Ya, saya pun seorang pelajar.
Namun tidak, hidup saya bukan UNTUK sekadar belajar.
Ikhwah fillah,
Qalbu manusia adalah sesuatu yang senantiasa berbolak-balik. Atas sebab itulah kita diajar untuk mengamalkan doa, "Wahai (Tuhan) yang membolak-balikkan qalbu, teguhkanlah qalbu kami di atas jalan agama-Mu." Sebagai dai'e yang juga merupakan seorang manusia, kita tidak dapat menafikan hakikat bahawa kadangkala qalbu kita pun berbolak-balik. Kita pun manusia, dan adakalanya iman kita tak sekuat yang diharapkan. Sedangkan peter parker pun berkata, "punch me and i'll bleed," apatah lagi kita yang tak se-superpower mana pun.
Qalbu manusia adalah sesuatu yang senantiasa berbolak-balik. Atas sebab itulah kita diajar untuk mengamalkan doa, "Wahai (Tuhan) yang membolak-balikkan qalbu, teguhkanlah qalbu kami di atas jalan agama-Mu." Sebagai dai'e yang juga merupakan seorang manusia, kita tidak dapat menafikan hakikat bahawa kadangkala qalbu kita pun berbolak-balik. Kita pun manusia, dan adakalanya iman kita tak sekuat yang diharapkan. Sedangkan peter parker pun berkata, "punch me and i'll bleed," apatah lagi kita yang tak se-superpower mana pun.
Tapi akhi, kelemahan itu tidak dapat dijadikan alasan untuk peter parker memansuhkan ungkapan 'with great power, comes great responsibility.' Usahlah kita terus dan terus berlama-lama bergelumang dalam kelemahan. Kerana kelemahan iman itulah lambang kehinaan, dan sudah semestinya kita tidak mahu bergelumang dalam kehinaan bukan?
"Dan janganlah kamu (bersikap) lemah dan jangan (pula) bersedih hati, kerana kamulah yang paling tinggi (darjatnya), JIKA KAMU BERIMAN." (Ali Imran: 139)
Dan sekiranya kita tetap enggan membangkitkan diri, maka terus jatuhlah kita dalam lembah kehinaan, hatta lebih hina daripada binatang sekalipun.
"Dan sesungguhnya, akan Kami isi neraka jahannam banyak daripada kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka memiliki mata (tapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka memiliki telinga (tapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah." (Al-A'raf: 179)
Maka ayuh, kita ubah hidup kita agar tidak menyerupai binatang. Binatang yang hidupnya semata-mata untuk hidup. Nah, sebab itulah saya katakan bahawa hidup saya BUKANlah untuk belajar, agar saya tidak termasuk dalam kitaran 'hidup untuk hidup' yang bodoh. Hidup untuk belajar. Belajar untuk kerja. Kerja untuk gaji. Gaji untuk duit. Duit untuk makan. Dan akhirnya, makan untuk hidup. Maka jadilah ia makhluk yang hidup untuk hidup. Seolah-olah binatang yang tiada agenda di dunia ini. Bahkan lebih teruk lagi, bagaikan manusia yang bersaksikan kalimah 'LA ILAAHA ILLA HAYAATI!' (Tiada tuhan melainkan HIDUPKU!)
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Tidak mengenal tugas sebenar adalah punca kita melakukan perkara-perkara yang tidak penting dan sia-sia. Maka sudah jelas bukan? Adalah wajib untuk kita mengenal tugas kita yang sebenar. Bagaikan dalam memanah, anak panah kita akan tersasar jauh sekiranya kita tidak menyasarkankannya ke sasaran yang sebenar.
"Dan tidak Aku ciptakan jin serta manusia kecuali untuk menyembah-Ku." (Az-Dzariyat: 56)
"Katakanlah 'sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam.' " (Al-An'am: 162)
Dan yang sering kita lupakan,
"Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan (manusia) khalifah di muka bumi..." (Al-Baqarah: 30)
Meski kita seorang student, hakikatnya hidup kita adalah untuk Allah s.w.t. Namun bukanlah bermaksud kita perlu melupakan total akan pelajaran, tetapi 'belajar' itulah sepatutnya menjadi wasilah yang membantu kita ke arah tujuan sebenar penciptaan kita. Jika kita terus memberikan alasan 'sibuk belajar' (ceh macam la orang lain tak sibuk?) untuk terus berlengah-lengah dalam tarbiyah dan dakwah, maka jadilah kita benar-benar seperti orang yang lengah. (Al-A'raf: 179) Ayuh, jadilah hamba Allah yang mempunyai agenda. (Menjadi manusia yang ada agenda.)
".إن لم تزد شيئا على الدنيا فأنت زائد عليهـا "
"Sekiranya engkau tidak menambah sesuatu pada dunia, maka engkau adalah lebihannya."
Maka ayuh muhasabah diri kita, apakah benar selama ini kita hidup untuk Allah, ataupun sebenarnya kita hidup untuk hidup? Kerana jika kita sekadar hidup untuk hidup, maka logiklah kita terasa dengan kata-kata HAMKA,
"Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera di hutan juga bekerja."