Monday 27 October 2014

Menghidupkan Sebuah Kehidupan


-Ibnu Atailah-
Who has found, he who lost God..
Who has lost, he who found God..

Bangun, pergi ke kuliah/kerja, balik, makan, riadah, tidur.
 Bangun, pergi ke kuliah/kerja, balik, makan, riadah, tidur.

Hari ke hari, kurang lebih, begitulah kitaran hidup kita. Seumpama berada dalam satu kilang yang besar, dengan 'pekerja-pekerjanya' disekeliling kita, mereka turut sibuk melaksanakan rutin yang sama, menyusur arus sebuah sungai kehidupan. Sedari celik, hinggalah kejam, masing-masing sibuk mengejar apa-apa yang difikirkan dapat dimanfaatkan atau memanfaatkan dengan peningkatan umur dari masa ke masa. Sayangnya, sedikit yang mengerti bahawa mereka sedang menghabiskan tempoh yang berbaki, milik Illahi. Umur itu, walaupun secara lahiriahnya semakin meningkat, tetapi pada tersiratnya, ia semakin berkurangan. Saat menjadi minit. Jam menjadi hari. Bulan menjadi tahun..

Begitupun, dalam tempoh waktu kita berada di alam dunia ini, 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun dan seterusnya, kita seharusnya sudah cukup memahami bahawa tiap-tiap sesuatu, mempunyai tujuannya diciptakan atau diadakan kewujudannya. Misalnya, telefon. Kegunaannya untuk perhubungan. Kereta, untuk pengangkutan. Mata, memerangkap cahaya bagi menghasilkan penglihatan. Setiap satu benda disekeliling kita suit it's own purposes. Semuanya digunakan untuk memudahkan segala urusan berkaitan. Tetapi, pernah atau tidak, dalam satu ketika, kita memikirkan akan 'kegunaan' diri kita? Untuk apa kita diwujudkan? Dan, mungkin persoalan ini akan berturutan kepada bagaimana kita diciptakan? Siapa yang menyebabkan keberadaan kita di muka bumi ini? Apa natijah kehidupan kita di dunia ini? Jika pencungkil gigi pun ade peranannya, jika cotton bud pun ada peranannya yang tersendiri, bagaimana pula dengan diri kita? Sudah tentu kita, satu makhluk yang berada di kedudukan teratas dalam rantaian makanan, juga turut mempunyai hala tuju kehidupan kita ini, bukan?



Ikhwah wa akhowat fillah,

Dalam bidang perubatan, kita telah diperkenalkan dengan satu subjek yang dikenali sebagai Embryology. Subjek yang membicarakan tentang betapa kompleksnya turutan penciptaan manusia dari satu sperma yang kurang lebih 55 micrometer (micro=10x-6) membiak dan berkembang, hinggalah menjadi besar panjang sebagaimana sekarang. Penciptaan dan perkembangannya sangat kompleks dan unik, bermula dari perlumbaan 'acara renang' yang disertai secara purata melibatkan 100 juta sperma (ie; 100, 000, 000 sperma!), persenyawaan satu sperma(daripada 100 juta sperma tadi) dengan satu ovum yang seterusnya membentuk zygote, dan terus berkembang hingga menjadi kita yang sekarang. Hebat bukan?

Dalam Islam, tiap2 sesuatu selain Allah adalah makhluk kepada Allah swt. Matahari, kereta, besi, carbon dioksida bahkan elektron itu juga adalah makhluk Allah swt. Tiap-tiap sesuatu bertindak sesuai dengan fitrah atau 'ilham' yang Allah kurniakan pada mereka. Begitu juga dengan manusia, fitrahnya adalah seorang Muslim, yakni melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah, dan meninggalkan segala laranganNya. Tambahan lagi, sebagai satu makhluk yang diangkat mulia berbanding makhluk-makhluk yang lain, manusia telah dikurniakan kemampuan aqal yang menyebabkannya mampu membuat pilihan dalam meniti jalan kehidupan.

"Manusia bisa menjadi lebih baik daripada malaikat, kerana manusia dikurniakan aqal dan nafsu sedangkan malaikat hanya sekadar dikurniakan aqal. Manusia juga bisa menjadi lebih hina daripada binatang kerana manusia dikurniakan dengan nafsu dan aqal, sedangkan binatang hanya sekadar dikurniakan dengan nafsu"
(Mukashafah al-Qulub, Imam al-Ghazali)

Justeru, dengan aqal, manusia dapat memilih antara baik dengan buruk, antara yang haq dengan yang batil.

dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
[Quran 91:7-10]

Ikhwah wa akhowat fillah,

Berbalik kepada persoalan asal. Apakah maksud dibalik penciptaan manusia? Ingin saya bahagikan pada dua aspek. Aspek yang pertama, ianya berkait rapat dengan hubungan seorang manusia terhadap penciptanya, yakni lebih pada peringkat individu itu sendiri. Hubungan yang kalau boleh dipermudahkan, ia disebut sebagai hubungan berbentuk 'vertical'. Ini telah disebut dalam Quran;

"Dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadat kepadaku"
(Al-Anbiya';56)

Seperti yang telah disebut pada awalnya, Islam itu bermaksud 'Tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan laranganNya tanpa bantahan.’[1] Tiap satu makhluk yang diciptakan seperti pohon, laut, gunung-ganang dan sebagainya telah tunduk pada fitrah yang ditanam oleh Allah Azza wa Jalla padanya. Bahkan sel-sel dalam tubuh kita juga telah berperanan selaras dengan fitrah yang telah Allah ilhamkan padanya masing-masing. Bayangkan jika ia lari dr proses/fitrahnya yg normal apa hasilnya? Ia bisa membentuk sel cancer!

Bagi seorang Muslim, segala ibadah yang dilaksanakan sebenarnya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk dirinya sendiri. Perbendaharaan Allah tidak bertambah walau sebesar atom pun pabila seluruh makhluk di dunia ini bertindak memenuhi waktunya dalam ketaatan. Begitu juga ia tidakkan terluak walau sebesar zarah jika seluruh makhluk di dunia ini bertindak kufur padaNya. Jika kita hidup dalam ketaatan, maka natijah kebaikannya akan berbalik semula pada diri kita, dan begitu juga dengan sebaliknya.

"Penduduk syurga itu akan bertindak sesuai sebagai ahli syurga (semasa di dunianya).
Penduduk neraka itu akan bertindak, sesuai sebagai ahli neraka (semasa di dunianya)."

Dengan kefahaman yang mendalam terhadap asas-asas agama, maka seorang Mukmin itu dapat menjadikan tiap-tiap detik dalam hidupnya sebagai satu amal ibadah. Tiap-tiap helaan nafasnya, menjadi sumber tenaga untuk beribadah pada Robbnya. Bahkan makan, minum, tidur bahkan waktu membuang air itu turut menjadi ibadah buatnya.

"Tiap-tiap amalan bermula dengan niat"
(Hadith sahih)



Ikhwah wa akhowat fillah,

Aspek lain tujuan hidup bagi seseorang Muslim itu adalah supaya ia dapat berbakti kepada sesama manusia, juga pada sesama makhluk. Ini dipertegaskan oleh Allah swt sewaktu berdialog dengan para malaikatnya, seperti yang tercatat dalam Surah Al-Baqarah;
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
[Quran 2:30]

Allah telah menggunakan perkataan KHALIFAH, dan tidak sekadar menyebut untuk menciptakan seorang manusia, tetapi seorang KHALIFAH. Dan satu hadith yg lain, Nabi saw bersabda bahawa tiap-tiap daripada kita adalah pemimpin dan kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita pimpinkan.

Perhubungan yang berebntuk horizontal ini membawa maksud bahawa keberadaan tiap2 manusia itu turut melengkapi antara satu sama lain. Tugas kita berbakti seterusnya bertindak sebagai pentadbir bagi makhluk di muka bumi ini merupakan satu amanah yang telah ditugaskan ke atas TIAP-TIAP manusia. Masing-masing seharusnya memainkan peranan sesuai dengan kondisi dan kompetensi diri masing-masing. Sekecil-kecil pemerintah itu adalah dengan ia menjadi pemerintah bagi keluarga atau dirinya sendiri.

Intihanya, bersempena dengan peralihan kalendar hijriah yang baru, moga-moga ia akan turut mematangkan usia kita, dan bukan sekadar peralihan atau penambahan pada umur. Kini, kita selalu sebut2 tentang kehebatan Sultan Muhammad II (Al-Fatih) yang menakluk Konstatinople di usia 21 tahun. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa beliau telah dididik dan cukup faham dengan tujuan hidup beliau sebagai hamba, juga sebagai khalifah sedari kecil lagi. Bagaimana pula dengan diri kita ini? Maka saya tinggalkan persoalan ini untuk anda jawab dan selesaikan.

1) Dari mana anda datang?
2) Apakah tujuan anda diciptakan?
3) Apakah yang telah anda lakukan untuk agama ini?
4) Apakah yang akan anda lakukan untuk agama ini?
5) Kepada siapa anda akan dikembalikan?

-The Road Not Taken-



[1]Asas-asas Islam, Abul A'la Al-Maududi

Wallahua'lam.



Thursday 23 October 2014

1 Muharram Detik Permulaan


Rakyat Malaysia yang beragama Islam pasti sedia maklum bahawa 25 Oktober 2014 merupakan cuti umum bersempena Awal Muharram dan mungkin banyak persoalan yang bermain di minda kita;
Apa itu Awal Muharram?  
Adakah Awal Muharram itu penting sampai dapat cuti umum? 
Apa yang kita boleh buat pada Awal Muharram?  
Bagaimana hendak menghayati Awal Muharram? 
Jadi, saudara saudari yang awesome sekalian, jom kita berkenalan dengan Awal Muharram yang mulia dan penuh rahmat ini.

[Bahagian 1]
Awal Muharram atau Ma'al Hijrah merupakan hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad saw dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa ini berlaku pada 1 Muharram dan tahun hijrah Nabi Muhammad saw dari Makkah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi takwim hijrah. 

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Takwim Hijrah). Ia bermaksud 'diharamkan' atau 'dipantang' iaitu Allah swt melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Awal Muharram bermaksud permulaan bulan Muharram iaitu 1 Muharram. Ma'al bermaksud bersama dan hijrah bermaksud berpindah dari suatu keadaan/tempat kepada suatu keadaan/tempat yang lain. Ma'al Hijrah membawa maksud bersama berhijrah atau bersama menghayati hijrah.

Jika cinta dan pengorbanan Nabi Ibrahim as diingati dengan sambutan Hari Raya Aidiladha, pengorbanan yang diteruskan oleh Nabi Muhammad saw dan kaum Muhajirin pula diingati pada Awal MuharramDengan memperingati peristiwa penghijrahan tersebut, banyak ibrah yang boleh kita ambil. 


Mereka sanggup berkorban harta, masa dan tenaga berhijrah kerana Allah swt dan demi Islam. Mereka meninggalkan keluarga, kekayaan dan sebagainya untuk bersama-sama berhijrah ke Madinah selama tujuh hari terus-menerus berjalan merentasi padang pasir yang panas dan kering kontang. Pelbagai halangan menimpa mereka tetapi dengan kecekalan, kesabaran dan kebergantungan kepada Allah, mereka berjaya tiba di Madinah. Pengorbanan mereka membuahkan hasil apabila Islam semakin luas tersebar dan semakin berkembang dengan pembinaan masjid, penubuhan pusat kemasyarakatan dan sebagainya.

***********
[Bahagian 2]
Amalan-amalan yang digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah sehingga 1 Muharam adalah :

1. Berpuasa pada hari terakhir bulan Zulhijjah
2. Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharram
3. Membaca doa akhir tahun sebanyak 3 kali pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar atau sebelum Maghrib


4. Membaca doa awal tahun sebanyak 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram pada hari yang sama


5. Qiamulail
6. Solat sunat
7. Berzikir dan membaca Al-Quran


**********

[Bahagian 3]
Jika kita lihat Ma'al Hijrah dalam konteks masyarakat pada masa kini, ia lebih menjurus kepada berhijrah ke arah keadaan yang lebih baik. Contohnya berazam mahu menutup aurat dengan sempurna ataupun mahu menjadi pelajar yang lebih rajin. Menjelang Ma'al Hijrah, kita bermuhasabah diri dengan apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun dan berazam untuk memperbaiki diri serta berubah menjadi yang lebih baik. Kita haruslah menghayati sejarah penghijrahan Nabi Muhammad saw dan kaum Muhajirin serta mengambil ibrah daripadanya.

Apabila seseorang ingin berhijrah, dia akan menghadapi pelbagai dugaan dan dia haruslah mencontohi hijrah Nabi Muhammad saw dan kaum Muhajirin dengan berkorban, bersabar, cekal dan bergantung kepada Allah swt yang akhirnya insyaAllah akan membuahkan hasil. 
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah swt dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (9;20) 



Sunday 19 October 2014

You're There


Things that I've said, no they don't mean nothing at all
Time just flies by when I'm with the One I love
Even sunlight makes it through the dark, in a cold misty sky
And when I'm all alone tonight, You'll be right here...by my side


[Chorus]
No matter what the world brings
And even if the birds won't sing
Better times are on their way
'Cause I know You're there
And even if the sun won't smile,
I know it's been a while
Since I've felt any light,
But I know You're there

Good times, they never last, I wish they were around
Their time has past us now, still haven't made a sound
Some folks are dying to live, and others live to die
And somehow when I think of You I smile deep inside!

[Credits: @arifjaffar's ig]
[Chorus]

The grass was greener on the other side
The world turns gray now, are we out of time?
And when I lie alone and stare into the dark,
I'll remember what You said as I watch the stars spark
I know it isn't even time to talk...
But I know You're right here by my side

[Chorus]

Lyrics & Melody: Raef
Arrangement: Oliver Bjornfelt



Saturday 4 October 2014

Berkorban Demi Cinta

[Bahagian 1]

Aidiladha atau Hari Raya Korban bukan sekadar menjadi sambutan meraikan sejarah Ibrahim menyembelih kibas, malah turut menjadi sambutan meraikan Cinta.

Ya, Cinta.
Cinta yang menuntut segala-galanya.

Pun intended.
It's only logical. That is just how love works.

Dear brothers & sisters,
Prophet Ibrahim a.s. was a family man. He loved his wives & children very much.
But above all, he loved Allah more than anything else. Mencintai Cinta yang teragung.
Dan Cinta itu menuntut segala-galanya daripada Baginda, sebagai ujian tentang kesanggupan & keikhlasan cinta Baginda.

Ya, sejarah Hari Raya Korban adalah kisah Cinta.
Kisah Cinta yang diabadikan dalam surat cinta teragung.
101. Maka Kami beri khabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat sabar (Ismail).
102. Maka ketika anak itu sampai sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata, "Wahai anakku, sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu." Dia (Ismail) menjawab, "Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu. Insya-Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar."
103. Maka ketika kedua-duanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya di atas pelipisnya,
104. Lalu Kami panggil dia, "Wahai Ibrahim!
105. Sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi itu." Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
106. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.
107. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.
108. Dan Kami abadikan untuk Ibrahim (pujian) dalam kalangan orang-orang yang kemudian,
109. "Selamat sejahtera bagi Ibrahim."
110. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang berbuat baik.
111. Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.
[Surah As-Saffat (37): 101-111]

Woha beruntungnya Nabi Ibrahim! Getting recognition by Love Himself, the Almighty God!

So selain meraikan Aidiladha dengan korban+makan(nyum nyum protein!), sewajarnya kita mengambil satu lagi ibrah dari kisah Cinta tersebut.

Yakni cinta itu menuntut kesabaran & pengorbanan. Dan oleh kerana taqwa kepada Allah itu juga adalah perbuatan cinta, maka mathematical reasoningnya menjelaskan:
Premise 1: Taqwa itu Cinta.
Premise 2: Cinta itu menuntut kesabaran & pengorbanan.
Conclusion: Taqwa itu menuntut kesabaran & pengorbanan.
Yes, ladies & gentlemen, Aidiladha itu bukan sahaja Hari Raya Korban, bahkan juga Hari Raya Cinta, Sabar, dan Taqwa :)


* * * * * * * * * * * *

[Bahagian 2]

Sebahagian daripada sunnah yang digalakkan bagi meraikan Aidiladha:

1. Bertakbir: Bermula dari waktu subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu asar 13 Zulhijjah.
2. Mandi dan membersihkan diri: Niatkan mandi sunat Hari Raya pada pagi raya.
3. Memakai pakaian terbaik.
4. Memakai wangi-wangian bagi lelaki.
5. Solat sunat Aidiladha: Sebaik-baiknya dilakukan di tempat terbuka.
6. Menyembelih haiwan korban setelah selesai solat.


7. Mengambil jalan yang berbeza untuk pergi dan pulang dari tempat solat.
8. Makan selepas selesai solat.
Rasulullah s.a.w. tidak berangkat pada Hari Raya Aidilfitri sehingga Baginda makan terlebih dahulu, dan pada Hari Raya Aidiladha Baginda tidak makan sehingga Baginda mengerjakan solat. [HR At-Tirmidzi]
9. Mengucapkan "Selamat Hari Raya".



* * * * * * * * * * * * *

[Bahagian 3] (because we're into science, that's why!)

Islam menggariskan tatacara yang sangat cermat dan merciful dalam penyembelihan. Ini termasuklah merehat dan menenangkan haiwan sembelihan, serta menggunakan pisau yang sangat tajam.
"Sesungguhnya Allah menuntut keelokan dalam setiap perkara. Apabila kamu menyembelih, elokkanlah penyembelihanmu. Maka tajamkanlah pisaumu dan rehatkanlah haiwan sembelihanmu." [HR Muslim]
Selain itu, kita dilarang menyeksa dan menyakitkan, termasuklah menakutkan serta menajamkan pisau di hadapan haiwan sembelihan. Sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Abbas menceritakan bahawa Baginda menegur seorang lelaki yang menajamkan pisau di hadapan kambing yang akan disembelih, "Adakah kamu mahu membunuhnya dan menjadikannya bangkai? Mengapa kamu tidak mengasah pisaumu sebelum kambing itu dibaringkan?"

Prosedur sembelihan dalam Islam menggariskan bahawa sembelihan perlu dilakukan dengan memutuskan trachea (saluran pernafasan) & oesophagus (saluran pemakanan), di samping carotid arteriesjugular veins. Yang tidak boleh dipotong ialah spinal cord (saraf tunjang). Woha usah dilupakan basic anatomy!


The cutting of the oesophagus, trachea and including the blood vessels akan menyebabkan darah terus melimpah keluar dan menurunkan tekanan darah secara mengejut, di samping menjadikan sistem otak terputus daripada bekalan oksigen & glucose. Keadaan ini menyebabkan haiwan itu terus pengsan tanpa menderita sakit diikuti dengan menggelupur beberapa saat selepas itu.

Haiwan yang disembelih ini menggelupur disebabkan otaknya kehilangan oksigen (cerebral ischemia with complete anoxaemia) dan bukannya disebabkan sakit. Jantungnya masih terus mengepam darah disebabkan saraf tunjangnya yang mengawal sistem denyutan jantung masih berada dalam keadaan elok kerana tidak dipotong ketika penyembelihan dilakukan.

So yeah, tubuh yang menggelupur selepas disembelih bukanlah bermaksud haiwan itu masih hidup malah kesakitan. Jikalau ya, then trust me when I say you'll probably wet your trousers upon seeing the Lazarus reflex, walhal patient tersebut dah disahkan mati oleh doktor-doktor pakar. Bahkan cara sembelihan Islam terbukti lebih kurang menyakitkan berbanding kebanyakan cara-cara penyembelihan Barat yang kononnya lebih berperikemanusiaan seperti Captive Bolt Pistol Stunning (CBP).


Haiwan yang dikenakan CBP -walaupun pengsan- namun EEG menunjukkan ia berada pada tahap kesakitan yang tinggi, sedangkan EEG dalam penyembelihan Islam menunjukkan keadaan deep sleep (tidur nyenyak) seawal 3 saat pertama, dan menjadi zero level selepas 6 saat.
Jantung haiwan yang dikenakan CBP juga terhenti mengepam darah lebih awal berbanding yang disembelih secara Islam, menyebabkan banyak darah bertakung dalam dagingnya & menjadikannya kurang berkhasiat.
Tambahan lagi, CBP menyebabkan otak haiwan pecah berkecai dalam tengkoraknya, lantas menjadi antara penyebab serangan penyakit Bovine Spongiform Encephalopathy.

Nah, begitulah Allah mensyariatkan cara penyembelihan yang ternyata penuh hikmah. Tetap saja, yang penting ialah keimanan kita kepada Allah, kepatuhan kita untuk mengikut sunnah Rasulullah, dan insya-Allah haiwan sembelihan itu juga akan merasai kasih-sayang dan keimanan.

Sebagai penutup, here are some very nice educational/demonstration videos by Mercy Slaughter LLC.





Salam Aidiladha!
Allahu akbar wa lillah al-hamd!