Friday 27 June 2014

Tadabbur Surah Al-Jumu'ah: Formula Mencapai Kebijaksanaan

Assalamualaikum wbt.

Bersempena Jumaat terakhir sebelum Ramadhan 1435H, jom kita ambil masa untuk mentadabbur sedikit-sebanyak surah Al-Jumuah [surah ke-62]. Tak banyak pun, sikit je. Insya-Allah untuk kali ini kita tadabbur cuma 2 ayat yang terawal je orait :)

Dear brothers & sisters,
Surah Al-Jumuah [62] is a madaniyyah surah. It is basically like a khutbah from God, at which it contains 3 main themes ie.
1. Allah, Rasulullah & the believers
2. The Jews
3. Solat Jumaat

Ayat pertamanya bermula dengan "yusabbihu lillahi", menjadikan ia salah satu daripada surah musabbihat yakni surah yang dimulakan sama ada dengan "yusabbihu lillahi" ataupun "sabbaha lillahi". Antara keistimewaan surah-surah musabbihat ini ialah ia diwahyukan untuk meningkatkan keimanan umat Islam, di samping memberitahu bahawa SETIAP makhluq di langit & di bumi sentiasa bertasbih memuji Allah. Maka wajar juga untuk manusia diingatkan oleh semua makhluq untuk turut bertasbih mengingati & memuji Allah.


"Apa yang ada di langit & apa yang ada di bumi sentiasa bertasbih kepada Allah Al-Malik, Al-Quddus, Al-Aziz, Al-Hakim." [62: 1]

Selain itu, ayat pertama turut memberitahu kita tentang empat sifat Allah. Now, this is somewhat also special since there are not many verses in the Quran where more than two names of Allah are mentioned. Kebanyakan ayat Al-Quran yang lain cuma menyebut sepasang sifat-sifat Allah (eg. Ar-Rahman & Ar-Rahim, Ar-Ghafur & Ar-Rahim etc). Jadi semestinya ada kepentingan untuk 4 sifat tersebut disebutkan sekaligus dalam satu ayat. Untuk memahami kepentingan tersebut, firstly kita perlu memahami definisi sifat-sifat tersebut.

1. Al-Malik: Maha Raja. The King.
2. Al-Quddus: Maha Suci bahkan Menyucikan. The Pure & Purifier.
3. Al-Aziz: Maha Perkasa. Him who owns BOTH the highest of Authority and Respect. Some people have authority but are not respected, whereas some are respected but don't have authority.
4. Al-Hakim: Maha Bijaksana. The Wise.

Sedang ayat pertama menceritakan perihal sifat Allah, ayat kedua pula menceritakan perihal Rasulullah. Kedua-dua ayat tersebut berganding bagai memberitahu tentang kalimah syahadatain.


"Dialah yang mengutus seorang rasul pada golongan ummiyin daripada kalangan mereka sendiri. Dia (rasul) yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menyucikan mereka, dan mengajarkan mereka Kitab & Hikmah, meski sebelumnya mereka dalam kesesatan yang nyata." [62: 2]

Golongan ummiyyin bermaksud golongan buta huruf, atau dengan bahasa sekarang, uneducated. Orang Arab ketika itu hidup di padang pasir, di mana kebanyakan daripada mereka tidak memperoleh pendidikan formal, unlike many of the Romans, Greeks, Persians etc. Rasulullah sendiri tergolong dalam ummiyyin. Namun Allah tetap mengutus seorang Rasul merangkap murobbi/pendidik teragung dalam sejarah makhluq daripada kalangan 'uneducated' itu. Nah, ia menjadi bukti betapa golongan seperti itu pun boleh diberi penghormatan oleh Allah, maka mengapa manusia kini ada yang bersombong-sombong dengan tahap formal education masing-masing?
Selain itu, ia turut menjadi bukti bahawa meski di padang pasir yang gersang, ad-din ataupun agama Allah tetap patut dipelajari & dipraktikkan.

Seterusnya jika kita perhatikan ayat kedua memberitahukan empat perkara yang Rasulullah lakukan. Empat perkara tersebut menjadi formula untuk membebaskan manusia daripada kegelapan, kejahilan & kezaliman kepada cahaya. Malah, empat perkara tersebut turut mempunyai perkaitan dengan empat sifat Allah yang disebutkan dalam ayat pertama tadi.

1. "membacakan kepada mereka ayat-ayatNya"
Perkataan 'ayat' dalam bahasa Arab ada 2 maksud iaitu 'ayat-ayat (verses)' dan 'petanda (signs)'. Rasulullah diutuskan bukan sahaja untuk menyampaikan Al-Quran agar manusia membacanya, bahkan Al-Quran juga turut mengajak manusia untuk memerhatikan tanda-tanda kekuasaan Tuhan serta berfikir. Therefore, understanding is a very big & crucial part in practicing Islam.
Jika kita perhatikan pun, wahyu pertama yang diturunkan bukanlah terus menuntut untuk "berimanlah kamu", tetapi "iqra" yakni "bacalah". Atas erti kata lain, Islam menuntut penganutnya untuk tidak mengikut mengcadbury eh membabi-buta, tetapi kefahaman itulah yang patut diutamakan.
Selain itu, Islam menuntut untuk kita memerhatikan & memahami alam agar sedar tentang petanda-petanda kekuasaan Tuhan. Sebagaimana bilamana kita memasuki suatu daerah kingdom, kita akan perasan petanda-petanda tentang kewujudan raja di situ (para satria, istana, bendera etc.), alam ini turut mempunyai petanda-petanda tentang kewujudan Allah Al-Malik yang Maha Raja. The King of the whole universe.


2. "menyucikan mereka"
Penyucian sebenar sepatutnya meliputi dua aspek yakni penyucian minda (intellect) & jiwa (spiritual). Penyucian minda akan meningkatkan tahap intelektual lantas menjadikan seseorang itu mampu untuk berfikir dengan matang & sewajarnya. Manakala penyucian jiwa pula akan mengurangkan sikap-sikap buruk manusia seperti takabbur, hasad dengki, tamak dll. Sikap-sikap negatif itu tidaklah dapat dibersihkan sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya Islam menawarkan cara-cara untuk mengawal daripada sikap-sikap tersebut menzalimi manusia & alam.
Kedua-dua bentuk penyucian ini adalah inseparable dalam Al-Quran. Inilah yang membezakan Al-Quran dengan kitab-kitab Yahudi & Nasrani. Agama Yahudi menekankan intelektual semata-mata manakala Nasrani menekankan spiritual semata-mata. Whereas the absence of either one of the two components will lead to corruption, sebagaimana yang berlaku kepada agama mereka.
Dan semestinya, tugas penyucian ini wajar mengingatkan kita juga kepada Allah Al-Quddus yang Maha Suci & Menyucikan.

3. "mengajarkan mereka Kitab"
Al-Kitab selain merujuk (sekali lagi) kepada Al-Quran, turut merujuk kepada hukum-hakam ataupun undang-undang (the Law). So basically the word "kitab" means either "book" or "law". Sebab itulah peribahasa Inggeris "to throw the book at somebody" bermaksud mengenakan tindakan undang-undang ataupun menghukum seseorang. Malah dalam surah Al-Baqarah [2] ayat 183 pun frasa "kutiba 'alaikum as-shiyam" diterjemahkan sebagai "diwajibkan/diundang-undangkan kepada kalian untuk berpuasa."
Ini menunjukkan bahawa Allah menurunkan Al-Quran & Islam dengan mengandungi undang-undang yakni syariat yang tertinggi. Dan menjadi tanggungjawab kita juga untuk mempelajari undang-undang/hukum-hakam tersebut. Dan sebagaimana tugas seorang pensyarah menguji para pelajarnya, kita sebagai hamba Allah juga akan diberi ujian terhadap iman kita, tidak lain & tidak bukan untuk menentukan sama ada kita layak untuk ke syurga Allah atau tidak.
Dan semestinya, kepatuhan kepada undang-undang menuntut untuk kita menghormati & mengenali pihak yang memiliki authority, yakni Allah Al-Aziz.

4. "(mengajarkan mereka) Hikmah"
Antara definisi hikmah ialah pengetahuan, pemahaman, kebijaksanaan, dan keadilan. Rasulullah melalui sunnahnya mengajarkan & memahamkan kita tentang agama yang menuntut kebijaksanaan & keadilan. Dan insya-Allah apabila kita memahami(1), menyucikan minda & jiwa (2), serta mempelajari hukum-hakam Allah terhadap dunia ini(3), kita akan mampu menggunakan sunnah & kebijaksanaan untuk memimpin & menguasai dunia dengan adil(4).
And yeah you've guessed it, dari mana datangnya kebijaksanaan jika bukan dari Allah Al-Hakim yang Maha Bijaksana kan :)

So there you have it. Sedikit tadabbur tentang dua ayat terawal surah Al-Jumuah [62]. Jika kita perhatikan, antara ibrah terbesarnya adalah supaya kita mempelajari & memahami Al-Quran, nescaya insya-Allah kita akan menjadi umat yang bijaksana & berjaya. Again, UNDERSTANDING is very important. Engage your mind to understand.
Dan tanyalah diri kita sendiri, berapa sering sebenarnya kita membaca Al-Quran, apatah lagi membaca terjemahan atau tafsir dalam usaha untuk memahaminya?


Maka ayuhlah kita sahut seruan itu, apatah lagi dengan kedatangan Ramadhan bulan yang diturunkan Al-Quran (surah Al-Baqarah [2]: 185) yang bakal tiba satu atau dua hari lagi.
Jom, insya-Allah :)


No comments:

Post a Comment