada Israel kerana nestle dan McD bukan keperluan mendesak tetapi FB dan Microsoft adalah platform milik musuh yg boleh digunakan untuk tujuan kesedaran dan kehidupan seharian. Tak makan McD takkan mati sbb ada nasi dan burger Ramly dan kalau tak guna FB dan Microsoft pun tak mati tetapi apakah kita mempunyai alternatif lain utk menyebarkan berita dan info jikalau tidak menggunakan medium atau platform yg tersedia? Contoh adalah tentera Islam berjaya dan mendapat harta rampasan berbentuk kereta kebal serta pesawat dan senjata milik musuh maka adakah kerana kita memboikot barangan Israel maka kita hancurkan semua? Tidak.. gunakannya utk tujuan kita.

8) Tidak menggunakan troll atau dialog yg tidak benar kerana sekali lagi matlamat tidak menghalalkan cara. Usah menzalimi org lain dgn meletakkan meme atau dialog yg org tersebut tak pernah ungkapkan.

9) Boikot apa yang kita mampu secara berperingkat dan tidak sehingga menyusahkan kehidupan diri. 

10) Usah menyalahkan atau memandang serong kepada pekerja di syarikat yg kita boikot kerana mungkin mereka ada jihad tersendiri di dalam organisasi tersebut dan doakan untuk mereka dan kita.

* Boikot adalah usaha tetapi usaha paling penting adalah meningkatkan ilmu kita sebagai Muslim dan menyeru dan menjadi inspirasi utk org sekeliling kita meningkatkan ilmu Islam dan dunia agar kita menjadi umat yg terbaik 14 juta Yahudi berjaya mengawal dunia kerana intelektual mereka tetapi 1.7bilion umat Islam spt buih di lautan sbb sibuk bergaduh hal remeh temeh sesama saudara seIslam dan tidak faham ajaran serta tuntuan ajaran Islam maka adab dan akhlak seharian jauh dari Islam maka umat Islam juga tertinggal dlm aspek dunia. 

Lupakah kita suatu masa dahulu umat Islam pernah menakluk 2/3 dunia dan umat Islam adalah pelopor kepada kemajuan sains dan teknologi? Mereka berjaya kerana dekat kepada sumber Islam dan hidul berpandukan Quran & Sunnah. Hakikatnya kita yg saban hari melaungkan slogan ASWJ berpaksikan Quran & Sunnah tetapi realitinya kita amat jauh dari kedua dua sumber itu serta tidak menjadikan kedua-duanya paksi kehidupan kita. Kembalilah kepada keduanya...


Wallahualam




-Nota kaki-
[1]Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

[2]” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”


Tuesday, 5 August 2014

# LH 4 : Alam & Akal



Lihatlah sekelilingmu..
Bahkan lihatlah ke dalam dirimu..
Lihatlah dengan kaca mata hati.. 
Hayati dan nilailah dengan kaca mata iman..
Apakah kamu tidak memikirkan??