Tuesday 24 June 2014

Ramadhan, Taqwa, dan Kasih-Sayang

Sahabat sekalian,
Ramadhan menghampiri.

Memang benar berpuasa pada Ramadhan mendatangkan hikmah daripada segi kesihatan, tapi bukan hikmah kesihatan itu yang menjadi sebab utama kita berpuasa. Apa pun kelebihannya daripada segi kesihatan, hakikatnya kita berpuasa disebabkan perintah Allah swt.
"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian, agar kalian bertaqwa." Al-Baqarah [2]: 183
Nah, bahkan kita diberitahu bahawa hikmah terbesar daripada puasa ialah meningkatkan taqwa! Dan jika kita perhatikan, betapa banyak ayat dalam Al-Quran yang menjelaskan kelebihan-kelebihan bertaqwa. Hatta 5 ayat terawal surah Al-Baqarah menjelaskan ciri-ciri & keuntungan orang yang bertaqwa, manakala dalam surah Al-Hujurat [49] ayat ke 13 pula menjelaskan betapa kalangan manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa.

"Sesungguhnya semulia-mulia kalian di sisi Allah ialah yang lebih taqwanya antara kalian." Al-Hujurat [49]: 13
Maka jom, ambil peluang Ramadhan ini untuk menjadi hamba yang lebih bertaqwa, sekaligus sahabat & teman yang lebih baik. Yeah sure friends don't let friends skip leg day. But even better friends don't let you commit sins, for example intentionally skipping solat or not fasting during Ramadhan.

Tertib/level ukhwah yang ke-2 ialah mencintainya sebagaimana kita mencintai diri sendiri. So sepatutnya mestilah saling melarang daripada dosa kan ;)
Kerana puasa Ramadhan itu meningkatkan taqwa, manakala bertaqwa itu adalah ciri terpenting bagi seorang sahabat/teman yang karib.
"Teman-teman karib pada hari itu (kiamat), sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, kecuali yang bertaqwa." Az-Zukhruf [43]: 67

Firman Allah dalam hadith qudsi riwayat Imam Malik,
"Wajiblah kecintaanKu itu kepada orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, duduk-duduk bersama kerana Aku, saling menziarahi kerana Aku, dan saling menghadiahi kerana Aku."

Cinta itu dari Tuhan. Dan cinta kerana Tuhan itu jualah yang akan kekal. Maka jom kita kekalkan cinta kita terhadap ibu bapa, keluarga, guru-guru, sahabat-sahabat, suami/isteri, hingga ke syurga.


Dengan meningkatkan taqwa, bersahabat & berkasih hingga ke syurga ♡♡♡
Insya-Allah :)

"Allahumma sampaikanlah kami ke Ramadhan..."


No comments:

Post a Comment