Saturday 12 September 2015

Maqasid Syariah secara Ringkas

Antara disiplin yang diamalkan dalam perubatan ialah segala apa yang dilakukan adalah bertujuan. Tujuan itu boleh jadi untuk mendatangkan manfaat (beneficence) ataupun untuk mengelak mudarat (non-maleficence). Nevertheless, yang pasti sesuatu perkara itu dilakukan dengan tujuan.

Contohnya pelbagai. Dalam history taking, soalan-soalan ditanya dalam bentuk subjektif, kemudian lebih objektif lagi, dengan tujuan untuk mendapatkan beberapa differential diagnoses. Kemudian diteruskan lagi dengan pemeriksaan fizikal, dengan tujuan supaya findings yang ada akan mengukuhkan lagi differential diagnoses. Setelah itu, investigations pun dilakukan dengan tujuan yang serupa. Setelah provisional diagnosis dibentuk, management pun berlangsung, dengan segala treatment yang dilakukan itu pun bertujuan. Maka sebab itulah management setiap pesakit di dalam sesebuah ward itu tidak betul-betul sama; tidak semua pesakit diberi antibiotik, dan tidak semua diberikan IVD normal saline misalnya. Kerana apa? Kerana melihat kepada tujuannya rawatan diberikan kepada individu pesakit.


Nah, apabila jelas tujuan-tujuan tersebut, maka proses diagnosis dan rawatan pun lebih jelas dan terurus.

Sahabat sekalian,
Begitu jugalah peraturan & undang-undang. Ia wujud dengan tujuan, termasuklah peraturan yang dikarang oleh manusia sendiri. Dan, "tujuan" itu dalam bahasa Arab, dipanggil "maqasid".

OK so jelas tentang definisi & kepentingan "tujuan/objektif/maqasid" orait?

Sahabat sekalian,
Begitu jugalah dengan syariat Islam. Islam turun bersama syariat/undang-undang, yang bertujuan untuk menjaga maslahat(kebaikan) manusia secara berterusan, di dunia & akhirat. Segala hukum-hakam dalam syariat Islam pun bukanlah wujud sewenang-wenangnya, melainkan untuk pengabdian kepada Allah serta menjaga maslahat bersama.

Secara ringkasnya, "Maqasid Syariah" (Objektif Undang-undang Islam) itu ada lima.

1. Hifzu Ad-Din (Pemeliharaan Agama)
2. Hifzu An-Nafs (Pemeliharaan Nyawa)
3. Hifzu Al-Aqal (Pemeliharaan Akal)
4. Hifzu Al-Mal (Pemeliharaan Harta)
5. Hifzu An-Nasl (Pemeliharaan Keturunan)

Maqasid Syariah secara ringkas
Misalnya undang-undang potong tangan pencuri yang memenuhi syarat-syaratnya, bertujuan untuk memelihara harta. Hukuman rejam untuk penzina, bertujuan untuk memelihara keturunan. Hukuman sebat untuk peminum arak, untuk memelihara akal/kewarasan. Yang pasti, semuanya adalah bertujuan.

Jadi sepatutnya kita jelas bahawa bukanlah syariat/undang-undang itu yang menjadi tujuan/matlamat, tetapi ia menjadi medium untuk mencapai matlamat. Sebab itulah saya highlight frasa "yang memenuhi syarat-syaratnya" pada perenggan di atas. Kerana berdasarkan syarat/situasi-situasi tertentu, sesuatu hukuman ataupun management itu pun berbeza, biarpun dengan matlamat/maqasid yang kekal sama.


Dengan memahami 5 Maqasid Syariah ini, insya-Allah pada masa akan datang kita cuba dalami pula  pemahaman dalam Fiqh Perubatan & isu-isu yang berkaitan dengannya. Tujuannya tidak lain & tidak bukan, iaitu supaya usaha pembelajaran kita ini menjadi manifestasi pengabdian kepada Allah, serta supaya kita dapat menjaga maslahat manusia specifically dalam Hifzu An-Nafs (Pemeliharaan Nyawa) pesakit-pesakit kita kelak, insya-Allah :)