Friday, 24 April 2015

Doa yang Enggan Didengari oleh Allah

Alhamdulillah, kini kita berada dalam bulan Rejab 1436 H. Yes brothers & sisters, this means that it's less than 2 months until the holy month of Ramadhan. Woha!

Hehe eksaited tak eksaited tak??
Mestilah eksaited kan?
Bulan puasa. Bulan kebaikan. Bulan Al-Quran. Bulan pahala. Bulan madu kecintaan.
Bulan yang padanya ada satu malam yang bahkan lebih baik daripada seribu bulan ie. Lailatul Qadr.
"Lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.
Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Sejahteralah (malam itu) hingga terbit fajar." [Surah Al-Qadr (97): 3-5]
Yeszzaaa... Malam yang setiap dan sekecil mana amal kebaikan pun, akan digandakan nilainya sebanyak seribu bulan.
Dan yang menambahkan lagi kemantopan malam tersebut, ialah Tuhan akan mengabulkan segala doa hamba-Nya!

Sebelum ini kita telah bincangkan [7 Waktu Mustajab Berdoa]. Tapi dalam 7 waktu tersebut, kami tidak include Lailatul Qadr. Tapi jangan risau, bukanlah bermaksud bahawa Tuhan mendengar doa hanya pada 7 waktu tersebut. Ada juga waktu-waktu lain yang khas dan mustajab, dan Lailatul Qadr adalah salah satu daripadanya.

Sabda Rasulullah,
"Carilah ia (Lailatul Qadr) pada 10 malam terakhir Ramadhan." [HR Bukhari & Muslim]
Dan antara doa terpenting untuk dipanjatkan pada Lailatul Qadr adalah seperti yang dijawab oleh Rasulullah kepada Aisyah r.a.
Berkatalah Aisyah: Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Lailatul Qadr, apakah yang perlu aku katakan (dalam doa)?
Rasulullah bersabda: Sebutlah doa "Allahumma innaka 'afuwwun, tuhibbul 'afwa, fa'fu 'anni." (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memberi ampunan, maka ampunkanlah aku.) [HR Tirmidzi]

Woha! Bayangkan jika kita diberi peluang untuk mengucapkan doa tersebut dalam pengabdian kita pada malam Al-Qadr. Hanya kita dan Dia. Masya-Allah!

But dear bros and sisters,
In all this excitement and anticipation, there is something that just perhaps may -instead of excitement- raise the anxiety and worry within us.
Bak kata budak-budak di asrama sekolah saya dulu, "potong stim" gittew.

Yes, pada malam itu Allah mengabulkan segala doa. Tapi ada orang tertentu yang doanya enggan didengari oleh Allah.

Gulp! *mata terbeliak*

Siapakah?
Untuk tahu lebih lanjut, ayuh kita tonton (yes, tonton. Tatabahasa di situ hehe) video singkat 7 minit setengah ini:



Sahabat sekalian,
Menurut Ibnu Abbas, salah satu golongan yang enggan didengari doanya pada Lailatul Qadr, ialah orang-orang yang derhaka kepada ibu-bapa.

Na'udzubillah.


And it's only logical. Bukankah Rasul telah berpesan bahawa selepas Allah dan Rasul-Nya, yang menjadi keutamaan bagi kita ialah ibu, kemudian ibu, kemudian ibu! [HR Bukhari & Muslim]

Indeed, after Allah and Rasulullah, our mothers should be our number one.

Bak nyanyian Maher Zain,
Number one for me!
Oh~ number one for me!
Ok sambung nyanyi ramai-ramai! #eh


Jadi jom, sahabat sekalian.
Dalam preparation kita menikmati Ramadhan, selain membanyakkan lagi puasa sunat, tilawah, tahajud etc., jangan lupa untuk memohon maaf kepada ibu kita. Kerana sungguh, rugilah orang yang berkesempatan bertemu dan beribadah pada Lailatul Qadr, namun tidak diterima doanya dek dosa terhadap ibu yang belum diampunkan. Na'udzubillah.


Bagi yang sudah tiada ibu, panjatkanlah berbanyak-banyak doa lagi untuk arwah ibu. Kerana insya-Allah, doa anak soleh/solehah untuk arwah ibunya pasti didengari oleh Allah, bahkan menjadi pembantu roh ibu di alam barzakh. [HR Muslim]

Welcome, oh Rejab.
Soon, youkoso Sya'ban-san.
Kemudian, marhaban ya Ramadhan.
Insya-Allah.


Semoga kita dikurniakan nikmat beribadah dalam bulan Ramadhan, dan kesempatan dimakbulkan segala rintihan dan doa kita kepada Tuhan pada Lailatul Qadr.
Amiin.


Friday, 17 April 2015

7 Waktu Mustajab Berdoa

Allah itu Al-Mujib, yakni yang Maha Memperkenankan. Antara seruan Nabi Saleh kepada kaumnya Tsamud telah direkodkan dalam Surah Hud, bermaksud:
"Dia telah menciptakanmu daripada tanah dan menjadikanmu pemakmurnya. Maka mohonlah keampunan dari-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Qarib (dekat) dan Mujib (memperkenankan)." [Surah Hud (11): 61]
Allah Maha Memperkenankan doa-doa hamba-Nya, dan Dia suka apabila kita berdoa kepada-Nya. Firman-Nya dalam Surah Ghafir, bermaksud:
"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong enggan menyembah-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina." [Surah Ghafir (40): 60]
Bahkan ada banyak lagi dalil seruan agar kita berdoa, di dalam Al-Quran seperti dalam
[2: 186]
[7: 55-56, 180]
[10: 10]
[17: 110]
dan dalam banyak hadith Rasulullah.


Sahabat sekalian,
Rasulullah juga mengajar beberapa waktu-waktu khusus yang pasti akan diperkenankan doa. Antaranya ialah:

1. Saat azan berkumandang
"Ada dua waktu yang doa tidak tertolak atau jarang-jarang tertolak:
Doa pada saat azan dan doa tatkala perang berkecamuk." [HR Abu Daud, Baihaqi & Hakim]

2. Antara azan & iqamah
"Doa antara azan & iqamah tidak tertolak, maka berdoalah kamu." [HR Ahmad]

3. Sebelum salam dalam solat fardhu
"Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, bilakah doa kita didengari Allah?
Baginda bersabda: Pada akhir malam & pada akhir solat fardhu." [HR Tirmidzi]

4. Pada hari Rabu, antara Zohor & Asar
Diceritakan oleh Jabir ibn Abdullah r.a.:
"Nabi s.a.w. berdoa di Masjid Al-Fath 3 kali, iaitu pada hari Isnin, Selasa & Rabu. Pada hari Rabu, doanya dikabulkan, iaitu ketika antara 2 solat (Zohor dengan Asar). Ini diketahui dari kegembiraan pada wajah baginda." [HR Ahmad]

5. Saat bangun tidur pada malam hari, bagi orang yang tidur dalam keadaan suci
"Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari, kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat, melainkan Allah akan mengabulkannya." [HR Ibn Majah]

6. Saat berbuka puasa
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, pada saat berbuka ada doa yang tidak ditolak." [HR Ibn Majah & Hakim]

7. Doa sewaktu sujud ketika solat
"Saat yang paling dekat dengan Tuhannya ialah ketika ia sujud, maka perbanyaklah doa." [HR Muslim]

Sahabat sekalian,
Kadangkala kita berdoa bagai nak rak, tapi rak roboh kita rasa seolah-olah Tuhan tidak mendengar doa kita, apatah lagi untuk Dia memperkenankannya. Kita berburuk sangka dengan Tuhan. Astaghfirullah.

Barangkali kita tidak sedar, ataupun mungkin terlupa, bahawa dengan berdoanya kita kepada Tuhan pun sudah dicatatkan pahala bagi kita. Bahkan yang paling penting dalam doa sudah tentu ialah perasaan penghambaan, kesyukuran & penuh pengharapan kita kepada-Nya. Kerana sungguh, perasaan itulah yang menguatkan lagi aqidah & keimanan kita, yang kemudian akan dihadiahkan pula dengan keredhaan-Nya. Dan adakah yang lebih bernilai daripada keredhaan Allah? #rhetoricalquestion


Kata Saidina Umar,
"Aku tak pernah risau Allah tak memakbulkan doaku, kerana setiap kali Allah mengilhamkan hamba-Nya untuk berdoa, maka Dia sedang berkehendak untuk memberi kurnia.
Yang aku risaukan, ialah jika aku tidak berdoa."

Semoga Allah menanamkan rasa penuh pengharapan kita pada-Nya. Kerana sesungguhnya Dialah satu-satunya Al-Marghub, Al-Mujib, dan Al-Ilah kita :)


"The supplication of every one of you will be granted if he does not get impatient & say: I supplicated my Rabb but my prayer has not been granted." [HR Bukhari & Muslim]


Friday, 10 April 2015

Keajaiban Saintifik Al-Quran


Al-Quran merangkumi pelbagai ilmu, termasuklah ilmu sains. Terdapat ayat-ayat yang menceritakan tentang kejadian alam semesta serta fenomena-fenomena saintifik yang dinyatakan berabad lamanya sebelum ditemui dan dikaji oleh manusia. Keajaiban fakta saintifik yang telah diceritakan dalam Al-Quran mendorong para ilmuwan dan cendekiawan untuk menerokai rahsia alam ciptaan Allah.

Langit Dan Bumi Pada Asalnya Bercantum

Teori yang diterima umum mengenai asal kejadian alam adalah teori Big Bang ataupun 'Letupan Besar' yang menyatakan alam ini pada asalnya bercantum padu dan kemudian berlakulah satu letupan yang kuat sekitar 10 hingga 20 bilion tahun dahulu. Semenjak itu, berlakulah pengembangan dan penyejukan sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi dan yang seumpamanya. 

Teori ini pada asalnya diasaskan daripada formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915 dan seterusnya dikukuhkan lagi dengan penemuan saintifik oleh seorang pakar fizik Rusia, Alexander Friedmann pada tahun 1922 dan tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble pada tahun 1929. Kejadian alam ini telah dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran pada awalnya sebelum ditemui oleh manusia:

"Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi itu pada asalnya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya...
[Surah Al-Anbiya:30]

Mengikut kajian saintifik juga, badan manusia mengandungi jumlah air yang banyak berbanding dengan komposisi yang lain dan fakta ini telah disebut dalam Al-Quran;

"...dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air; maka mengapa mereka
 tidak beriman?"
[Surah Al-Anbiya:30]



Langit Dan Bumi Berasal Daripada Asap

Menurut kajian, di peringkat awal proton bercantum dengan neutron menghasilkan heavy hydrogen di samping gas-gas ringan yang lain iaitu helium, litium, berilium dan boron. Gas-gas ini dikenali sebagai primary nebula. Angkasa didominasi oleh gas-gas yang berupa asap ini dan selepas lebih kurang 1 juta tahun, gas- gas ini membeku dan bercantum mengikut proses-proses tertentu sebelum menjadi galaksi, bintang-bintang dan bumi. Sebelum ahli sains menemukaan tentang gas-gas berupa asap ini yang membentuk langit dan bumi, Allah telah menyatakan terlebih dahulu di dalam Al-Quran;

"Kemudian Dia menuju ke langit dan langit ketika itu berbentuk asap, lalu Dia berkata kepadanya dan bumi, 'Datanglah kamu berdua dengan tunduk ataupun terpaksa'. 
Keduanya menjawab, 'Kami datang dengan tunduk'."
[Surah Al-Fussilat:11]


Bulan Dan Matahari Beredar Pada Orbitnya

Bulan dan matahari mempunyai laluan orbit tertentu seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran;

"Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. 
Masing-masing beredar pada garis edarnya."
[Surah Al-Anbiya:33]

Dalam ayat lain juga dinyatakan bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;

Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan (Allah) yang 
                             Maha Perkasa dan Maha Mengetahui.                               
[Surah Yaasin:38]




Pergerakan Gunung-ganang

Dalam sebaris ayat, kita telah dimaklumkan bahawa gunung-ganang bukanlah kaku seperti yang kita lihat, tetapi adalah dalam pergerakan secara berterusan;

Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, 
padahal ia bergerak seperti geraknya awan. 
[Surah An-Naml:88]
Pergerakan gunung-ganang ini adalah disebabkan oleh pergerakan dalam kerak bumi di mana ia terletak. Kerak bumi 'terapung' di atas lapisan mantel, yang lebih padat. Pada awal kurun ke 20, pertama kali dalam sejarah apabila seorang saintis jerman bernama Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua bumi sebenarnya bergabung bersama ketika ia terbentuk pertama kali, tetapi kemudian hanyut dalam arah yang berbeza-beza, dan akhirnya terpisah ketika bergerak menjauhi antara satu sama lain.
******
Sesungguhnya Allah maha besar dan maha kuasa menciptakan segala apa yang ada di langit dan di bumi dengan teliti, sistematik dan menakjubkan. Jadi, sahabat-sahabat sekalian, marilah kita bertafakur, bertadabbur dan menghayati ciptaan Allah, melihat bukti kekuasaanNya supaya kita boleh mengenali Allah, beriman kepada Allah dan mendekatkan diri kepada Allah.
Sungguh, kalau mahu memikirkan tentang kebesaran Allah yang ada pada alam semesta ini, sudah tentulah otak kita tidak boleh menggarap kesemuanya. Kita tidak perlu ke angkasa untuk meneroka segala galaksi, meteor, planet-planet, tetapi cukup melihat pada apa yang ada di sekeliling kita, kejadian siang dan malam, cahaya matahari, bulan, burung-burung, gunung-ganang, langit, awan, tanaman hijau, haiwan, semuanya tenang dan indah kan?  ^-^
Bukankah banyak firman Allah dalam Al-Quran yang menyeru manusia untuk berfikir?
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang 
terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal," 
[Surah Ali-'Imran:190]
"..Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi! Tidaklah bermanfaat tanda-tanda kebesaran Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang yang tidak beriman." 
[Surah Yunus:101]
Sumber; Bukti-bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad (Dr. Danial Zainal Abidin)


Friday, 20 February 2015

Meraikan Anak-anak di Masjid

Some people may find some children inside the masjid annoying, especially when they're running around enjoying themselves. Ada juga yang langsung memarahi anak-anak tersebut bahkan parents pun terkena 'teguran', "Hish apa la tak reti jaga anak!"

I find this rather sad. Masjid bukan sekadar tempat untuk solat berjemaah, bahkan turut sepatutnya menjadi tempat untuk 'berjemaah membina masyarakat', dan ini termasuklah berperanan menjadikan anak-anak masyarakat kita berminat untuk ke masjid, dan bukannya enggan hadir kerana takut dimarahi pakcik-makcik di situ. Malah perhatikanlah betapa masih banyak masjid yang mempunyai papan tanda "Kanak-kanak dilarang melepasi had ini!"

Before & After 'kichiwa' dimarahi pakcik jemaah. "Uwaa~~"
Syeikh Abbas As-Sisi dalam karyanya At-toriq ilal Qulub menyatakan,
"Dulu, dan mungkin masih terdapat kita temui pada saat ini, banyak orang yang melarang anak-anak ikut solat berjemaah di masjid dengan alasan bahawa mereka (anak-anak itu) mengakibatkan air terbuang sia-sia dan sering membuat suasana kecoh. Mereka tidak mengetahui bahawa dengan sikap itu, mereka menjauhkan anak-anak daripada Islam dan menghalang perkembangan cara berfikir anak-anak itu daripada pertumbuhan dan pendidikan Islami dalam masa suburnya. 
Barangsiapa pada masa mudanya membiasakan diri dengan sebuah perilaku, maka ia akan terbiasa dengan perilaku itu pada masa tuanya. Jika kita mengusir anak-anak dari masjid, bererti kita telah melemparkan mereka kepada kehancuran serta membiarkan mereka ditelan arus jahiliyah dan kemungkaran."
Saya teringat pada suatu Ramadhan, seorang rakan mengadu berasa annoyed dengan kanak-kanak di masjid kampungnya kerana bermain dan berlari-lari di dalam masjid, lantas berkata bahawa ibu bapanya tidak pantas membawa anak-anak ke masjid jika tidak mampu dikawal.


For this, I say rather than hoping for a little kid to not behave as such (padahal kanak-kanak kecil bermain sedemikian termasuk dalam ciri-ciri normal developmental milestone. Kalau tak caya boleh tanya lecturer paeds), why not kita yang bertindak bersabar seperti seorang ibu/ayah mendidik seorang anak? Ya memang anak itu bukan anak kita, namun Islam mengiktiraf kepentingan hidup bermasyarakat, maka kita tetap ada bahagian tanggungjawab dalam mendidik anak-anak dalam masyarakat kita!
"He (Allah) is teaching us, the entire purpose of this deen is to protect the integrity of the individual and protect the integrity of the family.
And if you don't take care of the family, there's no point in protecting the community, because the community is a bunch of healthy families." 
[Ust Nouman Ali Khan dalam khutbahnya "Guidance for Husbands"]

Bahkan dalam sebuah hadith, cucu Rasulullah sendiri bermain dan memanjat badan Rasulullah ketika Baginda sedang mengimami solat di masjid.
Daripada Abdullah ibn Syidad daripada ayahnya, katanya:
Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. keluar untuk solat siang. Baginda membawa cucunya Hasan dan Husin, lalu maju ke hadapan dan cucunya itu diletakkan, kemudian mengangkat takbir (untuk solat). 
Seterusnya Baginda pun sujud dan sujud itu sangat lama sekali, hingga aku terangkat kepalaku. Aku lihat rupa-rupanya cucu Baginda berada di atas belakang Rasulullah, maka aku pun kembali sujud. 
Setelah selesai solat, para jemaah bertanya:
"Wahai Rasulullah, tadi sangat lama sekali engkau sujud, hingga kami sangka telah berlaku sesuatu atau mungkin wahyu sedang diturunkan." 
Ujar Rasulullah:
"Semua itu tidak berlaku melainkan ketika itu cucuku ini berada di atas belakangku dan aku tidak mahu menganggunya sehingga dia berasa puas bermain."
[HR Ahmad, Nasa'i & Hakim]

Nah, lihatlah bagaimana Rasulullah sendiri meraikan anak-anak yang datang ke masjid, sekalipun ia tidak ikut solat berjemaah bahkan bermain-main dan memanjat-manjat!

From MV Maher Zain - The Chosen One
Saya teringat anak kecil bangsa Palestin yang sering dibawa ayahnya ikut ke surau Asrama Nurani. Semasa kecil dahulu, bahkan dia sering 'menyelinap' masuk ke bawah jubah ayahnya ketika sujud. Ketika jemaah duduk-duduk berbincang, pernah dia memanjat seorang jemaah lain dan tiba-tiba melaungkan azan. Apabila ditanya mengapa, jawabnya "Aku bagaikan Bilal yang memanjat Kaabah, melaungkan azan pertama di Mekah!"

Walaupun hadir ke surau sekadar bermain, ternyata ia memiliki pemikiran dan semangat Islami yang berbeza dengan anak kecil sebayanya yang lain.

Maka jom, sahabat sekalian!
Tanggungjawab kita berjemaah di masjid bukan sekadar untuk solat menghadap Tuhan, tapi termasuk juga beribadah mendidik diri dan orang lain dalam memainkan peranan dalam masyarakat Islam. Dan sedangkan sunnah Rasulullah sendiri meraikan anak-anak di masjid, maka bukankah kita melawan sunnah apabila kita mengusir mereka?

Membina bi'ah solehah (persekitaran yang baik) bagi anak-anak kita dan Muslimin yang lain - itu termasuk peranan kita.


Thursday, 22 January 2015

[Muslimtainment Series]: Waheshna Ya Rasulallah!


English translation:
I've seen so many people whose only wish was to live
Their whole lives next to you, and still it wouldn't be enough
The most enjoyable life is worthless in my eyes
Unless it was with you, O Messenger of Allah

[Chorus]
We miss you, O Messenger of Allah
O our master! By Allah, our longing for you is overflowing
And no matter how long our separation lasts
Muhammad, by Allah I long for you!
Muhammad, my heart sends salutations upon you

I've questioned for so long, tell me how could this be?
How could we love someone whom our eyes have never seen?

* * * * * * * * *

Pernah suatu ketika Rasulullah s.a.w. bersama sahabat-sahabatnya yang mulia termasuk yang paling setia yakni Abu Bakr as-Siddiq, terbit satu conversation antara baginda dengan Abu Bakr.

"Wahai Abu Bakr, aku begitu rindu hendak bertemu dengan ikhwanku (saudara-saudaraku)," sabda Rasulullah.

"Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini ikhwanmu?" tanya Abu Bakr.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelengkan kepala perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersabda,
"Ikhwanku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah ikhwanku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku, dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." [HR Muslim]
* * * * * * * * *

If he is truly dear to you
Follow him, and in Paradise you will be with him

*chorus

For my longing has increased manifold in my heart
And my tears have filled my eyes
For so many years my biggest dream has been
To visit the Chosen One even just once

*chorus

* * * * * * * * *

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu tentang seseorang yang mencintai suatu kaum/golongan namun dia belum dapat bertemu dengan mereka?"

Rasulullah menjawab:
"Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintai."
[HR Muslim]


Dalam sebuah hadith yang lain, seorang Arab Badwi bertanya kepada Rasulullah:
"Bilakah kiamat itu?"

Rasulullah bersabda:
"Apa yang telah kamu persiapkan untuk menghadapinya?"

Lelaki itu menjawab:
"Cinta Allah dan Rasul-Nya."

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Kamu akan bersama orang yang kamu cintai."
[HR Muslim]


Hisyam bin Rosdi Amir pernah bertanya kepada Aisyah r.a. tentang akhlak Rasulullah s.a.w.
Aisyah menjawab:
"Akhlak Nabi s.a.w. ialah Al-Quran."
[HR Muslim]

Nah, sedang kita mengaku mencintai dan merindui Rasulullah, isn't it only logical untuk kita mentadabbur (mengkaji) Al-Quran?

Because when we do, insya-Allah we'll understand and imitate how Rasulullah had never simply trust any news/gossip without doing any investigation [tabayyun, rujuk 49: 6]. Or the fact that the Prophet does not belittle others [49: 11]. Atau bagaimana Rasulullah mengambil berat tentang perihal hutang [rujuk 2: 282]. Dan bermacam-macam lagi.

In fact, in the Quran there are even instructions on how to become a good doctor, or an electrical engineer, or which fish is the best ingredient to make sushi. Yes, I kid you not. Although such topic will not be discussed in this particular post. Another time, insya-Allah.

Muhasabah diri kita. Betapa kita mengambil begitu banyak perhatian menyusun jadual seharian kita untuk memuatkan tajuk-tajuk mata pelajaran yang perlu diulangkaji. Namun, adakah kita memuatkan masa untuk tadabbur, apatah lagi membaca tilawah Al-Quran?

Start today. If not one juz, then one page. If not one page, then one ayat. If not one ayat, then one huruf. Bahkan bukankah Rasul yang kita semua cinta dan rindui juga yang habaq, bahawa walaupun satu huruf pun diberikan pahala oleh Allah?

Because when we tadabbur, isn't it that we're listening to Him? :)
Waheshna ya Rasulallah!


Saturday, 3 January 2015

Fitnah yang Hanya Mampu Dihadapi Seorang Nabi

Sahabat sekalian,
Saya membayangkan hidup bersama Rasulullah dan para sahabatnya ketika Perang Hunain. Firman Allah,
"Dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu ketika kalian menjadi bangga kerana banyaknya jumlah kalian, tetapi itu sama sekali tidak berguna bagi kalian..." (Surah At-Taubah [9]: 25)
Akhir dari peperangan itu, kaum muslimin pulang dengan membawa kemenangan yang semata-mata atas pertolongan Allah. Kemudian mereka membahagikan ghanimah (harta rampasan perang). Harta itu dibahagikan terutamanya kepada para tokoh kabilah yang baru saja masuk Islam, dengan bahagian yang lebih besar bertujuan untuk melunakkan hati mereka. Bahkan Nabi s.a.w. memberikan puluhan unta kepada setiap seorang daripada mereka.

Saat itu kaum Ansar tidak mendapat bahagian, kerana ghanimah hanya diberikan kepada orang-orang Quraisy dan kabilah-kabilah setempat. Maka timbullah di hati sahabat Ansar keraguan dan pelbagai sangkaan. Muncullah desas-desus antara mereka, serta perasaan tersinggung, sehingga terlontar ungkapan dari mulut mereka,
"Sungguh Rasulullah hanya memberikan (unta-unta itu) kepada orang-orang Quraisy, sedangkan kepada kami tidak (diberi). Padahal, pedang-pedang kami masih berlumuran darah musuh. Semoga Allah mengampuni kekeliruan beliau." 
"Demi Allah, Rasulullah telah berpihak pada kaumnya!"
Sahabat sekalian,
Sejenak kita berhenti dan berfikir. Bagaimana mungkin orang-orang Ansar memiliki perasaan dan sangkaan negatif terhadap Rasul, padahal mereka adalah orang-orang yang terawal dan terdepan dalam Islam? Bagaimana mungkin mereka saling bergosip hingga muncul ucapan bernada miring, padahal mereka baru saja kembali dari Perang Hunain, bahkan darah yang mengalir dari luka mereka pun masih segar? Bagaimana mungkin, padahal mereka telah berperang dengan senjatanya, membela Islam dengan mengorbankan harta dan meninggalkan keluarga demi perjuangan?

Clearly, this was a serious and dangerous case. Tiada seorang pun sahabat yang menduga kes ini akan muncul, namun kenyataannya hal itu benar-benar terjadi dan -sangat mungkin- akan terus berulang pada generasi seterusnya, sepanjang zaman. Sungguh, kes yang rumit ini lebih berbahaya daripada apa yang berlaku dalam Perang Hunain sendiri. Mengapa? Kerana Perang Hunain ialah peperangan antara kaum mukminin dengan kaum kafir. Dalam kondisi seperti ini, semangat kaum mukminin berkobar, ikatan ukhwah dan kasih-sayang antara mereka semakin kuat, dan pengorbanan untuk membela agamanya semakin besar. Manakala dalam kes yang sulit ini, ia dapat -bila tiada pertolongan Allah- memicu peperangan antara kaum mukminin sendiri, meski di tengah-tengah mereka ada Rasulullah.
"Bagaimana kalian (sampai) menjadi kafir, padahal telah dibacakan ayat-ayat Allah kepada kalian, dan dalam kalangan kalian ada Rasulullah?" (Surah Ali Imran [3]: 101)
Fitnah-fitnah ini hanyalah sebuah miniatur sebuah kejahatan, dan Allah Yang Maha Bijaksana serta Maha Agung-lah yang dapat memadamkannya. Ia fitnah yang hanya menimpa Nabi.

Maka Sa'ad ibn Ubadah datang menghadap Rasulullah seraya berkata, "Wahai Rasulullah, ada sebahagian kaum Ansar yang hatinya muncul keraguan tentang pembahagian harta rampasan perang yang telah engkau putuskan. Engkau berikan kepada kaummu dan engkau berikan kepada kabilah-kabilah Arab dengan pembahagian yang besar. Manakala kelompok Ansar tidak mendapat sedikit pun daripada itu."

Rasulullah bersabda, "Wahai Sa'ad, kamu sendiri berada di pihak mana?"
Sa'ad menjawab, "Saya hanyalah sebahagian dari kaum saya."
Kemudian Rasul mengatakan, "Kumpulkan kaummu di tempat ini."

Ini ialah peristiwa baru yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sa'ad ibn Ubadah -seorang tokoh Ansar- pergi menghadap Rasul untuk menyampaikan persoalan ini dengan jelas, terus terang, amanah, dan berani. Hinggakan Rasul bertanya, "Wahai Sa'ad, kamu sendiri berada di pihak mana?"
Sa'ad menjawab, "Saya hanyalah bahagian dari kaum saya."

Akhlak yang semakin 'rare'. Rujuk surah Al-Hujurat [49].

Tokoh Ansar ini tidak berdiam diri terhadap kes yang dialami kaumnya, juga tidak mencacinya, apalagi mencari muka di hadapan Rasulullah dengan menjelek-jelekkan mereka. Bahkan dengan sikap solidariti terhadap mereka, tokoh ini mengatakan "Saya hanyalah bahagian dari kaum saya." Sungguh, ini ialah sikap jantan dan kesatria yang mampu menggoncang jiwa.

Setelah mereka berkumpul, Sa'ad mendatangi Rasulullah seraya berkata, "Sekelompok sahabat Ansar telah berkumpul memenuhi seruanmu dan tiada seorang pun tertinggal."

Rasul mendatangi mereka sambil bertahmid kepada Allah dan berterima kasih kepada Sa'ad, kemudian bersabda,
"Wahai sahabat Ansar, saya telah mendengar bahawa dalam hati kalian muncul segumpal perasaan yang meragui tindakanku membahagikan harta rampasan perang.Wahai kaumku, bukankah aku datang kepada kalian saat kalian tersesat, lalu Allah tunjukkan jalan kepada kalian?Aku datang kepada kalian saat kalian melarat, lalu Allah berikan kekayaan kepada kalian?Aku datang kepada kalian saat kalian saling bermusuhan, lalu Allah satukan hati kalian?"
Mereka serentak menjawab, "Benar, Allah dan Rasul-Nya yang telah memberikan kurnia dan anugerah."

Rasul bertanya, "Mengapa kalian tidak mahu menjawab pertanyaanku wahai kaum Ansar?"
Mereka menjawab, "Apa lagi yang harus kami jawab wahai Rasulullah? Anugerah dan kurnia hanyalah milik Allah dan Rasul-Nya!"

Kemudian Rasul s.a.w. bersabda,
"Sungguh demi Allah, seandainya kalian mahu, kalian dapat mengatakan kepadaku, dan kalian benar adanya. Kalian akan mengatakan, 'Engkau datang kepada kami dalam kondisi didustakan, lalu kami membenarkanmu. Engkau datang kepada kami dalam keadaan terabaikan, lalu kami menolongmu. Engkau datang kepada kami dalam keadaan menderita, lalu kami menampungmu. Dan engkau datang kepada kami dalam keadaan sengsara, lalu kami membantumu.' "

Saudara sekalian,
Baginda seorang rasul mulia yang dapat menyelami hati para sahabatnya dengan kaedah kenabian yang penuh kejujuran dan tawadhu' (merendah diri). Suatu cara yang tidak dicemari oleh debu kesombongan dan keegoan.

Bahkan pernahkah anda mendengar di dunia ini orang yang dapat memadamkan situasi panas dengan kasih sayang dan keakraban? Pernahkah anda mendengar di dunia ini seseorang yang berkata tentang dirinya, 'Engkau datang kepada kami dalam kondisi didustakan, lalu kami membenarkanmu. Engkau datang kepada kami dalam keadaan terabaikan, lalu kami menolongmu. Engkau datang kepada kami dalam keadaan menderita, lalu kami menampungmu. Dan engkau datang kepada kami dalam keadaan sengsara, lalu kami membantumu.' ?
Nah, tidak pernah ada kecuali seorang Nabi yang paling mulia dan tawadhu'!
"(Rasul yang) amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin..." (Surah At-Taubah [9]: 128)
Dialah seorang manusia agung yang pernah tampil di pentas dunia ini. Baginda tidak menunjukkan sikap permusuhan atau sikap membela diri, apatah lagi baginda tidak sewenangnya mengungkit-ungkit dengan ayat "apa lagi cina, eh korang mahu?"

Tetapi baginda justeru menjelaskan sebagaimana anjuran Allah,
"Serulah (manusia) ke jalan Tuhan-Mu dengan cara yang bijaksana dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." (Surah An-Nahl [16]: 125)
Dan adakah cara yang lebih baik daripada membalut luka dengan menyatukan hati, menarik kebahagiaan, menumbuhkan jiwa yang bersih, dan menyuburkan kasih sayang?


Seterusnya Rasulullah bersabda,
"Wahai sahabat Ansar, apakah kalian dapatkan dalam diri kalian kecintaan akan sepotong dunia yang saya gunakan untuk melunakkan hati suatu kaum sehingga mahu masuk Islam, sedangkan saya sudah tidak meragukan lagi keIslaman kalian?"
Dengan nasihat ini, Rasulullah ingin memotivasi iman orang-orang Ansar dan mengingatkan masa lalu mereka yang cemerlang. Dengan cara ini, baginda mengingatkan mereka yang lupa bahawa prinsip jihad itu membebaskan manusia daripada kegelapan menuju cahaya dan menarik mereka ke arah Islam. Oleh itu, Rasul memberikan sedikit ghanimah dengan harapan dapat melunakkan hati suatu kaum yang baru mengenali Islam, agar masuk Islam dan bertambah keimanannya. Itulah sebenarnya tujuan sikap baginda. Tujuan dakwah adalah untuk menyelamatkan manusia. Harta ghanimah -berapa pun nilainya- hanyalah secuil dunia. Apa yang di sisi Allah lebih baik dan abadi.

#swag
Seorang mukmin harus ingat kembali prinsip tersebut saat ia mengaku "Allah adalah tujuan kami." Sesungguhnya inilah makna ungkapan Rasulullah, "Saya percaya keIslaman kalian!"
Baginda percaya akan pemahaman dan kesedaran iman para sahabat yang utuh.

Selanjutnya Rasulullah mengatakan,
"Wahai sahabat Ansar, apakah kalian tidak rela bila orang lain pergi membawa kambing dan unta, sedangkan kalian pulang membawa Rasulullah?"
Sungguh suatu sentuhan ruhiyah yang menyentuh dan membekas di jiwa. Orang lain pulang dengan membawa sepotong dunia yang fana, sedangkan yang lain pulang dengan disertai makhluk yang tercinta di sisi Allah, iaitu Muhammad Rasulullah!

Alangkah terhormatnya yang mendapat bahagian ini! Alangkah bangga dan mulianya mereka! Bahkan setelah itu, mereka masih mendapat syafaat dan kebersamaan dengan Rasulullah di hari Kiamat nanti!


Seterusnya Rasulullah bersabda,
"Demi Zat yang jiwaku di tangan-nya, seandainya tidak ada hijrah nescaya saya adalah salah seorang dari kaum Ansar. Seandainya seluruh manusia menempuh jalan di suatu lereng bukit dan kaum Ansar menempuh jalan di lereng bukit yang lain, saya akan melalui lereng bukit bersama orang-orang Ansar. Ya Allah, rahmatilah sahabat Ansar, anak-anak, dan cucu-cucu mereka."

Mendengar itu semua, menangislah mereka hingga janggut mereka basah dengan air mata, Antara sedu-sedan itu mereka berkata, "Kami rela mendapat bahagian iaitu Rasulullah s.a.w.!"

Ungkapan Rasulullah ini pada hakikatnya ditujukan kepada seluruh umat manusia. Suatu ungkapan yang membasahi jiwa dan menyentuh perasaan. Rasul mengutamakan kaum Ansar atas kaum lain kerana jasa, perlindungan, dan pertolongan mereka. Alangkah bahagianya bila waktu itu kita termasuk antara mereka. Adakah keinginan yang lebih daripada itu? Seandainya kaum Ansar menginfaqkan semua yang ada di muka bumi ini, sungguh hal itu tidak dapat mencapai ketinggian darjat seperti "menara" ini, atau kebanggaan dan keberhasilan mendapat syurga serta keredhaan Allah.


Apa yang dilakukan Rasulullah ialah dalam rangka mencerahkan nasib umat manusia dengan sebuah terapi. Sungguh suatu terapi yang bersifat memadukan bukan memisahkan, membangun bukan merobohkan, menambah kecintaan dan kedekatan, mengalahkan godaan-godaan hawa nafsu, dan mengangkat manusia ke arah darjat aqidah dan tujuan yang tinggi. Suatu terapi yang jelas-jelas dalam rangka merealisasikan cita-cita tertinggi dengan berdirinya daulah Islamiyah yang selalu mengibarkan panji Al-Quran.

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa sallim.
Sungguh, kami rindukan engkau ya Rasulullah!

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari Kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." [HR An-Nasa'i & Ibn Hibban]


Saturday, 15 November 2014

HOPE

'Saya nak semua orang kat luar sana tahu bahawa orang-orang macam kami pun punya harapan untuk berjaya. Semua orang punya harapan.'

'Kami harap apabila kami keluar nanti, kami dapat raih semula kepercayaan ibu bapa dan keluarga terhadap kami. Kami pun mahu berkawan dengan orang-orang lain, mahu berkerjaya, mahu berkeluarga, sama seperti orang-orang normal di luar sana'

'Kalau berpeluang, saya nak sambung belajar, nak kerja dan berhijrah ke negeri orang supaya saya dapat lari jauh dari kegiatan masa silam saya.'

Begitulah hasrat hati kebanyakan penghuni pusat pemulihan cure & care yang sempat kami temuramah tempoh hari. Mereka yang datang dengan rela hati bersama keazaman yang tinggi untuk mengubah hidup dan diri mereka sebenarnya telah menyentuh hati-hati kami. We learnt a lot from them.



Yes, who we are in the past does not matter. But who we want to be in the future is more important. The willingness and effort we put to a better person is way more important as Allah looks at the efforts done to TURN BACK to Allah or in other word, to REPENT. Repentance is beloved to Allah as He says,

'Verily, Allah loves those who repent and those who purify their themselves' (2:222)

In fact, repentance is an obligation on every believer so that we can be successful.

 'And O believers, all of you, repent to Allah in order that you may be successful' (23:41)

Brothers and sisters,

It is never too late for us to repent and improve ourselves, as long as we live until the sun rises from the west. Never ever despair from the mercy of Allah no matter how big and how many our sins are. It is stated in the holy Quran,

'Say, "O my servants who have transgressed against themselves (by sinning), do not despair of the mercy of Allah. Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful"'

Prophet Muhammad s.a.w said,

'Verily, Allah extends His hand out at night in order to accept the repentance of the sinner by day. And He intends His hand out during the day in order to accept the repentance of the sinner by night, until (the day) when the sun will rise from its west' (Narrated by Muslim)

But what if after we repent, we repeat the same mistake? What is the real repentance?
The real and sincere repentance must meet 5 criteria in order to be accepted (insyaAllah):

1. Sincere to Allah and only Allah.
2. Remorse for the sin that was done and wish it was never done.
3. Ceasing to commit the sin immediately. If we sinned against other creature(eg:human) then we should return what we took or apologize.
4. Determination to not go back to doing the sin again in the future.
5. Should not occur before the time of its acceptance is terminated.

Those who repent are actually those who have hopes in their heart. Towards whom? Towards Allah, the Most Gracious and Most Merciful.


O Allah, grant us the sincere repentance and accept it from us, verily You are the All-Hearing, the All-Knowing. Ameen.


Ps : A good doctor does not treat a patient physically only, but also their emotion, behaviour and belief.

Pss : Let's hope and pray that our society will be more open-minded and supportive towards our brothers and sisters like those in Cure &Care Rehab Centre. They need our support. Be more understanding and less judgmental.