Saturday 27 September 2014

"Escape Plan" Penjara Kejahilan

"A successful breakout depends on three things: Knowing the layout, understanding the routine, and help from outside or in." -Ray Breslin
Sure we are now in our clinical years, but sometimes it doesn't hurt to watch a movie or two. Go ahead and choose your genre -jiwang, seram, gangster, komedi jiwang, komedi seram, komedi gangster (lol typical malaysian movies) etc-, just make sure that what you get as the credit rolls is something positive. Intellectually and hopefully, also spiritually.

The clip below is a snippet from the action movie "Escape Plan", starring two of the most legendary action stars of our time, Sylvester Stallone and Arnold Schwarzenegger. It tells a story of Ray Breslin (Stallone), who makes a living by breaking out of prison as a way to test their level of "escape-proof". One day he is contacted with a unique job. It is an "off-the-books" prison which officially doesn't exist because its purpose is to make the world's worst criminals "disappear". However it seems that the people who put him in there to test the prison actually want him to stay there forever. As Breslin plans his escape, he befriends another inmate, Swan Rottmayer (Schwarzenegger).

A lil' bit of spoiler alert though.



Sahabat-sahibah yang dirahmati Allah,
It wasn't until Ruhaizad pointed out to me, that I also realised a similarity that the movie have with dakwah and tarbiyah. Bahkan lebih tepat lagi, persamaan dengan ukhuwwah Islamiyyah.

Sebelum ini kita pernah menyentuh bab betapa seorang Muslim yang beriman itu berkenalan dan bersahabat demi+dengan taqwa (rujuk Taaruf & Taqwa). Dek niat meningkatkan taqwa, seorang mu'min itu meluaskan jaringan kenalannya. Bahkan, itulah seruan Allah dalam surah Al-Hujurat ayat ke-13. Today, we shall proceed with the continuity of such ta'aruf.

Setelah ta'aruf/perkenalan, wajar seorang mu'min itu meneruskan usahanya menjalin persahabatan dengan "tafahum", yakni memahami. Proses memahami penting agar tidak berlakunya perpecahan, dek tidak mampu menerima perbezaan personaliti sahabat yang didekati. Imam Hasan Al-Banna bahkan berpesan betapa tafahum itu penting untuk evaluasi diri & sahabat, agar tugas saling menasihati pun dapat dilakukan dengan penuh hikmah. Tafahum juga penting untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul, sesuai jugalah dengan firman Allah:
"..oleh itu maafkanlah mereka, mohonlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan..." [Ali Imran (3): 159]
Allah sendiri mewahyukan kepada Rasulullah untuk bermusyawarah, cuba bersefahaman dengan para sahabat dalam urusan duniawi seperti peperangan, politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Padahal jika Allah izin, segala pemilihan keputusan yang paling tepat boleh saja diwahyukan sendiri kepada Baginda. Namun Rasul diutuskan untuk menjadi bukti & contoh yang jelas kepada manusia tentang disiplin & protokol Islam dalam pelbagai urusan, dan ini termasuklah dengan bermusyawarah, agar saling memahami serta menyelesaikan sesuatu masalah. Perkara sedemikian jelas ditunjukkan oleh Rasul dalam banyak peristiwa seperti perang Uhud, perang Khandaq, perjanjian Hudaibiyah, dan kisah ifki (tuduhan zina oleh orang munafiq terhadap 'Aisyah).


Komponen ketiga yang penting dalam mewujudkan persahabatan ialah "takaful", yakni saling menanggung beban. Terma yang sedikit berbeza dengan Al-Banna, Dr Abdul Halim Mahmud pula menyebut komponen ketiga ini sebagai "ta'awun", yakni saling membantu.

Seorang al-akh ataupun bahasa modennya "a bro", selain cuba untuk inquire dan memahami masalah another bro, akan cuba untuk bersama menanggung malah membahagikan beban. Dan pertolongan yang paling utama sudah semestinya ialah menolong sahabat kita dalam membebaskan diri daripada cengkaman kezaliman/kegelapan/kejahilan, ke arah kemanisan cahaya iman. "Min az-zhulumati ila an-nur." Dalam erti kata lain, a bro doesn't let another bro skip leg day doesn't leave another bro trapped in darkness.
"Dan hendaklah kamu saling membantu dalam kebajikan dan taqwa, dan janganlah saling membantu dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat berat seksaan-Nya." [Al-Maidah (5): 2]
Kerana itulah pentingnya sahabat. Especially seorang sahabat yang mengenali, memahami dan membantu mencegah kita daripada melakukan kemungkaran, serta membantu mengajak ke arah kebaikan. Kerana hakikatnya dunia ini dipenuhi dengan kejahatan ("az-zhulumat" itu kata plural), sedangkan hanya keimanan yang hakikilah yang patut kita kecapi ("an-nur" itu pula singular).

Dan untuk membebaskan diri daripada "penjara kegelapan", don't forget the 3 crucial things for a successful breakout:
1) Knowing the layout (ta'aruf)
2) Understanding the routine (tafahum)
3) Help (takaful/ta'awun)

Because you cannot break out alone.


Maka ayuh bersamalah.
Bersama kita membebaskan diri daripada penjara kegelapan, menuju indahnya cahaya keimanan.


Sunday 21 September 2014

Anak kecil itu...

       HUSM, 2013

   Bila aku dapat tahu yang kami satu kumpulan PBL perlu ke wad pediatrik untuk bermain main
dengan pesakit di sana, aku dapat merasakan yang aku takkan mendapat input yang banyak dari apa
yang dirancang oleh doktor. Manakan tidak. Aku tak reti nak ambil hati kanak kanak. Aku tak punya
anak anak buah.

   Pada hari tersebut, aku bergegas ke wad pediatrik. Awal dari masa yang ditetapkan. Sebakul mainan telah disediakan.

   Melangkah masuk ke wad. Aku mencari kanak-kanak yang sesuai untuk aku dekati. Aku tertarik
dengan seorang pesakit. Umurnya aku kira dalam lingkungan setahun. Ibu bapanya masih muda. Ah.
Mudahlah kerja aku. Aku mendekati bapanya. Namanya Encik A. Aku mulakan perbualan.

   Perbualan topik topik ringan. Tentang pelajaran aku. Tentang rumah dia. Tentang masa depan aku. Tentang pekerjaan dia..

   Habis modal bercerita. Aku mendekati anak dia, Arif. Sekali imbas, Arif nampak normal. Aktif. Tapi selepas bermain main dengan Arif, aku nampak Arif ada ciri-ciri pesakit Sindrom Down. Aku diamkan. Aku tak mahu memulakan topik sensitif sekarang. Aku teruskan bermain dengan Arif tanpa
menghiraukan yang hakikatnya Arif mempunyai Sindrom Down.




   Aku teruskan berbual dengan Encik A. Sambung perbualan, tanpa menyentuh topik berkenaan anknya, Arif. Sampai ke satu tahap, kami kehabisan modal berbual lagi. Aku diam. Encik A bersuara.
“Nak jaga anak istimewa ni perlukan penjagaan khas. Mereka tak macam anak anak yang lain...”

   Ni peluang aku. Aku bercerita tentang pengalaman aku berkawan dengan anak anak istimewa kerana aku dari kecil lagi didedahkan dengan anak anak istimewa seperti disleksia, ADHD, austisme dan Sindrom Down. Ibu seorang guru. Guru Pendidikan Khas. Dia terdiam. Aku berceloteh lagi. "Mereka istimewa kerana biasanya mereka lebih penyayang dari anak anak yang lain." Encik A seakan cuba menghadam sesuatu dari kata kata aku.


   Aku beri Encik A peluang berceloteh pula. Dia mula bercerita tentang Arif sejak lahir sehingga
sekarang. Tentang bahagianya dia mendukung Arif sebagai anak sulungnya. Tentang bagaimana
perasaannya apabila doktor pakar memberitahunya bahawa Arif istimewa. Tentang bagaimana dia
menjaga Arif dengan penuh kasih sayang. Tentang dia sudah 2 minggu berkampung di Hospital USM.

Seperti dah lama kenal. hampir 15 minit, dia tak habis bercerita lagi. Aku tahu, ada sesuatu yang terbeban di bahunya. Aku harap aku dapat meringankan sedikit beban yang Encik A tanggung. Sebelum aku pergi, aku pesan kepada Encik Arif.
“Anak istimewa macam Arif ni jangan dibeza bezakan. Sayang mereka sama macam kita sayang anak-anak kita yang lain. Beri mereka pelajaran. Lengkapkan mereka dengan ilmu.”
Ya. Aku tahu aku tidak layak memberi nasihat kerana aku pun tak punya anak lagi. Tapi itulah kata
kata ibu.

   Selepas bersalam dengan Encik A, aku beralih ke katil pesakit lain. Aku harap tindakan kecil aku
dapat memberi impak besar kepada Encik A.


Maklumat lanjut;
Persatuan Sindrom Down Malaysia
Parents Resource for Autism Malaysia

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiap-tiap ciptaan itu, sungguh padanya mempunyai kebaikan. Bukankah Tuhan telah berfirman dalam kalamNya yang agung, bahawasanya manusia ini merupakan sebaik-baik ciptaan? Seorang Mukmin itu tidaklah semata menilai kondisi keadaannya di dunia, tetapi ia lebih mengutamakan natijah hidupnya di akhirat.

"Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan"




Friday 19 September 2014

Artikel asal: [Tadabbur al-Engineer]

Saudaraku,

Ada potongan kata-kata yang indah, inspirational, dan menggugah, yang konon diucapkan Sir Richard Branson, sang 'otai' dunia penerbangan murah. Konon katanya;
"Train people well enough so they can leave.
Treat them well enough so they don't want to."
Saudaraku,
Bukan hanya di alam pekerjaan, malahan di alam 'pembinaan' (yakni pembinaan insan-insan, kader-kader dan rijal-rijal), kata-kata Sir R. Branson itu bisa terpakai. Ini bukan dunia silat dulu-dulu yang engkau harus sembunyikan sedikit apa yang engkau tahu, agar anak murid tak boleh dan tidak akan melawan guru. Bukan. Bukan! Ini dunia Islam yang amanah terhadap ilmu! Hingga, beberapa hadith yang Nabi s.a.w. tujukan specifically kepada individu-individu tertentu, lalu menjadi rahsia mereka di zaman baginda Rasul, kemudiannya diceritakan kepada kita semua selepas kewafatan baginda, sebagai memenuhi amanah ilmu dan penyebaran hadith dan sunnah baginda Nabi s.a.w.


Kita selaku pengajar ataupun guru, tidak perlu takut pengikut ataupun anak murid akan 'melawan' guru, selagi mana kita treat them well enough, insya-Allah.

Train them well enough memenuhi keperluan fikri manusia. Manusia yang tidak terpenuhi keperluan fikri ini, akan menyebabkan terjadinya maradhus syubhat, yakni penyakit 'konfius'. Sehingga, jadilah ia golongan sesat yang disebut dalam Al-Fatihah.

Manakala treat them well enough adalah bagi memenuhi keperluan hati dan perasan -biasa juga disebut rohani- agar manusia tidak memiliki maradhus syahwat, yakni penyakit busuk hati, gedebe dan lain-lain yang seumpamanya. Inilah golongan yang tergolong dimurkai seperti yang juga disebutkan dalam Al-Fatihah.

Nah, Al-Fatihah mengajarkan kepada kita kesempurnaan dan keseimbangan aspek kemanusiaan ini. Sir Richard Branson mensimplifykannya kepada kita di kemudian hari. Gabungan padu dalil naqli dengan keteladanan, menghasilkan apa yang bisa kita sebut sebagai bayyinah (bukti). Bukti sesuai dengan apa yang Allah gambarkan di dalam surah yang ke-98:
"...bayyinah, (iaitu) Rasul daripada Allah (keteladanan) yang membacakan suhuf yang menyucikan (dalil naqli)." [Surah Al-Bayyinah (98): 1-2]
Alangkah indahnya jika keteladanan ini ditunjukkan oleh seorang yang beragama Islam? Makanya, train our kader, our rijal, our mad'u (orang yang didakwahi), to be the best. Even better than you!

And treat them well enough, as what was reminded by our Prophet s.a.w. in hadith arbain ke-13, sesuai seperti apa yang kita mahu orang lain treat us!
"Tidak beriman salah seseorang daripada kalian sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri." [HR Bukhari & Muslim]
* * * * * * * * * * *

Turut dikongsi ialah video ilustrasi ibrah Surah Al-Bayyinah oleh Ust Nouman Ali Khan.