Rakyat Malaysia yang beragama Islam pasti sedia maklum bahawa 25 Oktober 2014 merupakan cuti umum bersempena Awal Muharram dan mungkin banyak persoalan yang bermain di minda kita;
Apa itu Awal Muharram?
Adakah Awal Muharram itu penting sampai dapat cuti umum?
Apa yang kita boleh buat pada Awal Muharram?
Bagaimana hendak menghayati Awal Muharram?
Jadi, saudara saudari yang awesome sekalian, jom kita berkenalan dengan Awal Muharram yang mulia dan penuh rahmat ini.
[Bahagian 1]
Awal Muharram atau Ma'al Hijrah merupakan hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad saw dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa ini berlaku pada 1 Muharram dan tahun hijrah Nabi Muhammad saw dari Makkah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi takwim hijrah.
Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Takwim Hijrah). Ia bermaksud 'diharamkan' atau 'dipantang' iaitu Allah swt melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Awal Muharram bermaksud permulaan bulan Muharram iaitu 1 Muharram. Ma'al bermaksud bersama dan hijrah bermaksud berpindah dari suatu keadaan/tempat kepada suatu keadaan/tempat yang lain. Ma'al Hijrah membawa maksud bersama berhijrah atau bersama menghayati hijrah.
Jika cinta dan pengorbanan Nabi Ibrahim as diingati dengan sambutan Hari Raya Aidiladha, pengorbanan yang diteruskan oleh Nabi Muhammad saw dan kaum Muhajirin pula diingati pada Awal Muharram. Dengan memperingati peristiwa penghijrahan tersebut, banyak ibrah yang boleh kita ambil.
Mereka sanggup berkorban harta, masa dan tenaga berhijrah kerana Allah swt dan demi Islam. Mereka meninggalkan keluarga, kekayaan dan sebagainya untuk bersama-sama berhijrah ke Madinah selama tujuh hari terus-menerus berjalan merentasi padang pasir yang panas dan kering kontang. Pelbagai halangan menimpa mereka tetapi dengan kecekalan, kesabaran dan kebergantungan kepada Allah, mereka berjaya tiba di Madinah. Pengorbanan mereka membuahkan hasil apabila Islam semakin luas tersebar dan semakin berkembang dengan pembinaan masjid, penubuhan pusat kemasyarakatan dan sebagainya.
***********
[Bahagian 2]
Amalan-amalan yang digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah sehingga 1 Muharam adalah :

1. Berpuasa pada hari terakhir bulan Zulhijjah
2. Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharram
3. Membaca doa akhir tahun sebanyak 3 kali pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar atau sebelum Maghrib
5. Qiamulail
6. Solat sunat
7. Berzikir dan membaca Al-Quran
Jika kita lihat Ma'al Hijrah dalam konteks masyarakat pada masa kini, ia lebih menjurus kepada berhijrah ke arah keadaan yang lebih baik. Contohnya berazam mahu menutup aurat dengan sempurna ataupun mahu menjadi pelajar yang lebih rajin. Menjelang Ma'al Hijrah, kita bermuhasabah diri dengan apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun dan berazam untuk memperbaiki diri serta berubah menjadi yang lebih baik. Kita haruslah menghayati sejarah penghijrahan Nabi Muhammad saw dan kaum Muhajirin serta mengambil ibrah daripadanya.
Apabila seseorang ingin berhijrah, dia akan menghadapi pelbagai dugaan dan dia haruslah mencontohi hijrah Nabi Muhammad saw dan kaum Muhajirin dengan berkorban, bersabar, cekal dan bergantung kepada Allah swt yang akhirnya insyaAllah akan membuahkan hasil.
**********
[Bahagian 3]Jika kita lihat Ma'al Hijrah dalam konteks masyarakat pada masa kini, ia lebih menjurus kepada berhijrah ke arah keadaan yang lebih baik. Contohnya berazam mahu menutup aurat dengan sempurna ataupun mahu menjadi pelajar yang lebih rajin. Menjelang Ma'al Hijrah, kita bermuhasabah diri dengan apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun dan berazam untuk memperbaiki diri serta berubah menjadi yang lebih baik. Kita haruslah menghayati sejarah penghijrahan Nabi Muhammad saw dan kaum Muhajirin serta mengambil ibrah daripadanya.
Apabila seseorang ingin berhijrah, dia akan menghadapi pelbagai dugaan dan dia haruslah mencontohi hijrah Nabi Muhammad saw dan kaum Muhajirin dengan berkorban, bersabar, cekal dan bergantung kepada Allah swt yang akhirnya insyaAllah akan membuahkan hasil.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah swt dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (9;20)
No comments:
Post a Comment