Friday, 22 August 2014

"AWESOME"NYA HARI INI!



Pernah tak terfikir, sepanjang hidup kita ni, berapa banyak Jumaat yang dah berlalu? Baaaanyaaak kan? Dan, agak-agaknya berapa banyak lagi Jumaat yang akan kita lalui? Allah je yang tau.

Hari Jumaat juga dikenali sebagai sayyidul ayyam ataupun penghulu segala hari. Rugi lah kita sebagai muslim kalau tak tahu dan tak manfaatkan keistimewaan hari Jumaat ni.

Apa yang special sangat dengan hari Jumaat?






Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam a.s diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari Syurga. Pada Jumaat juga Kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu kepada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya."
(HR. Muslim)

Oleh sebab itu, terdapat beberapa amalan yang digalakkan untuk kita lakukan sepanjang hari Jumaat dan juga malam sebelumnya. (Maksudnya, hari Khamis malam Jumaat). Antaranya,

#1 Perbanyakkan selawat



Rasulullah SAW bersabda, “ Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari dan malam Jumaat. Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat kepadanya 10 kali” (HR. Al-Baihaqi)

#2 Membaca Surah Al-Kahfi

Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a, Nabi bersabda, "Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat akan diberikan cahaya baginya di antara dua Jumaat."
(HR. Al-Hakim)

Kalau rasa tak mampu nak habiskan baca satu surah sekaligus, bacalah sedikit demi sedikit. Kalau masih rasa tak mampu, bolehlah biasakan diri baca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir dulu. Nanti boleh cuba habiskan satu surah pulak ;)

#3 Perbanyakkan doa

Nabi SAW menjelaskan:
"Pada hari Jumaat ada satu waktu yang bila seorang Muslim solat dan minta kepada Allah, akan dikabulkan (permintaannya) dan beliau mengisyaratkan bahwa waktunya sedikit."
(HR. Al-Bukhari)

******

Walau bagaimanapun, amalan yang paling utama dan WAJIB bagi kaum muslimin (yang baligh, merdeka dan bermastautin) ialah Solat Jumaat. Haa..solat Jumaat ni pun special jugak tau. Terdapat beberapa amalan yang dianjurkan sebelum, semasa dan selepas menunaikan Solat Jumaat. Antaranya,

#1 Mandi dan bersiwak

#2 Memotong kuku

#3 Mencukur bulu yang dibolehkan

#4 Memakai pakaian yang terbaik dan wangi-wangian

#5 Berjalan kaki ke masjid selagi mampu

#6 Datang awal ke masjid (sebelum khutbah bermula)

"Di setiap pintu masjid ada malaikat yang menulis nama mereka yang memasukinya mengikut urutan. Ketika imam menaiki mimbar, mereka tutup lembaran itu untuk mendengar khutbah"

#7 Menunaikan solat tahiyyatul masjid

#8 Diam dan memberi perhatian ketika khutbah disampaikan

#9 Menunaikan solat sunat selepas solat jumaat



Jom, ikut cara Rasululllah SAW!

p/s: kalau tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua ;)

Wallahua’lam.





No comments:

Post a Comment