Alhamdulillah, puji-pujian dan puja-pujaan hanya selayaknya bagi Allah swt, Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam.
Firman Allah swt;
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mana mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”
[13:11]
Ikhwah wa Akhowat fillah,
Di antara ayat-ayat chentaNya, Allah swt telah menerangkan bertapa manusia itu sebenarnya akan mendapat sesuai dengan apa yang diusahakannya. Sekiranya dia mengusahakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan betul caranya, maka hasilnya adalah sesuai dengan apa yang diusahakannya. Dan begitu juga dengan sebaliknya.
Ujian samada kita mengingatiNya atau tidak, mengingatiNya atau tidak dalam apa-apa kondisi yang telah diaturkannya. Justeru, yang menentukan suatu kejayaan bukan situasi tetapi respons hati mereka ketika menghadapi situasi itu.
Tetapi kalau mereka miskin kerana malas, tidak gigih mencari ilmu, menambah kemahiran dan ilmu... lalu mereka sabar, apakah itu juga boleh dikatakan berjaya??
Sebenarnya, orang malas bukan orang yang ingat Allah. Sabar itu bukan pasif dan tidak produktif. Sabar itu aktif dan produktif. Orang yang ingat Allah, akan ingat akhirat. Orang yang ingat akhirat akan sentiasa sibuk di dunia”
Islam telah memberikan suatu definisi yang cukup jelas tentang konsep kejayaan.
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [3:185]
Nah, suatu definisi yang jelas bahawa kejayaan seseorang itu diukur melalui keadaannya ketika akhirat. Bagaimana kondisinya, samada dia tergolong diantara orang-orang yang muqarrabun (dekat) dan golongan maimanah (kanan) yang dijanjikan oleh Allah swt seribu macam kesenangan di sorgaNya, atau (nau'zubillah) kita akan tergolong dalam golongan mashamah (kiri) yang telah disediakan baginya seribu macam azab yang pedih seperti mana yang tergambar dalam al-Quran??!!
(ruj: Surah al-Waqiah)
Namun begitu, walaupun Islam telah meletakkan definisi kejayaan itu sebagai suatu yang bersifat ukhrawi, tidak bermakna Islam menyuruh kita untuk bersifat sambil lewa terhadap urusan dunia kita kerana kejayaan kita di dunia merupakan suatu refleksi terhadap kejayaan kita di akhirat kelak. Bukankah sifat orang mukmin itu berjaya??
"Sesungguhnya, telah berjaya orang-orang yang beriman" [23:1]
Ikhwah wa Akhowat fillah,
Telah berkata Imam Syafi'e ; 'Dunia itu, adalah tanaman untuk negeri Akhirat'. Maksudnya, jika kita hendak menikmati buah yang manis di akhirat, mestilah pohon yang kita tanam di dunia subur. Maksudnya, di dunia lagi hidup kita mesti cemerlang, itulah petanda di akhirat nanti kita akan cemerlang. Ya, kerana dia sedar dia hendak menuai di akhirat, jadi sibuklah dia menanam di dunia. Dunia ini jadi kebunnya… Lihat orang berkebun, dia akan sibuk menebas, menggempur, menyemai benih, memberi baja, mengairi, menjaga tanamannya dari serangga dan macam-macam lagi. Usahanya tentu sekali akan menghasilkan pohon-pohon yang baik dan berkualiti, yang lanjutnya tentu sekali akan menghasilkan buah yang manis dan berkualiti. Begitulah orang yang hendak menuai di akhirat, akan sibuk di dunia.
Jadi, apabila kita telah memahami konsep kejayaan yang sebenar dalam Islam, seharusnya akan memudahkan kita untuk memahami konsep sebenar usaha mengikut Islam.
1) Orang mukmin yang berjaya itu adalah mereka yang menjaga hubungan 'vertical'nya (hubungan dengan Allah) dan hubungan 'horizontal'nya (hubungan sesama manusia). Dan sifat ini hanya terdapat dalam diri seorang mukmin.
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
2) .Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
3) Antara lain sifat orang-orang mukmin adalah bersungguh-sungguh dan komited dalam melakukan suatu perkara.
Sesungguhnya Allah suka kepada seseorang kamu yang apabila melakukan sesuatu kerja maka dilakukannya dengan bersungguh-sungguh (itqan). (al-Hadith)
'Kalau dengar langit hendak runtuh (kiamat) tetapi di tangan masih ada benih (tanaman), maka tanamlah benih itu' (a-Hadith)
4) Mukmin itu, sifatnya juga berstratergi.
"Perkara yang haq(benar) yang tidak mempunyai perancangan, akan ditumpaskan oleh perkara batil (palsu) yang terancang."
(Saidina Ali r.a.)
5)Mempunyai keghairahan untuk memberi.
"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain." (HR al-Baihaqi)
6) Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
7) Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
8) .Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Al-hasil, mereka-mereka yang bersifat dengan sifat-sifat orang mukmin itu, telah dijanjikan oleh Allah swt bahawa mereka akan memperoleh syurga Firdaus seperti mana yang tercatat dalam surah al-Mukminun:10-11.
Ikhwah wa Akhowat fillah,
Tuntasnya, saya ingin mengajak diri saya dan sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama kita me'reset' semula makna kejayaan yang sebenarnya berlandaskan apa yang telah disyariatkan oleh Allah swt. Juga sama-sama kita merefleksi, adakah kita telah mencorakkan warna-warna kehidupan kita sesuai dengan apa yang telah disarankan oleh Allah dan RasulNya.
"There's never too old to learn..There's never too late to turn"
(Johann Guternberg)
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SELANJAR I BUAT SAHABAT MEDDEN 2!!
BUAT SAHABAT DI MEDDEN I, SEMOGA TERUS KONSISTEN DAN MEMPEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG!!
Biidznillah!! :)
No comments:
Post a Comment