Ada satu-satu masa, ketika ibadah telah mula menjadi rutin harian kita, solat pun kita penuhi waktunya seperti biasa, bahkan berjemaah pula pada kebanyakan waktu, Al-Quran kita tidak tinggalkan, zikir pun kita lazimi, istighfar apatah lagi,
namun pada saat itu kadangkala jiwa kita teruji dengan tidak merasa apa-apa dengan bacaan dan wirid di lisan kita.
Kita membaca Al-Quran, tetapi Al-Quran hanya bagaikan ulangan yang tidak mengesankan.
Kita zikir dan istighfar, tetapi ia hanyalah bagaikan lafaz mantera yang kosong, terasa tidak menembus membersihkan karat dalam jiwa, tidak mampu menghubungkan kita dengan Tuhan.
Zahir di mata orang melihat kita baik, ibadah bagus, tetapi jauh di sudut hati kita yang dalam, kita tahu bahawa kita sedang menderita. Hati kita tidak lagi mampu merasa jujur dengan apa yang sering kita lafazkan dan wiridkan.
* * * * * * * *
Perlukah Berhenti?
Pada saat sedemikian, apakah memilih untuk berhenti jawapannya, lalu kita mencari kepuasan di sudut yang lain pula?
Kita boleh memilih untuk berhenti, tetapi bukan berhenti daripada beramal.
Berhentilah untuk bermuhasabah seketika, mengambil nafas lalu meneruskan lagi perjalanan. Itulah 'berhenti' bagi kita.
[Photo by Brother Harith] |
Memang tidak mudah berada di atas jalan kebaikan. Kalau mudah, tidaklah Abul Basyar, Adam a.s. teruji oleh Iblis laknatullah. Sedangkan Ayyub a.s. pun cuba diganggu keikhlasannya, maka untuk manusia biasa seperti kita, lebih lagilah mahu dirosakkannya.
Lalu, kalau kita memilih untuk terus berhenti dan memilih jalan maksiat dan dosa sebagai jawapan kepada mencari kepuasan dalam diri kita, ternyata kita telah terpedaya dengan bisikan hawa nafsu dan Iblis. Kita sendiri telah memberikan ruang untuk dia masuk merosakkan diri kita.
"Iblis berkata: Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pastu aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas antara mereka." [Surah Al-Hijr (15): 39-40]
* * * * * * * *
Agar Kita Tidak Berhenti
Kita pastinya masih ingat tentang kisah Kaab ibn Malik. Ia adalah kisah kecintaan sejati kepada Allah s.w.t., betapa itu adalah bukti bahawa kemanisan iman yang pernah bertapak dalam hatinya, tidak mengizinkannya untuk memilih jalan yang bertentangan dengan Rasul s.a.w. hanya kerana dia seketika disisihkan oleh masyarakat Muslimnya ketika itu.
Kaab ibn Malik adalah seorang prajurit Muslim sejati. Itu tergambar dalam katanya melalui hadith riwayat Muslim ketika menggambarkan dirinya,
"Aku tidak pernah membelakangi (tidak menyertai) Rasulullah s.a.w. dalam mana-mana peperangan sebelum itu kecuali Perang Tabuk, melainkan aku juga tidak ikut dalam Perang Badar, tetapi tidak dicela sesiapa pun yang tidak ikut sekali ketika itu."
Itu adalah gambaran tentang dirinya. Seorang yang sentiasa komited dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.
Ketika semboyan Perang Khandak berbunyi, dia bukan orang yang duduk diam, bahkan telah menyiapkan persiapan peperangan, namun barangkali dunia telah melalaikannya buat seketika. Tetapi dia tetap dalam keadaan tidak meredhai kesalahannya itu. Itu sangat terpamer ketika dia berkata, "Aku tidaklah merasa lebih kuat atau lebih ringan" ketika dia berpaling dan tidak menyertai peperangan itu bersama Rasul s.a.w.
Nah, sekarang dia diuji dengan ujian terberat, bukan biasa-biasa. Dia dihukum kerana tidak menyertai Tabuk. Ujian apakah yang lebih berat bagi seorang Muslim yang hidup bersama Rasul s.a.w. apabila baginda sendiri berpaling wajah darinya? Bukankah taat kepada Rasul s.a.w. itu adalah taat kepada Allah? Lalu, kalau membuat Rasul tidak redha, bukankah itu juga mengundang bencana untuknya di sisi Allah?
Tidak hanya itu, masyarakat Muslimnya sendiri tidak lagi dibenarkan berbicara dengannya sehingga wahyu turun membersihkan semula dirinya.
Maka ketika itu, dia seakan-akan keseorangan meski hidup di keramaian masyarakat Muslimnya sendiri.
Perhatikan apa yang dilakukan oleh musuh. Inilah saat keemasan bagi syaitan untuk menyuntik jarum kesesatan dalam diri manusia.
Ia mendatangi seorang Muslim yang baik dan taat kepada Allah, kemudian mendatangkan sangkaan-sangkaan buruk supaya dari situ, Muslim itu mula meringan-ringankan dirinya daripada kebaikannya, meninggalkannya sedikit demi sedikit, lalu bergelut dengan maksiat, akhirnya menjauhi Allah s.w.t. dan amal kebaikannya yang dia lakukan selama ini.
Bagi seorang Kaab, ujian itu bermula dengan keinginan dirinya yang cuba dimanipulasi oleh beberapa orang temannya dari Bani Salimah yang mempengaruhinya agar beralasan saja di depan Rasul s.a.w. supaya baginda langsung memaafkannya. Tetapi Kaab tidak dapat menipu perasaannya sendiri, bahawa dia tahu, dia tidak punyai alasan untuk tidak bersama Rasul di dalam Tabuk ketika kelengkapan telah disediakan dan dia pun bukanlah termasuk yang uzur.
Ia tidak berhenti di situ. Syaitan tidak pernah berhenti mengganggu keimanan kita.
Ia bersambung dengan utusan Raja Ghassan yang datang menyerahkan surat kepada Kaab, lalu sekali lagi mempengaruhi Kaab pada ketegangan suasana dirinya yang dipulaukan oleh sahabat-sahabatnya sendiri. Seorang raja bukan calang-calang yang datang memberi tawaran-tawaran besar untuk Kaab bersamanya, dalam erti kata lain, tinggalkan Islam! Diuji sehingga ke garisan kekufuran, apa lagi yang lebih berat daripada itu bagi seorang Muslim?
Namun Kaab tahu bahawa dia sedang berada di garisan fitnah yang sangat besar. "Ah, ini pun bencana yang sangat besar!" lalu dibakarnya surat Raja Ghassan itu. Kaab memilih untuk tetap terus berjalan meski suasana belum memihak kepadanya ketika itu. Dia tidak memilih berhenti. Sehinggalah akhirnya, berita pembersihan dirinya turun, maka ketika itu terzahir akan kebersamaan masyarakat Muslim bersama dirinya. Bahawa mereka bukan sengaja menyisihkan Kaab melainkan kerana mendahulukan perintah Allah juga.
Demikian Allah menyatukan hati-hati yang ikhlas di jalanNya. Bergembira atas kegembiraan sahabatanya, bersedih apabila sahabatnya teruji bepaling dari jalan Allah.
Istighfar Kita Perlu kepada Istighfar
Di titik kita merasa lemah dalam ibadah, merasa ibadah tidak lagi memberi kekuatan, merasakan jiwa kita kosong, tidak terkesan dengan zikir dan istighfar kita, tetaplah berusaha menjaga yang fardhu, cuba istiqamah dengan yang sunat dan nikmati bidang kebaikan yang lain.
Memang, jiwa manusia cepat terasa bosan dengan perkara yang sama. Sebab itu, pelbagaikanlah ruang dan bentuk kebaikan. Kepelbagaian menyebabkan kita menikmati kebaikan dan kebajikan di jalan Allah s.w.t. dari banyak sudut dan bentuk. Itu ialah hiburan buat jiwa kita ketika berada di jalan kebaikan.
Kalau dibaca Al-Quran, jangan terus-terus saja dibaca. Cuba pula membuka tafsirnya. Kemudian kalau sudah bosan, cuba pula mendengar syarahan tafsirnya di Youtube. Kalau itu pun bosan, maka cuba pula berbincang tentang tafsir dengan para guru atau rakan-rakan.
Jangan biarkan diri kita beku dalam kebosanan beribadah, kerana bimbang ibadah tak lagi mencapai tujuannya membersihkan diri kita dan mendekatkan kita kepada Allah. Apabila ibadah semisal zikir, solat atau istighfar tidak lagi mengesani jiwa kita, maka jiwa kita pun mula merasa kering dan tidak lagi tersentuh dengan jauhnya kita dari Allah s.w.t.
Ketika itu, saya teringat pesan guru saya Syeikh Mustofa As-Syaibani, "Istighfar kita pun perlu kepada istighfar!"
Dalam erti lain, ibadah istighfar kita pun perlukan penyucian kerana telah tercemar oleh kerutinan yang tidak memberi erti kepada jiwa kita.
Penutup: Menikmati Indahnya Berhubung dengan Allah
Apakah yang lebih indah bagi seorang pencinta Allah s.w.t. selain ingin terus bersamaNya, hidup bersamaNya, merinduiNya dan ingin sekali bertemu denganNya?
Demikianlah para pencinta. Kata As-Syafie dalam syairnya, "Seorang pencinta itu kepada yang dicintainya merupakan seorang yang taat."
Bagi seorang pencinta, berjauhan dengan Allah s.w.t. adalah satu kesakitan dan penderitaan bagi dirinya. Kalau sekali berjauhan, sudah cukup membuatkan dirinya keresahan, apatah lagi kalau lama berjauhan, bahkan pula hidup bertentangan langsung dengan apa yang dikehendakiNya.
Ketika kita rasa jiwa kita tak tersentuh dengan apa yang kita baca, zikir, istighfar atau lakukan, itu bukanlah kerana Allah meninggalkan kita, tetapi kerana kita sendiri yang telah meletakkan barrier antara diri kita dengan Allah.
Barrier itu boleh jadi adalah dosa kita sendiri, boleh jadi adalah kelalaian kita, boleh jadi cara kita yang tidak betul. Sentiasalah Allah itu mahu hambaNya dekat denganNya, tetapi kitalah yang seringkali membiarkan diri kita hanyut jauh dariNya. Maka bagaimana mungkin jiwa kita semakin terkesan dengan kebaikan dan ibadah kita?
Lalu menghilangkan barrier itulah jawapannya, bukan menghilangkan Allah dari hidup kita!
Namun Kaab tahu bahawa dia sedang berada di garisan fitnah yang sangat besar. "Ah, ini pun bencana yang sangat besar!" lalu dibakarnya surat Raja Ghassan itu. Kaab memilih untuk tetap terus berjalan meski suasana belum memihak kepadanya ketika itu. Dia tidak memilih berhenti. Sehinggalah akhirnya, berita pembersihan dirinya turun, maka ketika itu terzahir akan kebersamaan masyarakat Muslim bersama dirinya. Bahawa mereka bukan sengaja menyisihkan Kaab melainkan kerana mendahulukan perintah Allah juga.
Demikian Allah menyatukan hati-hati yang ikhlas di jalanNya. Bergembira atas kegembiraan sahabatanya, bersedih apabila sahabatnya teruji bepaling dari jalan Allah.
* * * * * * * *
Istighfar Kita Perlu kepada Istighfar
Di titik kita merasa lemah dalam ibadah, merasa ibadah tidak lagi memberi kekuatan, merasakan jiwa kita kosong, tidak terkesan dengan zikir dan istighfar kita, tetaplah berusaha menjaga yang fardhu, cuba istiqamah dengan yang sunat dan nikmati bidang kebaikan yang lain.
[Rujuk 29: 45] |
Kalau dibaca Al-Quran, jangan terus-terus saja dibaca. Cuba pula membuka tafsirnya. Kemudian kalau sudah bosan, cuba pula mendengar syarahan tafsirnya di Youtube. Kalau itu pun bosan, maka cuba pula berbincang tentang tafsir dengan para guru atau rakan-rakan.
Jangan biarkan diri kita beku dalam kebosanan beribadah, kerana bimbang ibadah tak lagi mencapai tujuannya membersihkan diri kita dan mendekatkan kita kepada Allah. Apabila ibadah semisal zikir, solat atau istighfar tidak lagi mengesani jiwa kita, maka jiwa kita pun mula merasa kering dan tidak lagi tersentuh dengan jauhnya kita dari Allah s.w.t.
Ketika itu, saya teringat pesan guru saya Syeikh Mustofa As-Syaibani, "Istighfar kita pun perlu kepada istighfar!"
Dalam erti lain, ibadah istighfar kita pun perlukan penyucian kerana telah tercemar oleh kerutinan yang tidak memberi erti kepada jiwa kita.
* * * * * * * *
Penutup: Menikmati Indahnya Berhubung dengan Allah
Apakah yang lebih indah bagi seorang pencinta Allah s.w.t. selain ingin terus bersamaNya, hidup bersamaNya, merinduiNya dan ingin sekali bertemu denganNya?
Demikianlah para pencinta. Kata As-Syafie dalam syairnya, "Seorang pencinta itu kepada yang dicintainya merupakan seorang yang taat."
Bagi seorang pencinta, berjauhan dengan Allah s.w.t. adalah satu kesakitan dan penderitaan bagi dirinya. Kalau sekali berjauhan, sudah cukup membuatkan dirinya keresahan, apatah lagi kalau lama berjauhan, bahkan pula hidup bertentangan langsung dengan apa yang dikehendakiNya.
Ketika kita rasa jiwa kita tak tersentuh dengan apa yang kita baca, zikir, istighfar atau lakukan, itu bukanlah kerana Allah meninggalkan kita, tetapi kerana kita sendiri yang telah meletakkan barrier antara diri kita dengan Allah.
Barrier itu boleh jadi adalah dosa kita sendiri, boleh jadi adalah kelalaian kita, boleh jadi cara kita yang tidak betul. Sentiasalah Allah itu mahu hambaNya dekat denganNya, tetapi kitalah yang seringkali membiarkan diri kita hanyut jauh dariNya. Maka bagaimana mungkin jiwa kita semakin terkesan dengan kebaikan dan ibadah kita?
Lalu menghilangkan barrier itulah jawapannya, bukan menghilangkan Allah dari hidup kita!
* * * * * * * *
Perkongsian dari seorang ikhwah yang sangat dikasihi
Semoga bermanfaat dan semoga Allah merahmati dan memberkatinya
No comments:
Post a Comment