Wednesday, 26 March 2014

Pray for #MB529

Berikut ialah wasiat As-Syahid Imam Hasan Al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin:

Saudaraku,

Janganlah engkau berputus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari semalam, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.

Allah swt. berfirman,
"Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi).
Dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Firaun dan Haman serta tenteranya apa yang selalu mereka khuatirkan daripada mereka itu." (Al-Qasas [28]: 5-6)
Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk bekerja. Dunia akan melihat bahawa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan, dan kedamaian yang akan menyembuhkan umat daripada rasa sakit yang sedang dideritainya. Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia, kerana bumi akan tetap berputar dan kejayaan itu akan kembali kepada kita. Hanya Allah-lah harapan kita satu-satunya.

Bersiap dan bekerjalah, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana boleh jadi engkau tidak mampu berbuat apa-apa pada esok hari.

Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh berhenti. Kita harus terus bekerja dan terus melangkah, kerana kita memang tidak mengenal henti dalam berjihad.

Allah swt. berfirman,
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, sungguh akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami." (Al-Ankabut [29]: 69)
Hanya Allah-lah dzat yang Maha Agung, bagi-Nya segala puji.


* * * * * * * * * * * * * * * *

Sahabat-sahabat yang dicintai lillah,
Kezaliman yang dilakukan oleh mahkamah mesir ke atas 529 ahli Ikhwanul Muslimin bukanlah ke atas orang lain, namun terhadap saudara-mara kita sendiri. Keluarga kita sendiri. Cinta hati kita sendiri.
Kezaliman tersebut adalah tindakan kejam yang menghina bukan hanya umat Islam, bahkan ia adalah kezaliman yang menghina setiap manusia yang percayakan keadilan.

Kezaliman yang bahkan membuktikan lagi betapa Hasan Al-Banna adalah superhero umat yang sejati, yang bahkan melahirkan lebih banyak lagi superhero-superhero umat kini, meski sudah lebih 60 tahun kesyahidannya dibunuh oleh kerajaan zalim Mesir.

Itulah superhero umat sebenar. Dan seruannya agar kita pun bangkit menjadi superhero umat. Ayuh, di saat umat menitiskan air mata mengharapkan superhero, apakah kita masih ingin bermalas-malasan berpangku tangan?

Ahli Ikhwan, Safwat Hegazy tersenyum sewaktu perbicaraannya di Kaherah. Ternyata penjara & tali gantung tidak menjadikan ahli-ahli Ikhwan gentar.
#MB529 #MH370
Sad day for malaysians, sad day for muslims, sad day for mankind.


No comments:

Post a Comment