Waktu-waktu mustajab (mudah diterima) doa :
1) Satu pertiga malam iaitu lebih kurang jam 3.00 pagi sehingga
sebelum waktu Subuh.
Nabi S.A.W bersabda : Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke
langit yang pertama,
(iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda
kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara
hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon
keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau
solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah
S.W.T. (Riwayat Imam
Muslim)
2) Sewaktu hujan turun. Ketika ini, pintu rezeki dari langit
sedang terbuka luas..
3)
Waktu antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat.
4)
Tempoh masa dari selepas azan hingga iqamat, dan juga selepas iqamat.
5) Ketika sujud semasa solat.
Nabi Muhammad S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita
andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud
mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga,
atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan
masa berdoa kepada Allah S.W.T. Jika doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini
adalah di dalam bahasa selain bahasa
Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata
para ulama' fekah termasuk
As-Syafi'e rahimahullah.
6) Waktu dhuha.
7) Waktu sahur dan waktu hampir berbuka puasa.
8) Ketika berpuasa wajib atau sunat.
9) Semasa dalam penderitaan atau kesusahan.
10) Selepas membaca Al-Quran.
11) Semasa meminum air zamzam.
12) Selepas solat fardu iaitu selepas
melaksanakan solat wajib lima
waktu termasuk selepas solat Jumaat.
Firman
Allah yang bermaksud :
"Dan
Tuhan kamu berfirman : Berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenankan doamu.
Sesungguhnya orang-orang yang takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku
akan masuk ke dalam neraka jahanam dalam keadaan yang hina"
(Surah
Al-Ghafir 40 : 60)
No comments:
Post a Comment