Sunday, 9 August 2015

Qawiyyul Jism

Dalam ma'alim sahsiyatul Islamiyyah (mengenali keperibadian Islam), kita diajar tentang sifat "qawiyyul jism" (tubuh badan yang kuat). [Klik & baca: Keperibadian Muslim]


Tapi apakah yang membezakan qawiyyul jism seorang Muslim/da'ie berbanding manusia biasa yang lain?

Qawiyyul jism seorang da'ie itu adalah dengan mencontohi kekuatan para anbiya' & orang-orang yang beriman dengan mereka. Iaitu rahsia kekuatan mereka adalah dengan menjauhi sifat al-wahn (cintakan dunia & takut mati), maka barulah kekuatan sejati itu akan wujud.
"Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar daripada pengikut yang bertaqwa. Mereka tiada al-wahn dek bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak lemah, dan tidak menyerah. Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." [Ali Imran (3): 146]
Dan daripada kalangan anbiya', tak ternafikan bahawa Nabi-nabi ulul 'azmi lah yang luar biasa kuat, termasuklah kekuatan sifat sabar mereka.
Namun yang sebenarnya bahkan lebih kuat lagi daripada sifat sabar itu, ialah sifat keazaman mereka (hence the name ulul 'AZMI). Kerana tanpa keazaman yang kuat, bahkan bapa kita Nabi Adam a.s. pun pernah tergelincir.
"Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, tetapi dia lupa, dan Kami tidak dapati keazaman yang kuat padanya." [Taha (20): 115]
Oleh itu jom kita berusaha mendapatkan qawiyyul jism dengan cara:
1) meluruskan & mengikhlaskan niat
2) menguatkan keazaman & tekad
3) menjauhi al-wahn

Nescaya insya-Allah kita pasti mendapat kekuatan yg sejati.
Termasuklah dalam pengajian kita, andainya di pertengahan jalan, kita berasa lemah & lelah, REMEMBER WHY YOU STARTED!



Nah, qawiyyul jism itu bukanlah pada sadonya body, tapi contohnya pada:

Kekuatan mengangkat selimut untuk solat subuh,


Kekuatan menahan letih seorang murobbi merantau serta berkorban mengisi sesi usrah/halaqah, atau kekuatan seorang guru 'mengangkat' semangat muridnya,


Atau kekuatan seorang mad'u menahan kantuk serta lelah dalam ditarbiyah.

(termasuklah ketahanan kita dimaki-hamun ketika ward round hehe...)

Biar lelah, asalkan lillah. Jom!


No comments:

Post a Comment