Musim peperiksaan telah tiba! Sedar
tak sedar, kita semakin menghampiri penghujung semester. Begitu pantas sekali
masa berlalu. Oleh sebab itu, kita perlu bijak dalam menguruskan masa supaya
masa yang berlalu itu tidak sia-sia, lebih-lebih pada minggu peperiksaan.
Minggu peperiksaan adalah minggu yang genting bagi mahasiswa. Kebanyakan mahasiswa
gigih mengulangkaji pelajaran bagi mencapai keputusan yang cemerlang.
Di saat kita sedang sibuk menelaah
pelajaran, tanpa kita sedar, kita lalai dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai
hamba-NYA. Hari-hari kita diluangkan dengan mengulangkaji pelajaran sedari pagi
hingga kelewat malam. Amalan harian yang sering kita lakukan sebelum ini telah kita
tinggalkan buat “sementara” bagi member ruang untuk kit mengulangkaji pelajaran.
Pada musim study week dan minggu peperiksaan, dhuha “terpaksa” kita tinggalkan,
al-Quran digantikan dengan buku ilmiah, subuh gajah dek kerana tidur lewat dan sebagainya.
Allahu. Lemah sungguh diri ini.
Dean’s list vs Deen list
Sebenarnya, apa tujuan kita belajar? Apa
niat kita pada awal pagi sebelum kita pergi ke kelas? Adakah untuk mendapatkan
dean’s list semata cuma? Atau kerana Allah azza wa jalla? Sebagai
orang Islam, semestinya kitaakan mengatakan bahawa kita belajar kerana Allah
SWT. Tapi, adakah amalan dan matlamat kita reflex kepada niat kita? Cuba kita semak
kembali mutabaah amal kita pada musim peperiksaan ini dan bandingkan dengan hari-hari
sebelum ini. Adakah semakin bertambah atau berkurang? Bagi sesesetengah orang,
amalan mereka bertambah ,ada juga yang makin berkurang. Hal ini sebenarnya menggambarkan
iman seseorang. Sekarang, kita senaraikan amalan kita untuk mendapat dean’s
list dan amalan kita untuk memenuhi deen list. Kemudian, kita bandingkan dan muhasabah
diri.
Cuba
kita tanya pada diri sendiri, yang mana satu kita berusaha untuk penuhi, dean’s
list atau deen list?
Dan apabila hamba-hambaKu
bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka
hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
Kebergantungan kepada
Allah
Bila tiba musim peperiksaan, kita akan
bertungkus-lumus untuk menghabiskan nota-nota kita. Supaya kita dapat menjawab peperiksaan
dengan baik. Tidak salah untuk berusaha. Sebagaimana yang sering dikatakan oleh
salah seorang murobbiah saya, “Put the
greatest effort in your study”. Tidak salah untuk belajar bersungguh-sungguh.
Belajar juga adalah salah satu ibadah, sekiranya niat kita Lillahitaala. Namun,
tidak perlulah kita berusaha sehingga lalai dalam melaksanakantanggungjawab kita
sebagai hamba-NYA.
Kita seharusnya ingat dan faham bahawa
ilmu yang kita pelajari adalah milik
Allah. Kita sendiri adalah milik Allah. Kejayaan kita, rezeki kita, bukan kita
yang tentukan. Tetapi Allah SWT. Oleh itu, kita seharusnya lebih bersungguh-sungguh
memohon kepada Allah untuk dikurniakan kejayaan, bukannya khusyuk belajar sehingga
solat dilengahkan. Kita sendiri acap kali mengucapkan ”Iyyaakana’buduwa-iyyaakanasta’iin” di dalam solat kita, yang
bermaksud “Hanya kepada Engkau kami
menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan”. Namun,
adakah kita faham dan berpegang kepada kata-kata tersebut? Kita sebagai hamba,
sepatutnya memohon kepada Penciptakita, Allah SWT. Namun, jangan tersalah faham
mengenai konsep memohon (berdoa). Dalam memperolehi sesuatu, kita bukan hanya perlu
berdoa, kita juga perlu berusaha, berdoa dan diikuti dengan tawakkal.
Bertawakkal merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kebergantungan kita kepada
Allah.
Banyak perbuatan yang seringkali kita
lakukan pada musim peperiksaan ini kadang-kadang menunjukkan samaada kita bergantung
kepada Allah ataupun tidak. Sebagai contoh, kita tidak mampu meluangkan sedikit
masa untuk membaca al-Quran kerana masih banyak nota yang perlu kita baca.
Sekiranya kita bersikap sedemikian, adakah
kita sedar bahawa kita seolah-olah kurang bergantung kepada Allah SWT? Kita
membuat andaian sendiri, sekiranya kita meluangkan masa untuk membaca al-Quran,
kita mungkin tidak akan sempat untuk menghabiskan nota-nota kita, kan? Begitulah
lemahnya sikap kebergantungan kita terhadap Allah SWT. Sedangkan Allah telahmengatakanbahawa, jika kita mendapat redha
Allah, sekaligus kita akan mendapat dunia dan akhirat. Dengan menguatkan kebergantungan
kita kepada Allah, kita akan berasa masa kita lebih lapang. Kerana apa? Kerana keberkatan
masa kita, yang diperolehi daripada redha Allah untuk hamba-Nya yang
mengingati-Nya. Sebenarnya, redha Allah SWT yang paling penting. Sekiranya
Allah redha akan sesuatu pekerjaan yang kita lakukan, in sha Allah kita akan dapat
keberkatan pada hari akan datang.
By ; Farah Huda
Medical Radiation 1
-ISLAM
ITU MUDAH & FITRAH –
*Daripada
artikel asal Kelas Peradaban Nabawi USMKK, Edisi 4 2014/2015
No comments:
Post a Comment