Saturday, 4 October 2014

Berkorban Demi Cinta

[Bahagian 1]

Aidiladha atau Hari Raya Korban bukan sekadar menjadi sambutan meraikan sejarah Ibrahim menyembelih kibas, malah turut menjadi sambutan meraikan Cinta.

Ya, Cinta.
Cinta yang menuntut segala-galanya.

Pun intended.
It's only logical. That is just how love works.

Dear brothers & sisters,
Prophet Ibrahim a.s. was a family man. He loved his wives & children very much.
But above all, he loved Allah more than anything else. Mencintai Cinta yang teragung.
Dan Cinta itu menuntut segala-galanya daripada Baginda, sebagai ujian tentang kesanggupan & keikhlasan cinta Baginda.

Ya, sejarah Hari Raya Korban adalah kisah Cinta.
Kisah Cinta yang diabadikan dalam surat cinta teragung.
101. Maka Kami beri khabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat sabar (Ismail).
102. Maka ketika anak itu sampai sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata, "Wahai anakku, sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu." Dia (Ismail) menjawab, "Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu. Insya-Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar."
103. Maka ketika kedua-duanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya di atas pelipisnya,
104. Lalu Kami panggil dia, "Wahai Ibrahim!
105. Sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi itu." Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
106. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.
107. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.
108. Dan Kami abadikan untuk Ibrahim (pujian) dalam kalangan orang-orang yang kemudian,
109. "Selamat sejahtera bagi Ibrahim."
110. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang berbuat baik.
111. Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.
[Surah As-Saffat (37): 101-111]

Woha beruntungnya Nabi Ibrahim! Getting recognition by Love Himself, the Almighty God!

So selain meraikan Aidiladha dengan korban+makan(nyum nyum protein!), sewajarnya kita mengambil satu lagi ibrah dari kisah Cinta tersebut.

Yakni cinta itu menuntut kesabaran & pengorbanan. Dan oleh kerana taqwa kepada Allah itu juga adalah perbuatan cinta, maka mathematical reasoningnya menjelaskan:
Premise 1: Taqwa itu Cinta.
Premise 2: Cinta itu menuntut kesabaran & pengorbanan.
Conclusion: Taqwa itu menuntut kesabaran & pengorbanan.
Yes, ladies & gentlemen, Aidiladha itu bukan sahaja Hari Raya Korban, bahkan juga Hari Raya Cinta, Sabar, dan Taqwa :)


* * * * * * * * * * * *

[Bahagian 2]

Sebahagian daripada sunnah yang digalakkan bagi meraikan Aidiladha:

1. Bertakbir: Bermula dari waktu subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu asar 13 Zulhijjah.
2. Mandi dan membersihkan diri: Niatkan mandi sunat Hari Raya pada pagi raya.
3. Memakai pakaian terbaik.
4. Memakai wangi-wangian bagi lelaki.
5. Solat sunat Aidiladha: Sebaik-baiknya dilakukan di tempat terbuka.
6. Menyembelih haiwan korban setelah selesai solat.


7. Mengambil jalan yang berbeza untuk pergi dan pulang dari tempat solat.
8. Makan selepas selesai solat.
Rasulullah s.a.w. tidak berangkat pada Hari Raya Aidilfitri sehingga Baginda makan terlebih dahulu, dan pada Hari Raya Aidiladha Baginda tidak makan sehingga Baginda mengerjakan solat. [HR At-Tirmidzi]
9. Mengucapkan "Selamat Hari Raya".



* * * * * * * * * * * * *

[Bahagian 3] (because we're into science, that's why!)

Islam menggariskan tatacara yang sangat cermat dan merciful dalam penyembelihan. Ini termasuklah merehat dan menenangkan haiwan sembelihan, serta menggunakan pisau yang sangat tajam.
"Sesungguhnya Allah menuntut keelokan dalam setiap perkara. Apabila kamu menyembelih, elokkanlah penyembelihanmu. Maka tajamkanlah pisaumu dan rehatkanlah haiwan sembelihanmu." [HR Muslim]
Selain itu, kita dilarang menyeksa dan menyakitkan, termasuklah menakutkan serta menajamkan pisau di hadapan haiwan sembelihan. Sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Abbas menceritakan bahawa Baginda menegur seorang lelaki yang menajamkan pisau di hadapan kambing yang akan disembelih, "Adakah kamu mahu membunuhnya dan menjadikannya bangkai? Mengapa kamu tidak mengasah pisaumu sebelum kambing itu dibaringkan?"

Prosedur sembelihan dalam Islam menggariskan bahawa sembelihan perlu dilakukan dengan memutuskan trachea (saluran pernafasan) & oesophagus (saluran pemakanan), di samping carotid arteriesjugular veins. Yang tidak boleh dipotong ialah spinal cord (saraf tunjang). Woha usah dilupakan basic anatomy!


The cutting of the oesophagus, trachea and including the blood vessels akan menyebabkan darah terus melimpah keluar dan menurunkan tekanan darah secara mengejut, di samping menjadikan sistem otak terputus daripada bekalan oksigen & glucose. Keadaan ini menyebabkan haiwan itu terus pengsan tanpa menderita sakit diikuti dengan menggelupur beberapa saat selepas itu.

Haiwan yang disembelih ini menggelupur disebabkan otaknya kehilangan oksigen (cerebral ischemia with complete anoxaemia) dan bukannya disebabkan sakit. Jantungnya masih terus mengepam darah disebabkan saraf tunjangnya yang mengawal sistem denyutan jantung masih berada dalam keadaan elok kerana tidak dipotong ketika penyembelihan dilakukan.

So yeah, tubuh yang menggelupur selepas disembelih bukanlah bermaksud haiwan itu masih hidup malah kesakitan. Jikalau ya, then trust me when I say you'll probably wet your trousers upon seeing the Lazarus reflex, walhal patient tersebut dah disahkan mati oleh doktor-doktor pakar. Bahkan cara sembelihan Islam terbukti lebih kurang menyakitkan berbanding kebanyakan cara-cara penyembelihan Barat yang kononnya lebih berperikemanusiaan seperti Captive Bolt Pistol Stunning (CBP).


Haiwan yang dikenakan CBP -walaupun pengsan- namun EEG menunjukkan ia berada pada tahap kesakitan yang tinggi, sedangkan EEG dalam penyembelihan Islam menunjukkan keadaan deep sleep (tidur nyenyak) seawal 3 saat pertama, dan menjadi zero level selepas 6 saat.
Jantung haiwan yang dikenakan CBP juga terhenti mengepam darah lebih awal berbanding yang disembelih secara Islam, menyebabkan banyak darah bertakung dalam dagingnya & menjadikannya kurang berkhasiat.
Tambahan lagi, CBP menyebabkan otak haiwan pecah berkecai dalam tengkoraknya, lantas menjadi antara penyebab serangan penyakit Bovine Spongiform Encephalopathy.

Nah, begitulah Allah mensyariatkan cara penyembelihan yang ternyata penuh hikmah. Tetap saja, yang penting ialah keimanan kita kepada Allah, kepatuhan kita untuk mengikut sunnah Rasulullah, dan insya-Allah haiwan sembelihan itu juga akan merasai kasih-sayang dan keimanan.

Sebagai penutup, here are some very nice educational/demonstration videos by Mercy Slaughter LLC.





Salam Aidiladha!
Allahu akbar wa lillah al-hamd!


No comments:

Post a Comment