Friday, 22 August 2014

"AWESOME"NYA HARI INI!



Pernah tak terfikir, sepanjang hidup kita ni, berapa banyak Jumaat yang dah berlalu? Baaaanyaaak kan? Dan, agak-agaknya berapa banyak lagi Jumaat yang akan kita lalui? Allah je yang tau.

Hari Jumaat juga dikenali sebagai sayyidul ayyam ataupun penghulu segala hari. Rugi lah kita sebagai muslim kalau tak tahu dan tak manfaatkan keistimewaan hari Jumaat ni.

Apa yang special sangat dengan hari Jumaat?






Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam a.s diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari Syurga. Pada Jumaat juga Kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu kepada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya."
(HR. Muslim)

Oleh sebab itu, terdapat beberapa amalan yang digalakkan untuk kita lakukan sepanjang hari Jumaat dan juga malam sebelumnya. (Maksudnya, hari Khamis malam Jumaat). Antaranya,

#1 Perbanyakkan selawat



Rasulullah SAW bersabda, “ Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari dan malam Jumaat. Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat kepadanya 10 kali” (HR. Al-Baihaqi)

#2 Membaca Surah Al-Kahfi

Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a, Nabi bersabda, "Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat akan diberikan cahaya baginya di antara dua Jumaat."
(HR. Al-Hakim)

Kalau rasa tak mampu nak habiskan baca satu surah sekaligus, bacalah sedikit demi sedikit. Kalau masih rasa tak mampu, bolehlah biasakan diri baca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir dulu. Nanti boleh cuba habiskan satu surah pulak ;)

#3 Perbanyakkan doa

Nabi SAW menjelaskan:
"Pada hari Jumaat ada satu waktu yang bila seorang Muslim solat dan minta kepada Allah, akan dikabulkan (permintaannya) dan beliau mengisyaratkan bahwa waktunya sedikit."
(HR. Al-Bukhari)

******

Walau bagaimanapun, amalan yang paling utama dan WAJIB bagi kaum muslimin (yang baligh, merdeka dan bermastautin) ialah Solat Jumaat. Haa..solat Jumaat ni pun special jugak tau. Terdapat beberapa amalan yang dianjurkan sebelum, semasa dan selepas menunaikan Solat Jumaat. Antaranya,

#1 Mandi dan bersiwak

#2 Memotong kuku

#3 Mencukur bulu yang dibolehkan

#4 Memakai pakaian yang terbaik dan wangi-wangian

#5 Berjalan kaki ke masjid selagi mampu

#6 Datang awal ke masjid (sebelum khutbah bermula)

"Di setiap pintu masjid ada malaikat yang menulis nama mereka yang memasukinya mengikut urutan. Ketika imam menaiki mimbar, mereka tutup lembaran itu untuk mendengar khutbah"

#7 Menunaikan solat tahiyyatul masjid

#8 Diam dan memberi perhatian ketika khutbah disampaikan

#9 Menunaikan solat sunat selepas solat jumaat



Jom, ikut cara Rasululllah SAW!

p/s: kalau tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua ;)

Wallahua’lam.





Tuesday, 12 August 2014

# LH 5 : Katang & Ganteng

-Model x berbayar..-

Qawiyyul Jism (Tubuh yang Cergas/Kuat)

   Ia merupakan antara kriteria (Muwasaffat Tarbiyyah) yang telah digariskan oleh As-Syahid Imam Hassan al-banna, yang seharusnya dipasakkan ke dalam hati tiap umat Islam dalam kerangka membentuk seorang Muslim yang syumul (menyeluruh) dalam semua aspek kehidupan.

   Cantiknya Islam, dalam tiap-tiap amalannya, bahkan dalam tiap-tiap helaan nafasnya bisa menjadi satu ibadah baginya. Bak kata omputih As easy as ABC, begitulah jua dalam melaksanakan satu-satu ibadah dalam Islam. Contohnya, anda ingin pergi bermain futsal / ragbi, cukup dengan bermonolog dalaman niatkan dalam hati ;

"Aku nak pergi main ragbi/futsal ni kerana Allah"

"Aku nak pergi main volleyball ni, sebab nak dapatkan badan yg katang. Allah suka orang beriman yg katang"

"Aku nak pegi gym ni, mudah-mudahan badan yang katang dan muka yang ganteng ni dapat digunakan untuk agama"

Dan, insyaAllah, tiap-tiap ATP yang digunakan akan menjadi satu ibadah bagi kita.

Senangkan?

Wallahua'lam.


"Rugby is a tough game, played by gentlemen" 
(Quoted)
-Iklan x berbayar juga..woha!-


Sunday, 10 August 2014

Syukur itu awesome!


" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang."  
[An-Nahl:18]

Sesungguhnya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sangatlah banyak sehingga kita tidak mampu menghitungnya. Masa lapang, sihat, anggota badan, udara yang kita hirup dan pancaindera, semua adalah pemberian Allah tetapi ada yang masih rasa tidak cukup, iri hati ataupun rendah diri kerana membanding-bandingkan nikmat serta kelebihan masing-masing.


" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? "
[Ar-Rahman:13]

" ...Allah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur."
[Al-Mulk:23]

Ada yang tekun dan asyik mengejar dunia kerana ingin mendapatkan nikmat yang dia sering rasa tidak cukup sehingga lupa akan akhirat.

Ada yang iri hati dengan kelebihan orang lain sehingga menjadi batu api dan menjauhkan silaturahim antara satu sama lain.

Ada yang rasa 'inferior' dengan kawannya yang lebih pandai lebih cantik daripadanya tetapi tidakkah dia tahu bahawa dirinya juga istimewa?

Hal-hal sebegini memang lazim dalam masyarakat era moden ini bahkan mungkin kita pun pernah rasa kan?

*******

Saya pernah berkesempatan menghadiri satu program di mana terdapat satu cerita yang sangat menginsafkan dan memberi banyak pengajaran dikongsi oleh seorang doktor. Ceritanya berbunyi begini: 
                            
Pada suatu hari, seorang pensyarah melawat perkampungan orang asli dan ingin ke seberang sungai. Dia ternampak seorang nelayan atas bot tengah termenung ( fikir masa depan la kot).

Pensyarah : boleh bawa saya ke seberang sungai ni?
Nelayan    : boleh encik, tak ada masalah.

Waktu dalam perjalanan ke seberang sungai, mereka berbual.

P  : awak ada berapa simpanan dalam akaun? 
N : saya tak ada simpanan langsung encik, saya tak berduit.
P  : kalau macam tu, awak dah hilang separuh daripada nikmat hidup awak.
N : T.T

Tiba-tiba bot itu terbalik dan encik P terkapai-kapai dalam air lalu encik N menyelamatkannya.

N : encik tak tahu berenang ke?
P : tak tahu.
N : kalau macam tu, encik mungkin akan hilang semua hidup encik.
P : T.T

Encik N mungkin tak ada banyak duit macam encik P tapi dia tahu berenang dan encik P tak tahu. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2 dan saling melengkapi. Kita harus bersyukur dengan apa yang Allah dah beri kepada kita.

*******

Allah cipta manusia sebaik-baik kejadian. Semua orang itu cantik, semua orang itu ada kelebihan, semua orang itu ada kekurangan. Tidak ada yang sempurna. Jangan iri hati dan pandang rendah dekat orang lain dan jangan selalu pandang orang lain sampai tidak melihat kelebihan diri sendiri.

Nikmat dan rezeki yang kita dapat juga ketentuan Allah sama ada orang itu kita rasakan lebih, kita rasa kekurangan, semua adalah ketentuan Allah dan rahsia Allah. Dalam segala limpahan nikmat yang Allah kurniakan, sedikit sekali orang yang bersyukur.

Jadi, sahabat sekalian, jom kita ambil masa sekejap merenung apa yang Allah dah berikan kepada kita dan menghayati ciptaan Allah serta kekuasaannya. Berterima kasih kepada Allah dan insyaAllah kita akan menghargai dan memahami erti syukur. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang sedikit itu :).


Last but not least, stop complaining start blessing, say Alhamdulillah thank you Allah for everything.

# Orang yang bersyukur itu ohsem dan hensem, eh? hehe