Alhamdulillah, kini kita berada dalam bulan Rejab 1436 H. Yes brothers & sisters, this means that it's less than 2 months until the holy month of Ramadhan. Woha!
Hehe eksaited tak eksaited tak??
Mestilah eksaited kan?
Bulan puasa. Bulan kebaikan. Bulan Al-Quran. Bulan pahala. Bulan madu kecintaan.
Bulan yang padanya ada satu malam yang bahkan lebih baik daripada seribu bulan ie. Lailatul Qadr.
"Lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.
Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Sejahteralah (malam itu) hingga terbit fajar." [Surah Al-Qadr (97): 3-5]
Yeszzaaa... Malam yang setiap dan sekecil mana amal kebaikan pun, akan digandakan nilainya sebanyak seribu bulan.
Dan yang menambahkan lagi kemantopan malam tersebut, ialah Tuhan akan mengabulkan segala doa hamba-Nya!
Sebelum ini kita telah bincangkan [7 Waktu Mustajab Berdoa]. Tapi dalam 7 waktu tersebut, kami tidak include Lailatul Qadr. Tapi jangan risau, bukanlah bermaksud bahawa Tuhan mendengar doa hanya pada 7 waktu tersebut. Ada juga waktu-waktu lain yang khas dan mustajab, dan Lailatul Qadr adalah salah satu daripadanya.
Sabda Rasulullah,
"Carilah ia (Lailatul Qadr) pada 10 malam terakhir Ramadhan." [HR Bukhari & Muslim]
Dan antara doa terpenting untuk dipanjatkan pada Lailatul Qadr adalah seperti yang dijawab oleh Rasulullah kepada Aisyah r.a.
Berkatalah Aisyah: Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Lailatul Qadr, apakah yang perlu aku katakan (dalam doa)?
Rasulullah bersabda: Sebutlah doa "Allahumma innaka 'afuwwun, tuhibbul 'afwa, fa'fu 'anni." (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memberi ampunan, maka ampunkanlah aku.) [HR Tirmidzi]
Woha! Bayangkan jika kita diberi peluang untuk mengucapkan doa tersebut dalam pengabdian kita pada malam Al-Qadr. Hanya kita dan Dia. Masya-Allah!
But dear bros and sisters,
In all this excitement and anticipation, there is something that just perhaps may -instead of excitement- raise the anxiety and worry within us.
Bak kata budak-budak di asrama sekolah saya dulu, "potong stim" gittew.
Yes, pada malam itu Allah mengabulkan segala doa. Tapi ada orang tertentu yang doanya enggan didengari oleh Allah.
Gulp! *mata terbeliak*
Siapakah?
Untuk tahu lebih lanjut, ayuh kita tonton (yes, tonton. Tatabahasa di situ hehe) video singkat 7 minit setengah ini:
Sahabat sekalian,
Menurut Ibnu Abbas, salah satu golongan yang enggan didengari doanya pada Lailatul Qadr, ialah orang-orang yang derhaka kepada ibu-bapa.
Na'udzubillah.
And it's only logical. Bukankah Rasul telah berpesan bahawa selepas Allah dan Rasul-Nya, yang menjadi keutamaan bagi kita ialah ibu, kemudian ibu, kemudian ibu! [HR Bukhari & Muslim]
Indeed, after Allah and Rasulullah, our mothers should be our number one.
Bak nyanyian Maher Zain,
Number one for me!
Oh~ number one for me!
Ok sambung nyanyi ramai-ramai! #eh
Jadi jom, sahabat sekalian.
Dalam preparation kita menikmati Ramadhan, selain membanyakkan lagi puasa sunat, tilawah, tahajud etc., jangan lupa untuk memohon maaf kepada ibu kita. Kerana sungguh, rugilah orang yang berkesempatan bertemu dan beribadah pada Lailatul Qadr, namun tidak diterima doanya dek dosa terhadap ibu yang belum diampunkan. Na'udzubillah.
Bagi yang sudah tiada ibu, panjatkanlah berbanyak-banyak doa lagi untuk arwah ibu. Kerana insya-Allah, doa anak soleh/solehah untuk arwah ibunya pasti didengari oleh Allah, bahkan menjadi pembantu roh ibu di alam barzakh. [HR Muslim]
Welcome, oh Rejab.
Soon, youkoso Sya'ban-san.
Kemudian, marhaban ya Ramadhan.
Insya-Allah.
Semoga kita dikurniakan nikmat beribadah dalam bulan Ramadhan, dan kesempatan dimakbulkan segala rintihan dan doa kita kepada Tuhan pada Lailatul Qadr.
Amiin.
No comments:
Post a Comment