“The glorious Quran is the last and final Revelation which was revealed
to the last and final messenger, Prophet Mohammed (peace be upon him). For any
book to claim that it is a Revelation from the Almighty God, it should stand
the test of time. Previously, in the olden days, it was the age of miracle.
Alhamdulillah, the Quran is the miracle of miracles. Later on, came the age of
Literature and poetry, and the Muslims and the non-Muslims alike, they claimed
that the glorious Quran to be the best Arabic Literature available in the face
of the earth. But, today is the age of Science and Technology. Let us analyze
whether the Quran is compatible or incompatible with modern science.”
Begitulah antara petikan daripada ucapan pembukaan Dr Zakir Naik sewaktu
perdebatan ilmiah antara beliau dan Dr William Campbell di Chicago, April 2000
dengan tajuknya “The Quran and Bible : In The Light of Science”. [1]
Hal ini bertepatan dengan konsep keTuhanan dalam Islam yang mana Islam
sentiasa menyeru umatnya untuk tidak sekadar menerima sesuatu perkara secara
membabi meng"khinzir" buta. Bahkan umat Islam telah disuruh Allah untuk mengkaji
rahsia alam semesta secara sistematik.
“Apakah
mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia diciptakan? Dan langit bagaimana
ia ditinggikan? Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi bagaimana
ia dihamparkan?”
(Surah
al-Ghasiah : 17-20)
Allah telah
menyeru;
“Apakah
mereka tidak mahu memikirkan(bertadabbur) isi
Al-Quran? Jika Quran itu bukan dari Allah, nescaya mereka akan dapati
perselisihan yang banyak di dalamnya”
(Surah
An-Nisa’ : 82)
Bahkan, lebih daripada itu lagi, Allah telah memuliakan orang yang
menghayati dan mengkaji alam, lalu ‘memulangkan’ ia kembali kepada penciptanya
dengan gelaran 'Ulul Albab'. [2] Menurut Dr Danial Zainal Abidin,
Ulul Albab ialah golongan yang menggunakan akal yang sempurna bagi mengkaji,
sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul. [3] Jadi, kita dapat lihat, betapa
Islam amat menekankan aspek pengkajian dan pembuktian tiap-tiap perkara,
sebelum dapat mengaitkan ia dengan agama. Ini turut melibatkan dalam kesemua
cabang agama Islam seperti Aqidah, Ibadah, Muamalat dan sebagainya.
-The Book of Life- |
“Akan kami
tunjukkan kepada mereka ‘ayat-ayat’ kami di segenap ufuk (penjuru alam) dan
pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa Al-Quran itu
benar”
(Surah
Al-Fussilat : 53)
Justeru, bagi seseorang yang
mahu mengamalkan agama Islam dengan sebenar-benarnya, membaca atau menghafal
al-Quran semata cuma tidakkan pernah mencukupi. Yang lebih utama, adalah bagi
kita untuk membaca, menghayati lantas cuba untuk memahami isi kandung Al-Quran
atas kapasiti akal masing-masing, dengan berpandukan tafsir-tafsir yang
muktabar. Dengan menghayati dan memahami isi kandung Quran inilah yang akan
membantu untuk menambahkan keimanan kita, daripada sekadar membaca ayat demi
ayat tanpa cuba memahami maksud dibalik
apa yang dibaca, yang dengan demikian, tidak ubahlah diri kita seperti seekor
kakak tua yang mengulangi/melagu-lagukan sesuatu tanpa usul periksa.
“ Sesungguhnya
yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah
orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu,
mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan
menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula
tidak bersikap sombong takbur.”
(Surah
As-Sajadah : 15)
Intihanya, sebagai Muslim, tidak
seharusnya kita berasa puas dengan sekadar menjadi ‘Muslim by chance’, yakni
menjadi Muslim hanya kerana ibu bapa kita Muslim. Sebaliknya, kita perlu
mengangkat darjat diri kita kepada ‘Muslim by choice’, yakni kita menjadi
Muslim, kerana kita benar-benar meyakini dengan segenap jiwa raga kita bahawa
Islam ini adalah agama yang benar. Dan seperti mana kata-kata omputih; “You cannot
judge a Kancil Bugatti Veyron from a bad driver”, begitu jualah dengan Islam.
Dalam memahami apakah prinsip-prinsip atau asas aqidah agama ini, keperluan
kita adalah kembali kepada sumber asalnya; Al-Quran dan sunnah. Cukuplah kita selama ini
hanya sekadar mengenang-ngenangkan kegemilangan Tamadun Islam lampau. Sudah
tiba masanya kita bangkit dan meletakkan Islam kepada tempat asalnya, dan ini
tentunya bermula dengan ‘Mengkaji dan Memahami Dua Ayat’.
“Islam itu tinggi, dan tiada
suatupun yang lebih tinggi darinya”
(Hadith)
-Either we
make history, or we become history-
Wallahua’lam.
-Nota kaki-
[1] Video Debat
[2] Surah
Ali-Imran ; 190-191
[3] Dr Danial Zainal Abidin (2014). Quran Saintifik. PTS
No comments:
Post a Comment