Friday, 20 February 2015

Meraikan Anak-anak di Masjid

Some people may find some children inside the masjid annoying, especially when they're running around enjoying themselves. Ada juga yang langsung memarahi anak-anak tersebut bahkan parents pun terkena 'teguran', "Hish apa la tak reti jaga anak!"

I find this rather sad. Masjid bukan sekadar tempat untuk solat berjemaah, bahkan turut sepatutnya menjadi tempat untuk 'berjemaah membina masyarakat', dan ini termasuklah berperanan menjadikan anak-anak masyarakat kita berminat untuk ke masjid, dan bukannya enggan hadir kerana takut dimarahi pakcik-makcik di situ. Malah perhatikanlah betapa masih banyak masjid yang mempunyai papan tanda "Kanak-kanak dilarang melepasi had ini!"

Before & After 'kichiwa' dimarahi pakcik jemaah. "Uwaa~~"
Syeikh Abbas As-Sisi dalam karyanya At-toriq ilal Qulub menyatakan,
"Dulu, dan mungkin masih terdapat kita temui pada saat ini, banyak orang yang melarang anak-anak ikut solat berjemaah di masjid dengan alasan bahawa mereka (anak-anak itu) mengakibatkan air terbuang sia-sia dan sering membuat suasana kecoh. Mereka tidak mengetahui bahawa dengan sikap itu, mereka menjauhkan anak-anak daripada Islam dan menghalang perkembangan cara berfikir anak-anak itu daripada pertumbuhan dan pendidikan Islami dalam masa suburnya. 
Barangsiapa pada masa mudanya membiasakan diri dengan sebuah perilaku, maka ia akan terbiasa dengan perilaku itu pada masa tuanya. Jika kita mengusir anak-anak dari masjid, bererti kita telah melemparkan mereka kepada kehancuran serta membiarkan mereka ditelan arus jahiliyah dan kemungkaran."
Saya teringat pada suatu Ramadhan, seorang rakan mengadu berasa annoyed dengan kanak-kanak di masjid kampungnya kerana bermain dan berlari-lari di dalam masjid, lantas berkata bahawa ibu bapanya tidak pantas membawa anak-anak ke masjid jika tidak mampu dikawal.


For this, I say rather than hoping for a little kid to not behave as such (padahal kanak-kanak kecil bermain sedemikian termasuk dalam ciri-ciri normal developmental milestone. Kalau tak caya boleh tanya lecturer paeds), why not kita yang bertindak bersabar seperti seorang ibu/ayah mendidik seorang anak? Ya memang anak itu bukan anak kita, namun Islam mengiktiraf kepentingan hidup bermasyarakat, maka kita tetap ada bahagian tanggungjawab dalam mendidik anak-anak dalam masyarakat kita!
"He (Allah) is teaching us, the entire purpose of this deen is to protect the integrity of the individual and protect the integrity of the family.
And if you don't take care of the family, there's no point in protecting the community, because the community is a bunch of healthy families." 
[Ust Nouman Ali Khan dalam khutbahnya "Guidance for Husbands"]

Bahkan dalam sebuah hadith, cucu Rasulullah sendiri bermain dan memanjat badan Rasulullah ketika Baginda sedang mengimami solat di masjid.
Daripada Abdullah ibn Syidad daripada ayahnya, katanya:
Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. keluar untuk solat siang. Baginda membawa cucunya Hasan dan Husin, lalu maju ke hadapan dan cucunya itu diletakkan, kemudian mengangkat takbir (untuk solat). 
Seterusnya Baginda pun sujud dan sujud itu sangat lama sekali, hingga aku terangkat kepalaku. Aku lihat rupa-rupanya cucu Baginda berada di atas belakang Rasulullah, maka aku pun kembali sujud. 
Setelah selesai solat, para jemaah bertanya:
"Wahai Rasulullah, tadi sangat lama sekali engkau sujud, hingga kami sangka telah berlaku sesuatu atau mungkin wahyu sedang diturunkan." 
Ujar Rasulullah:
"Semua itu tidak berlaku melainkan ketika itu cucuku ini berada di atas belakangku dan aku tidak mahu menganggunya sehingga dia berasa puas bermain."
[HR Ahmad, Nasa'i & Hakim]

Nah, lihatlah bagaimana Rasulullah sendiri meraikan anak-anak yang datang ke masjid, sekalipun ia tidak ikut solat berjemaah bahkan bermain-main dan memanjat-manjat!

From MV Maher Zain - The Chosen One
Saya teringat anak kecil bangsa Palestin yang sering dibawa ayahnya ikut ke surau Asrama Nurani. Semasa kecil dahulu, bahkan dia sering 'menyelinap' masuk ke bawah jubah ayahnya ketika sujud. Ketika jemaah duduk-duduk berbincang, pernah dia memanjat seorang jemaah lain dan tiba-tiba melaungkan azan. Apabila ditanya mengapa, jawabnya "Aku bagaikan Bilal yang memanjat Kaabah, melaungkan azan pertama di Mekah!"

Walaupun hadir ke surau sekadar bermain, ternyata ia memiliki pemikiran dan semangat Islami yang berbeza dengan anak kecil sebayanya yang lain.

Maka jom, sahabat sekalian!
Tanggungjawab kita berjemaah di masjid bukan sekadar untuk solat menghadap Tuhan, tapi termasuk juga beribadah mendidik diri dan orang lain dalam memainkan peranan dalam masyarakat Islam. Dan sedangkan sunnah Rasulullah sendiri meraikan anak-anak di masjid, maka bukankah kita melawan sunnah apabila kita mengusir mereka?

Membina bi'ah solehah (persekitaran yang baik) bagi anak-anak kita dan Muslimin yang lain - itu termasuk peranan kita.


No comments:

Post a Comment