Monday 23 September 2013

Kupasan Kuliah Kitab Fiqh Sirah Siri 1

BAB 1 ; PERANAN & PERLUNYA RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW DALAM MEMAHAMI ISLAM

“Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah saw itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu”
(Al-Ahzab 33 : 21)

 Tujuan dan keperluan atas seseorang Muslim itu untuk berusaha mempelajari, memahami & menghayati sirah Nabi saw;

1) Memahami peribadi Nabi saw menerusi penghidupan & suasana hidup Nabi saw, bukti bahawa Baginda saw bukan sekadar manusia pintar, tetapi merupakan pesuruh Allah swt

2) Supaya dapat meniru & mengikut suatu contoh yang unggul supaya dapat mengaplikasikannya dalam seluruh aspek kehidupan.



3) Membantu memahami dan mengecapi isi kandungan Al-Quran

4) Memberikan pemahaman dan satu gambaran yang lebih jelas bagi prinsip-prinsip asas dan hukum-hakam Islam



5) Membolehkan para penyeru & pendidik menjadikan Nabi saw sebagai ‘role-model’, mengamalkan dan menyampaikan sunnah-sunnah Baginda saw yang agung.



“Tujuan mengkaji riwayat hidup Nabi saw dan penganalisaannnya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita indah sahaja..”
(Sh. Sa’id Ramadan al-Buti)







Sunday 22 September 2013

Istimewa daripada Rakan Masjid USM Kampus Kesihatan

(Sumber : Rakan Masjid USMKK)

a) Majlis Ta'alim by Dr Mujahid Bakar

Ahad : 22/9 : Di Masjid Murni : 745 Malam


b) Konflik Syria Mesir : Masihkah Ada Hari Esok ?

Selasa : 24/9 : PUMA


c) Halaqah Ilmu : Cinta Ku & Dia by Ustaz Cinta

Rabu : 25/9 : Selepas Maghrib : Masjid USMKK


d) Iftar Jamaie : Makan Talam Yo !

Khamis : 26/9 : Selepas Maghrib : Masjid USMKK

Saturday 14 September 2013

# LH 3 : I look I see

(Credits ; Nur Atiqah Arshad)


“What has he found who has lost God?

And what has he lost who has found God?” 

― Ibn 'Ata' Allah Al-Iskandari

Friday 13 September 2013

Jagalah Allah nescaya Allah akan menjagamu!

Assalamualaikum wbt. J
  Nah, sudah seminggu atau lebih kita menjejakkan kaki di ‘Gedung Ilmu’ ini. Dengan wajah-wajah antara yang dikenali dan yang baru. Dengan semester, dan mungkin azam dan iltizam yang baru, tanpa meminggirkan azam yang belum terlaksana tahun sebelumnya. Mudah-mudahan kita akan menjadi antara golongan yang cuba merealisasikan suatu ungkapan daripada kekasih agung;
‘Islam itu tinggi, dan tiada suatupun yang lebih tinggi darinya’ [1]
Wake up with determination, go to bed with satisfaction!
Sahabat yang dikasihi,
            Sebelum kita merangka atau merancang sesuatu perkara, suatu persoalan besar yang perlu kita tanyakan kepada hati sanubari kita. ‘Untuk apa aku lakukannya??’. Dan, sebelum kita bisa memberi pengertian kepada persoalan itu, mungkin akan terbit suatu persoalan lain pula dalam diri kita. ‘Siapakah aku yang sebenarnya??’
Ultraman yang sentiasa berhadapan dengan raksasa Gorgonkah? Spiderman yang terpaksa menentang musuh yang merupakan kenalannya sendirikah? Atau, kita hanya sekadar merujuk diri kita sebagai suatu manusia di celahan billion manusia lain di seluruh muka bumi yang terbentang luas ini?
            Sungguh, skema jawapan persoalan ini sebenarnya telahpun digazetkan sejak lebih 1,400 tahun yang lalu melalui murobbi teragung, Nabi Muhammad saw;
“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”[2]
Juga, dalam satu firman yang lain;
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya: Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”[3]
            Sudah terang lagi bersuluh, suatu makhluk yang merupakan sebaik-baik kejadian[4] ini bukanlah merupakan makhluk yang sekadar mengisi ruang-ruang kosong di muka bumi ini laksana sebutir pasir di padang pasir yang terbentang luas! Bahkan lebih dari itu!
Sahabat yang dikasihi,
            Hidup kita adalah untuk menjadi hamba yang taat kepada Penciptanya dalam seluruh aspek kehidupannya, juga sebagai khalifah yang memakmurkan muka bumi ini. Dua amanah terbesar yang Allah swt turunkan, dan kelak, tiap daripada kita pasti akan dipertanggungjawabkan atas amanah ini;
“Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu pimpin”[5]
Sahabat yang dikasihi,
            ‘Mardhotillah’. Keredhaan Allah swt. Itulah yang seharusnya menjadi tujuan dan matlamat dalam setiap gerak geri fizikal, mahupun mental dan spiritual kita. Rasulullah saw pernah mengingatkan kita;
“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.” [6]
Kepada siapa lagikah selayaknya jiwa ini diserahkan? Kepada makhluk yang mempunyai pelbagai keterbatasan dan kelemahan, atau kepada Yang Maha dari segala sesuatupun?? Pilihannya di tangan kita masing-masing. Dan ingat..Kelak kita pasti akan dipertanggungjawabkan atas pilihan kita itu.
Sahabat yang dikasihi,
            Jadikanlah ‘Mardhotillah’ sebagai tujuan dan matlamat kita semua. Dalam sebesar-besar perkara seperti pembelajaran dan kehidupan berorganisasi, bahkan dalam sekecil-kecil perkara yang menjadi rutin seperti tidur dan melepaskan hajat di tandas. Semuanya dilakukan semata-mata kerana Tuhan sekalian alam. Semoga tiap saat dan hembusan nafas kita di dunia ini, merupakan amal-ibadah yang diterima disisi Allah swt. Biidznillah.

“Hidup sekadar hidup, babi di hutan pun hidup. Kerja sekadar bekerja, kera di hutan pun bekerja” (HAMKA)
Jagalah Allah nescaya Allah akan menjagamu!

[1] Kurang lebih mafhum sabda Nabi saw
[2]Surah ad-Dzariyat; ayat 56
[3]Surah al-Baqarah; ayat 30
[4]Surah at-Tin; ayat 4
[5]Kurang lebih mafhum sabda Nabi saw

[6]Hadith riwayat at-Tirmizi