Friday 24 April 2015

Doa yang Enggan Didengari oleh Allah

Alhamdulillah, kini kita berada dalam bulan Rejab 1436 H. Yes brothers & sisters, this means that it's less than 2 months until the holy month of Ramadhan. Woha!

Hehe eksaited tak eksaited tak??
Mestilah eksaited kan?
Bulan puasa. Bulan kebaikan. Bulan Al-Quran. Bulan pahala. Bulan madu kecintaan.
Bulan yang padanya ada satu malam yang bahkan lebih baik daripada seribu bulan ie. Lailatul Qadr.
"Lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.
Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Sejahteralah (malam itu) hingga terbit fajar." [Surah Al-Qadr (97): 3-5]
Yeszzaaa... Malam yang setiap dan sekecil mana amal kebaikan pun, akan digandakan nilainya sebanyak seribu bulan.
Dan yang menambahkan lagi kemantopan malam tersebut, ialah Tuhan akan mengabulkan segala doa hamba-Nya!

Sebelum ini kita telah bincangkan [7 Waktu Mustajab Berdoa]. Tapi dalam 7 waktu tersebut, kami tidak include Lailatul Qadr. Tapi jangan risau, bukanlah bermaksud bahawa Tuhan mendengar doa hanya pada 7 waktu tersebut. Ada juga waktu-waktu lain yang khas dan mustajab, dan Lailatul Qadr adalah salah satu daripadanya.

Sabda Rasulullah,
"Carilah ia (Lailatul Qadr) pada 10 malam terakhir Ramadhan." [HR Bukhari & Muslim]
Dan antara doa terpenting untuk dipanjatkan pada Lailatul Qadr adalah seperti yang dijawab oleh Rasulullah kepada Aisyah r.a.
Berkatalah Aisyah: Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Lailatul Qadr, apakah yang perlu aku katakan (dalam doa)?
Rasulullah bersabda: Sebutlah doa "Allahumma innaka 'afuwwun, tuhibbul 'afwa, fa'fu 'anni." (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memberi ampunan, maka ampunkanlah aku.) [HR Tirmidzi]

Woha! Bayangkan jika kita diberi peluang untuk mengucapkan doa tersebut dalam pengabdian kita pada malam Al-Qadr. Hanya kita dan Dia. Masya-Allah!

But dear bros and sisters,
In all this excitement and anticipation, there is something that just perhaps may -instead of excitement- raise the anxiety and worry within us.
Bak kata budak-budak di asrama sekolah saya dulu, "potong stim" gittew.

Yes, pada malam itu Allah mengabulkan segala doa. Tapi ada orang tertentu yang doanya enggan didengari oleh Allah.

Gulp! *mata terbeliak*

Siapakah?
Untuk tahu lebih lanjut, ayuh kita tonton (yes, tonton. Tatabahasa di situ hehe) video singkat 7 minit setengah ini:



Sahabat sekalian,
Menurut Ibnu Abbas, salah satu golongan yang enggan didengari doanya pada Lailatul Qadr, ialah orang-orang yang derhaka kepada ibu-bapa.

Na'udzubillah.


And it's only logical. Bukankah Rasul telah berpesan bahawa selepas Allah dan Rasul-Nya, yang menjadi keutamaan bagi kita ialah ibu, kemudian ibu, kemudian ibu! [HR Bukhari & Muslim]

Indeed, after Allah and Rasulullah, our mothers should be our number one.

Bak nyanyian Maher Zain,
Number one for me!
Oh~ number one for me!
Ok sambung nyanyi ramai-ramai! #eh


Jadi jom, sahabat sekalian.
Dalam preparation kita menikmati Ramadhan, selain membanyakkan lagi puasa sunat, tilawah, tahajud etc., jangan lupa untuk memohon maaf kepada ibu kita. Kerana sungguh, rugilah orang yang berkesempatan bertemu dan beribadah pada Lailatul Qadr, namun tidak diterima doanya dek dosa terhadap ibu yang belum diampunkan. Na'udzubillah.


Bagi yang sudah tiada ibu, panjatkanlah berbanyak-banyak doa lagi untuk arwah ibu. Kerana insya-Allah, doa anak soleh/solehah untuk arwah ibunya pasti didengari oleh Allah, bahkan menjadi pembantu roh ibu di alam barzakh. [HR Muslim]

Welcome, oh Rejab.
Soon, youkoso Sya'ban-san.
Kemudian, marhaban ya Ramadhan.
Insya-Allah.


Semoga kita dikurniakan nikmat beribadah dalam bulan Ramadhan, dan kesempatan dimakbulkan segala rintihan dan doa kita kepada Tuhan pada Lailatul Qadr.
Amiin.


Friday 17 April 2015

7 Waktu Mustajab Berdoa

Allah itu Al-Mujib, yakni yang Maha Memperkenankan. Antara seruan Nabi Saleh kepada kaumnya Tsamud telah direkodkan dalam Surah Hud, bermaksud:
"Dia telah menciptakanmu daripada tanah dan menjadikanmu pemakmurnya. Maka mohonlah keampunan dari-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Qarib (dekat) dan Mujib (memperkenankan)." [Surah Hud (11): 61]
Allah Maha Memperkenankan doa-doa hamba-Nya, dan Dia suka apabila kita berdoa kepada-Nya. Firman-Nya dalam Surah Ghafir, bermaksud:
"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong enggan menyembah-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina." [Surah Ghafir (40): 60]
Bahkan ada banyak lagi dalil seruan agar kita berdoa, di dalam Al-Quran seperti dalam
[2: 186]
[7: 55-56, 180]
[10: 10]
[17: 110]
dan dalam banyak hadith Rasulullah.


Sahabat sekalian,
Rasulullah juga mengajar beberapa waktu-waktu khusus yang pasti akan diperkenankan doa. Antaranya ialah:

1. Saat azan berkumandang
"Ada dua waktu yang doa tidak tertolak atau jarang-jarang tertolak:
Doa pada saat azan dan doa tatkala perang berkecamuk." [HR Abu Daud, Baihaqi & Hakim]

2. Antara azan & iqamah
"Doa antara azan & iqamah tidak tertolak, maka berdoalah kamu." [HR Ahmad]

3. Sebelum salam dalam solat fardhu
"Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, bilakah doa kita didengari Allah?
Baginda bersabda: Pada akhir malam & pada akhir solat fardhu." [HR Tirmidzi]

4. Pada hari Rabu, antara Zohor & Asar
Diceritakan oleh Jabir ibn Abdullah r.a.:
"Nabi s.a.w. berdoa di Masjid Al-Fath 3 kali, iaitu pada hari Isnin, Selasa & Rabu. Pada hari Rabu, doanya dikabulkan, iaitu ketika antara 2 solat (Zohor dengan Asar). Ini diketahui dari kegembiraan pada wajah baginda." [HR Ahmad]

5. Saat bangun tidur pada malam hari, bagi orang yang tidur dalam keadaan suci
"Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari, kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat, melainkan Allah akan mengabulkannya." [HR Ibn Majah]

6. Saat berbuka puasa
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, pada saat berbuka ada doa yang tidak ditolak." [HR Ibn Majah & Hakim]

7. Doa sewaktu sujud ketika solat
"Saat yang paling dekat dengan Tuhannya ialah ketika ia sujud, maka perbanyaklah doa." [HR Muslim]

Sahabat sekalian,
Kadangkala kita berdoa bagai nak rak, tapi rak roboh kita rasa seolah-olah Tuhan tidak mendengar doa kita, apatah lagi untuk Dia memperkenankannya. Kita berburuk sangka dengan Tuhan. Astaghfirullah.

Barangkali kita tidak sedar, ataupun mungkin terlupa, bahawa dengan berdoanya kita kepada Tuhan pun sudah dicatatkan pahala bagi kita. Bahkan yang paling penting dalam doa sudah tentu ialah perasaan penghambaan, kesyukuran & penuh pengharapan kita kepada-Nya. Kerana sungguh, perasaan itulah yang menguatkan lagi aqidah & keimanan kita, yang kemudian akan dihadiahkan pula dengan keredhaan-Nya. Dan adakah yang lebih bernilai daripada keredhaan Allah? #rhetoricalquestion


Kata Saidina Umar,
"Aku tak pernah risau Allah tak memakbulkan doaku, kerana setiap kali Allah mengilhamkan hamba-Nya untuk berdoa, maka Dia sedang berkehendak untuk memberi kurnia.
Yang aku risaukan, ialah jika aku tidak berdoa."

Semoga Allah menanamkan rasa penuh pengharapan kita pada-Nya. Kerana sesungguhnya Dialah satu-satunya Al-Marghub, Al-Mujib, dan Al-Ilah kita :)


"The supplication of every one of you will be granted if he does not get impatient & say: I supplicated my Rabb but my prayer has not been granted." [HR Bukhari & Muslim]


Friday 10 April 2015

Keajaiban Saintifik Al-Quran


Al-Quran merangkumi pelbagai ilmu, termasuklah ilmu sains. Terdapat ayat-ayat yang menceritakan tentang kejadian alam semesta serta fenomena-fenomena saintifik yang dinyatakan berabad lamanya sebelum ditemui dan dikaji oleh manusia. Keajaiban fakta saintifik yang telah diceritakan dalam Al-Quran mendorong para ilmuwan dan cendekiawan untuk menerokai rahsia alam ciptaan Allah.

Langit Dan Bumi Pada Asalnya Bercantum

Teori yang diterima umum mengenai asal kejadian alam adalah teori Big Bang ataupun 'Letupan Besar' yang menyatakan alam ini pada asalnya bercantum padu dan kemudian berlakulah satu letupan yang kuat sekitar 10 hingga 20 bilion tahun dahulu. Semenjak itu, berlakulah pengembangan dan penyejukan sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi dan yang seumpamanya. 

Teori ini pada asalnya diasaskan daripada formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915 dan seterusnya dikukuhkan lagi dengan penemuan saintifik oleh seorang pakar fizik Rusia, Alexander Friedmann pada tahun 1922 dan tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble pada tahun 1929. Kejadian alam ini telah dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran pada awalnya sebelum ditemui oleh manusia:

"Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi itu pada asalnya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya...
[Surah Al-Anbiya:30]

Mengikut kajian saintifik juga, badan manusia mengandungi jumlah air yang banyak berbanding dengan komposisi yang lain dan fakta ini telah disebut dalam Al-Quran;

"...dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air; maka mengapa mereka
 tidak beriman?"
[Surah Al-Anbiya:30]



Langit Dan Bumi Berasal Daripada Asap

Menurut kajian, di peringkat awal proton bercantum dengan neutron menghasilkan heavy hydrogen di samping gas-gas ringan yang lain iaitu helium, litium, berilium dan boron. Gas-gas ini dikenali sebagai primary nebula. Angkasa didominasi oleh gas-gas yang berupa asap ini dan selepas lebih kurang 1 juta tahun, gas- gas ini membeku dan bercantum mengikut proses-proses tertentu sebelum menjadi galaksi, bintang-bintang dan bumi. Sebelum ahli sains menemukaan tentang gas-gas berupa asap ini yang membentuk langit dan bumi, Allah telah menyatakan terlebih dahulu di dalam Al-Quran;

"Kemudian Dia menuju ke langit dan langit ketika itu berbentuk asap, lalu Dia berkata kepadanya dan bumi, 'Datanglah kamu berdua dengan tunduk ataupun terpaksa'. 
Keduanya menjawab, 'Kami datang dengan tunduk'."
[Surah Al-Fussilat:11]


Bulan Dan Matahari Beredar Pada Orbitnya

Bulan dan matahari mempunyai laluan orbit tertentu seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran;

"Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. 
Masing-masing beredar pada garis edarnya."
[Surah Al-Anbiya:33]

Dalam ayat lain juga dinyatakan bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;

Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan (Allah) yang 
                             Maha Perkasa dan Maha Mengetahui.                               
[Surah Yaasin:38]




Pergerakan Gunung-ganang

Dalam sebaris ayat, kita telah dimaklumkan bahawa gunung-ganang bukanlah kaku seperti yang kita lihat, tetapi adalah dalam pergerakan secara berterusan;

Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, 
padahal ia bergerak seperti geraknya awan. 
[Surah An-Naml:88]
Pergerakan gunung-ganang ini adalah disebabkan oleh pergerakan dalam kerak bumi di mana ia terletak. Kerak bumi 'terapung' di atas lapisan mantel, yang lebih padat. Pada awal kurun ke 20, pertama kali dalam sejarah apabila seorang saintis jerman bernama Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua bumi sebenarnya bergabung bersama ketika ia terbentuk pertama kali, tetapi kemudian hanyut dalam arah yang berbeza-beza, dan akhirnya terpisah ketika bergerak menjauhi antara satu sama lain.
******
Sesungguhnya Allah maha besar dan maha kuasa menciptakan segala apa yang ada di langit dan di bumi dengan teliti, sistematik dan menakjubkan. Jadi, sahabat-sahabat sekalian, marilah kita bertafakur, bertadabbur dan menghayati ciptaan Allah, melihat bukti kekuasaanNya supaya kita boleh mengenali Allah, beriman kepada Allah dan mendekatkan diri kepada Allah.
Sungguh, kalau mahu memikirkan tentang kebesaran Allah yang ada pada alam semesta ini, sudah tentulah otak kita tidak boleh menggarap kesemuanya. Kita tidak perlu ke angkasa untuk meneroka segala galaksi, meteor, planet-planet, tetapi cukup melihat pada apa yang ada di sekeliling kita, kejadian siang dan malam, cahaya matahari, bulan, burung-burung, gunung-ganang, langit, awan, tanaman hijau, haiwan, semuanya tenang dan indah kan?  ^-^
Bukankah banyak firman Allah dalam Al-Quran yang menyeru manusia untuk berfikir?
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang 
terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal," 
[Surah Ali-'Imran:190]
"..Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi! Tidaklah bermanfaat tanda-tanda kebesaran Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang yang tidak beriman." 
[Surah Yunus:101]
Sumber; Bukti-bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad (Dr. Danial Zainal Abidin)