Saturday 20 June 2015

Dean's List & Deen List


 

Musim peperiksaan telah tiba! Sedar tak sedar, kita semakin menghampiri penghujung semester. Begitu pantas sekali masa berlalu. Oleh sebab itu, kita perlu bijak dalam menguruskan masa supaya masa yang berlalu itu tidak sia-sia, lebih-lebih pada minggu peperiksaan. Minggu peperiksaan adalah minggu yang genting bagi mahasiswa. Kebanyakan mahasiswa gigih mengulangkaji pelajaran bagi mencapai keputusan yang cemerlang.
Di saat kita sedang sibuk menelaah pelajaran, tanpa kita sedar, kita lalai dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba-NYA. Hari-hari kita diluangkan dengan mengulangkaji pelajaran sedari pagi hingga kelewat malam. Amalan harian yang sering kita lakukan sebelum ini telah kita tinggalkan buat “sementara” bagi member ruang untuk kit mengulangkaji pelajaran. Pada musim study week dan minggu peperiksaan, dhuha “terpaksa” kita tinggalkan, al-Quran digantikan dengan buku ilmiah, subuh gajah dek kerana tidur lewat dan sebagainya. Allahu. Lemah sungguh diri ini.

Dean’s list vs Deen list
Sebenarnya, apa tujuan kita belajar? Apa  niat kita pada awal pagi sebelum kita pergi ke kelas? Adakah untuk mendapatkan dean’s list semata cuma? Atau kerana Allah azza wa jalla? Sebagai orang Islam, semestinya kitaakan mengatakan bahawa kita belajar kerana Allah SWT. Tapi, adakah amalan dan matlamat kita reflex kepada niat kita? Cuba kita semak kembali mutabaah amal kita pada musim peperiksaan ini dan bandingkan dengan hari-hari sebelum ini. Adakah semakin bertambah atau berkurang? Bagi sesesetengah orang, amalan mereka bertambah ,ada juga yang makin berkurang. Hal ini sebenarnya menggambarkan iman seseorang. Sekarang, kita senaraikan amalan kita untuk mendapat dean’s list dan amalan kita untuk memenuhi deen list. Kemudian, kita bandingkan dan muhasabah diri.

Cuba kita tanya pada diri sendiri, yang mana satu kita berusaha untuk penuhi, dean’s list atau deen list?



                                      

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Kebergantungan kepada Allah
Bila tiba musim peperiksaan, kita akan bertungkus-lumus untuk menghabiskan nota-nota kita. Supaya kita dapat menjawab peperiksaan dengan baik. Tidak salah untuk berusaha. Sebagaimana yang sering dikatakan oleh salah seorang murobbiah saya, “Put the greatest effort in your study”. Tidak salah untuk belajar bersungguh-sungguh. Belajar juga adalah salah satu ibadah, sekiranya niat kita Lillahitaala. Namun, tidak perlulah kita berusaha sehingga lalai dalam melaksanakantanggungjawab kita sebagai hamba-NYA.

                                     

Kita seharusnya ingat dan faham bahawa ilmu yang kita pelajari adalah milik Allah. Kita sendiri adalah milik Allah. Kejayaan kita, rezeki kita, bukan kita yang tentukan. Tetapi Allah SWT. Oleh itu, kita seharusnya lebih bersungguh-sungguh memohon kepada Allah untuk dikurniakan kejayaan, bukannya khusyuk belajar sehingga solat dilengahkan. Kita sendiri acap kali mengucapkan ”Iyyaakana’buduwa-iyyaakanasta’iin” di dalam solat kita, yang bermaksud Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Namun, adakah kita faham dan berpegang kepada kata-kata tersebut? Kita sebagai hamba, sepatutnya memohon kepada Penciptakita, Allah SWT. Namun, jangan tersalah faham mengenai konsep memohon (berdoa). Dalam memperolehi sesuatu, kita bukan hanya perlu berdoa, kita juga perlu berusaha, berdoa dan diikuti dengan tawakkal. Bertawakkal merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kebergantungan kita kepada Allah.

Banyak perbuatan yang seringkali kita lakukan pada musim peperiksaan ini kadang-kadang menunjukkan samaada kita bergantung kepada Allah ataupun tidak. Sebagai contoh, kita tidak mampu meluangkan sedikit masa untuk membaca al-Quran kerana masih banyak nota yang perlu kita baca. Sekiranya kita bersikap sedemikian, adakah kita sedar bahawa kita seolah-olah kurang bergantung kepada Allah SWT? Kita membuat andaian sendiri, sekiranya kita meluangkan masa untuk membaca al-Quran, kita mungkin tidak akan sempat untuk menghabiskan nota-nota kita, kan? Begitulah lemahnya sikap kebergantungan kita terhadap Allah SWT. Sedangkan  Allah  telahmengatakanbahawa, jika kita mendapat redha Allah, sekaligus kita akan mendapat dunia dan akhirat. Dengan menguatkan kebergantungan kita kepada Allah, kita akan berasa masa kita lebih lapang. Kerana apa? Kerana keberkatan masa kita, yang diperolehi daripada redha Allah untuk hamba-Nya yang mengingati-Nya. Sebenarnya, redha Allah SWT yang paling penting. Sekiranya Allah redha akan sesuatu pekerjaan yang kita lakukan, in sha Allah kita akan dapat keberkatan pada hari akan datang.


 By ; Farah Huda
Medical Radiation 1
USM, Jun 2015



-ISLAM ITU MUDAH & FITRAH –
*Daripada artikel asal Kelas Peradaban Nabawi USMKK, Edisi 4 2014/2015