Friday, 11 July 2014

Puasa yang Lapar, Dahaga, dan Celaka

Dua tiga chimpanzee beradu,
Mana nak sama tidur sang gorilla;
Dua minggu hampir berlalu,
Apa khabar Ramadhan anda?

Cewah berpantun-pantun kita hari ini. Hehe salam dawn of the planet of the apes Jumaat kedua Ramadhan 1435H.

Jadi bagaimana Ramadhan anda setakat ini? Hehe masih boleh bertahan kah? Ataupun dah terbongkang kat atas tilam, siang tidur dek lapar, malam tidur dek kenyang?


Insya-Allah, harapannya supaya warga medden sekalian masih kuat jasmani dan rohani dalam melalui hari-hari puasa ini. Cuma dengan hampir berlalunya separuh daripada Ramadhan kali ini, kami di SKB ingin mengingatkan dan menyeru agar kita berpuasa yang bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Lebih penting lagi, janganlah kita berpuasa yang celaka!

Hah? Guane tuh berpuasa tapi celaka?

Sahabat sekalian,
Dalam satu hadith sahih daripada Jabir ibn Abdullah r.a., diriwayatkan bahawa Rasulullah mengaminkan doa Malaikat Jibril yang bermaksud,
"Celakalah seseorang yang masuk ke bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan dalam keadaan tidak diampuni dosanya oleh Allah!" [HR Bukhari]

Saya melihat Ramadhan seperti satu period khas yang Allah berikan padanya "diskaun saman". Begitulah analoginya.
Ya, bagaikan satu jangka masa yang pihak berkuasa offer kita diskaun saman, maka rugilah kita jika kita tak langsaikan bayaran saman pada waktu itu kan?
Sebegitulah Allah offer satu jangka masa khas yang dijamin keampunan untuk kita, dengan syarat kita berpuasa dengan penuh keimanan & pengharapan.

"Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan & berharap pahala daripada Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu." [HR Bukhari & Muslim]

Jadi bagaimana untuk kita memenuhkan diri dengan keimanan & pengharapan pada bulan Ramadhan, hence preventing daripada menjadikan diri kita 'pemuasa' (eh betul ke gitu?) yang celaka?

Sahabat yang dikasihi Allah,
Istimewanya Ramadhan bukanlah sekadar kerana ia bulan yang diwajibkan padanya berpuasa, dan bahkan puasa itu pun bukanlah sekadar menahan lapar & dahaga semata-mata.
Perkataan "Ramadhan" yang diabadikan dalam Al-Quran sekali cuma, dan sebelum ia dikaitkan dengan ibadah puasa, ia terlebih dahulu dikaitkan dengan penurunan Al-Quran.

"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan tentang petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dengan yang bathil). Maka barangsiapa antara kalian ada pada bulan itu, maka berpuasalah..." [Al-Baqarah 2:185]

There you have it. Maka peliklah jika kita menyambut Ramadhan dengan bazar mercun berpuasa, menahan lapar & dahaga semata-mata, sedangkan Al-Quran itu tidak diraikan langsung. Sedangkan sudah jelas Allah memberitahu bahawa bulan ini istimewa kerana diturunkan 'surat-surat cinta' dari Allah, yang bakal membimbing manusia ke arah kebaikan. Nah, apakah kita masih mahu bersombong dan berpaling daripada kiriman kalimat cinta Tuhan?

Dengan Ramadhan yang masih berbaki ini, ayuh kita kurangkan maraton drama, dan tingkatkan maraton tilawah & tadabbur Al-Quran.
Janganlah kerana "Kerana Terpaksa Aku Relakan", 'terpaksa' kita relakan (eh?) diri kita membiarkan kitab suci kita dilitupi debu-debu dek dah lama tak dibelek. #keranaterpaksarelakanception
Cukuplah melayan "Cerita Cinta Kita", jika cerita Cinta kita dengan Tuhan dalam Al-Quran itu kita tak luangkan masa untuk dibaca. Atau kalau diluangkan pun, lebih sedikit masanya daripada yang kita luangkan untuk drama/perkara-perkara lagha yang lain. *nanges*

Tak mengapa jika tak sempat khatamkan pada Ramadhan ini pun. Yang penting ialah kita berungguh-sungguh banyakkan lagi membaca & mentadabbur Al-Quran.

After all, itulah salah satu sebab Allah hadiahkan Ramadhan kepada kita; yakni untuk melupakan membebaskan diri kita daripada perkara-perkara yang melalaikan itu. Janganlah kelalaian itu membuatkan kita menyesal di akhirat nanti, dan janganlah kekenyangan sesudah berbuka puasa itu terus melenyapkan fefeeling kita sebagaimana orang-orang yang kurang bernasib baik rasa. Bahkan segala kenikmatan yang kita rasa di dunia ini akan ditanya kelak. (rujuk surah At-Takathur)


Selamat menyudahkan maraton Ramadhan. Semoga Allah mengurniakan keampunan kepada kita semua, dan menyelamatkan kita daripada celaka.

#salamramadhan #pray4palestine


No comments:

Post a Comment