Sunday, 10 August 2014

Syukur itu awesome!


" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang."  
[An-Nahl:18]

Sesungguhnya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sangatlah banyak sehingga kita tidak mampu menghitungnya. Masa lapang, sihat, anggota badan, udara yang kita hirup dan pancaindera, semua adalah pemberian Allah tetapi ada yang masih rasa tidak cukup, iri hati ataupun rendah diri kerana membanding-bandingkan nikmat serta kelebihan masing-masing.


" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? "
[Ar-Rahman:13]

" ...Allah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur."
[Al-Mulk:23]

Ada yang tekun dan asyik mengejar dunia kerana ingin mendapatkan nikmat yang dia sering rasa tidak cukup sehingga lupa akan akhirat.

Ada yang iri hati dengan kelebihan orang lain sehingga menjadi batu api dan menjauhkan silaturahim antara satu sama lain.

Ada yang rasa 'inferior' dengan kawannya yang lebih pandai lebih cantik daripadanya tetapi tidakkah dia tahu bahawa dirinya juga istimewa?

Hal-hal sebegini memang lazim dalam masyarakat era moden ini bahkan mungkin kita pun pernah rasa kan?

*******

Saya pernah berkesempatan menghadiri satu program di mana terdapat satu cerita yang sangat menginsafkan dan memberi banyak pengajaran dikongsi oleh seorang doktor. Ceritanya berbunyi begini: 
                            
Pada suatu hari, seorang pensyarah melawat perkampungan orang asli dan ingin ke seberang sungai. Dia ternampak seorang nelayan atas bot tengah termenung ( fikir masa depan la kot).

Pensyarah : boleh bawa saya ke seberang sungai ni?
Nelayan    : boleh encik, tak ada masalah.

Waktu dalam perjalanan ke seberang sungai, mereka berbual.

P  : awak ada berapa simpanan dalam akaun? 
N : saya tak ada simpanan langsung encik, saya tak berduit.
P  : kalau macam tu, awak dah hilang separuh daripada nikmat hidup awak.
N : T.T

Tiba-tiba bot itu terbalik dan encik P terkapai-kapai dalam air lalu encik N menyelamatkannya.

N : encik tak tahu berenang ke?
P : tak tahu.
N : kalau macam tu, encik mungkin akan hilang semua hidup encik.
P : T.T

Encik N mungkin tak ada banyak duit macam encik P tapi dia tahu berenang dan encik P tak tahu. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2 dan saling melengkapi. Kita harus bersyukur dengan apa yang Allah dah beri kepada kita.

*******

Allah cipta manusia sebaik-baik kejadian. Semua orang itu cantik, semua orang itu ada kelebihan, semua orang itu ada kekurangan. Tidak ada yang sempurna. Jangan iri hati dan pandang rendah dekat orang lain dan jangan selalu pandang orang lain sampai tidak melihat kelebihan diri sendiri.

Nikmat dan rezeki yang kita dapat juga ketentuan Allah sama ada orang itu kita rasakan lebih, kita rasa kekurangan, semua adalah ketentuan Allah dan rahsia Allah. Dalam segala limpahan nikmat yang Allah kurniakan, sedikit sekali orang yang bersyukur.

Jadi, sahabat sekalian, jom kita ambil masa sekejap merenung apa yang Allah dah berikan kepada kita dan menghayati ciptaan Allah serta kekuasaannya. Berterima kasih kepada Allah dan insyaAllah kita akan menghargai dan memahami erti syukur. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang sedikit itu :).


Last but not least, stop complaining start blessing, say Alhamdulillah thank you Allah for everything.

# Orang yang bersyukur itu ohsem dan hensem, eh? hehe






No comments:

Post a Comment