-Ibnu Atailah-
Who has found, he who lost God..
Who has lost, he who found God..
Bangun, pergi ke kuliah/kerja,
balik, makan, riadah, tidur.
Bangun, pergi ke kuliah/kerja, balik, makan,
riadah, tidur.
Hari ke hari,
kurang lebih, begitulah kitaran hidup kita. Seumpama berada dalam satu kilang
yang besar, dengan 'pekerja-pekerjanya' disekeliling kita, mereka turut sibuk melaksanakan rutin yang sama,
menyusur arus sebuah sungai kehidupan. Sedari celik, hinggalah kejam,
masing-masing sibuk mengejar apa-apa yang difikirkan dapat dimanfaatkan atau
memanfaatkan dengan peningkatan umur dari masa ke masa. Sayangnya, sedikit yang
mengerti bahawa mereka sedang menghabiskan tempoh yang berbaki, milik Illahi.
Umur itu, walaupun secara lahiriahnya semakin meningkat, tetapi pada
tersiratnya, ia semakin berkurangan. Saat menjadi minit. Jam menjadi hari.
Bulan menjadi tahun..
Begitupun, dalam
tempoh waktu kita berada di alam dunia ini, 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun dan
seterusnya, kita seharusnya sudah cukup memahami bahawa tiap-tiap sesuatu,
mempunyai tujuannya diciptakan atau diadakan kewujudannya. Misalnya, telefon.
Kegunaannya untuk perhubungan. Kereta, untuk pengangkutan. Mata, memerangkap
cahaya bagi menghasilkan penglihatan. Setiap satu benda disekeliling kita suit it's own purposes. Semuanya
digunakan untuk memudahkan segala urusan berkaitan. Tetapi, pernah atau tidak,
dalam satu ketika, kita memikirkan akan 'kegunaan' diri kita? Untuk apa kita
diwujudkan? Dan, mungkin persoalan ini akan berturutan kepada bagaimana kita
diciptakan? Siapa yang menyebabkan keberadaan kita di muka bumi ini? Apa
natijah kehidupan kita di dunia ini? Jika pencungkil gigi pun ade peranannya,
jika cotton bud pun ada peranannya yang tersendiri, bagaimana pula dengan diri
kita? Sudah tentu kita, satu makhluk yang berada di kedudukan teratas dalam
rantaian makanan, juga turut mempunyai hala tuju kehidupan kita ini, bukan?
Ikhwah wa akhowat fillah,
Dalam bidang
perubatan, kita telah diperkenalkan dengan satu subjek yang dikenali sebagai
Embryology. Subjek yang membicarakan tentang betapa kompleksnya turutan
penciptaan manusia dari satu sperma yang kurang lebih 55 micrometer
(micro=10x-6) membiak dan berkembang, hinggalah menjadi besar panjang
sebagaimana sekarang. Penciptaan dan perkembangannya sangat kompleks dan unik,
bermula dari perlumbaan 'acara renang' yang disertai secara purata melibatkan
100 juta sperma (ie; 100, 000, 000 sperma!), persenyawaan satu sperma(daripada
100 juta sperma tadi) dengan satu ovum yang seterusnya membentuk zygote, dan
terus berkembang hingga menjadi kita yang sekarang. Hebat bukan?
Dalam Islam, tiap2
sesuatu selain Allah adalah makhluk kepada Allah swt. Matahari, kereta, besi,
carbon dioksida bahkan elektron itu juga adalah makhluk Allah swt. Tiap-tiap
sesuatu bertindak sesuai dengan fitrah atau 'ilham' yang Allah kurniakan pada
mereka. Begitu juga dengan manusia, fitrahnya adalah seorang Muslim, yakni
melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah, dan meninggalkan segala
laranganNya. Tambahan lagi, sebagai satu makhluk yang diangkat mulia berbanding
makhluk-makhluk yang lain, manusia telah dikurniakan kemampuan aqal yang
menyebabkannya mampu membuat pilihan dalam meniti jalan kehidupan.
"Manusia bisa menjadi lebih baik daripada malaikat,
kerana manusia dikurniakan aqal dan nafsu sedangkan malaikat hanya sekadar
dikurniakan aqal. Manusia juga bisa menjadi lebih hina daripada binatang kerana
manusia dikurniakan dengan nafsu dan aqal, sedangkan binatang hanya sekadar
dikurniakan dengan nafsu"
(Mukashafah
al-Qulub, Imam al-Ghazali)
Justeru, dengan
aqal, manusia dapat memilih antara baik dengan buruk, antara yang haq dengan
yang batil.
dan jiwa serta
penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan)
kefasikan dan ketakwaannya. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan
jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
[Quran 91:7-10]
Ikhwah wa akhowat fillah,
Berbalik kepada
persoalan asal. Apakah maksud dibalik penciptaan manusia? Ingin saya bahagikan
pada dua aspek. Aspek yang pertama, ianya berkait rapat dengan hubungan seorang
manusia terhadap penciptanya, yakni lebih pada peringkat individu itu sendiri.
Hubungan yang kalau boleh dipermudahkan, ia disebut sebagai hubungan berbentuk
'vertical'. Ini telah disebut dalam Quran;
"Dan
tidaklah aku menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadat
kepadaku"
(Al-Anbiya';56)
Seperti yang telah
disebut pada awalnya, Islam itu bermaksud 'Tunduk dan patuh kepada perintah
Maha Pemerintah dan laranganNya tanpa bantahan.’[1] Tiap satu
makhluk yang diciptakan seperti pohon, laut, gunung-ganang dan sebagainya telah
tunduk pada fitrah yang ditanam oleh Allah Azza wa Jalla padanya. Bahkan
sel-sel dalam tubuh kita juga telah berperanan selaras dengan fitrah yang telah
Allah ilhamkan padanya masing-masing. Bayangkan jika ia lari dr
proses/fitrahnya yg normal apa hasilnya? Ia bisa membentuk sel cancer!
Bagi seorang
Muslim, segala ibadah yang dilaksanakan sebenarnya tidak lain tidak bukan,
hanyalah untuk dirinya sendiri. Perbendaharaan Allah tidak bertambah walau
sebesar atom pun pabila seluruh makhluk di dunia ini bertindak memenuhi
waktunya dalam ketaatan. Begitu juga ia tidakkan terluak walau sebesar zarah
jika seluruh makhluk di dunia ini bertindak kufur padaNya. Jika kita hidup
dalam ketaatan, maka natijah kebaikannya akan berbalik semula pada diri kita,
dan begitu juga dengan sebaliknya.
"Penduduk
syurga itu akan bertindak sesuai sebagai ahli syurga (semasa di dunianya).
Penduduk neraka
itu akan bertindak, sesuai sebagai ahli neraka (semasa di dunianya)."
Dengan kefahaman
yang mendalam terhadap asas-asas agama, maka seorang Mukmin itu dapat
menjadikan tiap-tiap detik dalam hidupnya sebagai satu amal ibadah. Tiap-tiap
helaan nafasnya, menjadi sumber tenaga untuk beribadah pada Robbnya. Bahkan
makan, minum, tidur bahkan waktu membuang air itu turut menjadi ibadah buatnya.
"Tiap-tiap amalan bermula dengan niat"
(Hadith sahih)
Ikhwah wa akhowat fillah,
Aspek lain tujuan
hidup bagi seseorang Muslim itu adalah supaya ia dapat berbakti kepada sesama
manusia, juga pada sesama makhluk. Ini dipertegaskan oleh Allah swt sewaktu
berdialog dengan para malaikatnya, seperti yang tercatat dalam Surah
Al-Baqarah;
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman
kepada para Malaikat:
"Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata:
"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan
membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa
bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
[Quran 2:30]
Allah telah
menggunakan perkataan KHALIFAH, dan tidak sekadar menyebut untuk menciptakan
seorang manusia, tetapi seorang KHALIFAH. Dan satu hadith yg lain, Nabi saw
bersabda bahawa tiap-tiap daripada kita adalah pemimpin dan kita akan
dipertanggungjawabkan atas apa yang kita pimpinkan.
Perhubungan yang
berebntuk horizontal ini membawa maksud bahawa keberadaan tiap2 manusia itu
turut melengkapi antara satu sama lain. Tugas kita berbakti seterusnya
bertindak sebagai pentadbir bagi makhluk di muka bumi ini merupakan satu amanah yang telah
ditugaskan ke atas TIAP-TIAP manusia. Masing-masing
seharusnya memainkan peranan sesuai dengan kondisi dan kompetensi diri masing-masing.
Sekecil-kecil pemerintah itu adalah dengan ia menjadi pemerintah bagi keluarga
atau dirinya sendiri.
Intihanya,
bersempena dengan peralihan kalendar hijriah yang baru, moga-moga ia akan turut mematangkan
usia kita, dan bukan sekadar peralihan atau penambahan pada umur. Kini, kita selalu
sebut2 tentang kehebatan Sultan Muhammad II (Al-Fatih) yang menakluk Konstatinople
di usia 21 tahun. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa beliau telah dididik dan
cukup faham dengan tujuan hidup beliau sebagai hamba, juga sebagai khalifah
sedari kecil lagi. Bagaimana pula dengan diri kita ini? Maka saya tinggalkan
persoalan ini untuk anda jawab dan selesaikan.
1) Dari mana anda datang?
2) Apakah tujuan anda diciptakan?
3) Apakah yang telah anda lakukan
untuk agama ini?
4) Apakah yang akan anda lakukan
untuk agama ini?
5) Kepada siapa anda akan
dikembalikan?
-The Road Not Taken- |
[1]Asas-asas
Islam, Abul A'la Al-Maududi
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment