Kala ini, agama itu dicela sehina-hinanya. Umat kita bagaikan lilin yang diancam oleh ribut di luar rumah. Anginnya yang kuat bisa memadamkan nyalaan lilin bila-bila masa saja. Apatah lagi sekiranya saluran-saluran yang sepatutnya ditutup semakin lama semakin terbuka.
"Dan peliharalah dirimu daripada fitnah (azab & bala) yang tidak menimpa kepada orang zalim dalam kalangan kamu sahaja, Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksanya." (Surah Al-Anfal 8: 25)
Memang ramai antara kita yang tidak terasa. Jika terasa pun, kebanyakannya hanya mampu mencela namun tidak sanggup menanggung berat beban pikulan tanggungjawab. Tanggungjawab menjadi superhero penyelamat ummah daripada belenggu kenistaan. Hakikatnya, kita makin rendah martabatnya. Bumi Palestin tetap saja bermandi darah. Maruah adik-beradik saudari-saudari kita bagaikan murahan dicemari oleh anjing-anjing syaitan. Bahkan nasib ummah di Tanah Melayu tercinta ini pun bagai telur di hujung tanduk. Di manakah kita?
Kita marah tatkala Geert Wilders menerbitkan Fitna, kita berang apabila Salman Rushdi menulisThe Satanic Verses, kita geram ketika Azlina Jailani mahu puin Fatimah Tan memohon murtad, dan kita bengang apabila Suffiah tewas di kancah pelacuran. Ya, semuanya memaparkan betapa rendahnya martabat umat. Kita juga sedar betapa perubahan itu perlu.
"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan mereka sendiri..." (Surah Ar-Ra’d 13: 11)Maka tercetuslah pelbagai pendapat, terdengarlah variasi celaan. Masing-masing menyalahkan pihak yang lain tanpa refleksi diri sendiri. Ya, itulah kita. Segala apa kesalahan yang berlaku sudah semestinya akibat perbuatan orang lain, tidak pernah oleh kita.
Suatu survey yang dilaksanakan oleh Majalah i telah mencatatkan lebih kurang 60% muallaf kembali murtad. Maka, kita pun mula menyalahkan pihak jabatan agama, keluarga baru, mahu pun sesiapa saja yang mampu kita persalahkan.
"Dan katakanlah: Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap." (Surah al-Isra’ 17: 81)Memang benar! Truth will always and truly win! Itulah janji Tuhan! Namun, adakah zaman ini Tuhan berbohong? Segala macam kebejatan sosial sedang berlaku di hadapan mata kita, namun keadilan seakan-akan tidak wujud.
Maka berbohongkah Tuhan? Dustakah janji-janjiNya? Kalam-Nya menipu?
Moga kita sama-sama bermuhasabah. Ayat daripada surah ar-Ra’d tadi jelas menggambarkan betapa usaha itu perlu. Sebelum kemenangan dalam ayat pada surah al-Isra’ tadi bisa dicapai, tiga ayat sebelumnya jelas menggambarkan betapa kemenangan itu WAJIB didahului dengan ibadah, doa, dan usaha. Tanpa ketiga-tiganya, maka kita akan tetap menjadi merak yang cuba untuk terbang, bagaikan gagak yang kempunan menjadi putih.
"Laksanakanlah solat sejak matahari tergelincir sampai gelapnya malam dan subuh. Sungguh,solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).
Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud (sebagai) tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.
Dan katakanlah: ya Tuhanku, masukkan aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan aku ke tempat keluar yang benar, dan berikanlah kepadaku daripada sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolongku." (Al-Isra' 17: 78-80)Pernahkah anda menonton filem I Am Legend? Antara hikmah yang boleh dipetik daripada filem tersebut ialah kata-kata, "Orang-orang jahat di seluruh dunia tidak pernah rehat dalam menjalankan komplot jahat mereka. Jadi mana mungkin aku bisa berehat."
Nah, di manakah kita? Selaku Muslim yang dahulunya pernah menguasai 2/3 dunia, selayaknya kita berasa malu yang amat.
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam dengan menyeluruh. Dan janganlah kamu menurut jejak langkah dan program-program Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Surah Al-Baqarah 2: 208)Ayuh, hentikan hibernasi!
No comments:
Post a Comment