Orang-orang yg beriman itu beruntung kerana tidak menganggap peperiksaan itu sebagai ujian akademik semata-mata, malah juga sebagai ujian & peluang untuk meningkatkan keimanan.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji?" (Surah Al-Ankabut [29]: 2)
Sahabat sekalian,
Allah mendatangkan ujian sebagai petanda bahawa Dia ambil berat tentang hambaNya. Ujian yang datang adalah salah satu cara Allah mengingatkan kita, bahawa hakikatnya kita lemah. Dan berserta dengan kelemahan yang serba-serbi itu, Allah mahu kita berdoa, menyeru namaNya dengan penuh rasa kehinaan.
"Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka memenuhi (perintah)Ku & beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." (Surah Al-Baqarah [2]: 186)
And who are we to say that kita tak layak atau tak mampu untuk melalui ujianNya, sedangkan Allah dalam manuskrip cintaNya telah menyatakan yang sebaliknya?
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat (pahala) daripada (kebajikan) yang dikerjakannya, dan ia mendapat (seksa) daripada (kejahatan) yang diperbuatnya..." (Surah Al-Baqarah [2]: 286)
Nah, bahkan Allah memberitahu bahawa Dia menilai daripada USAHA kita!
Never give up, dear friends! Because if we give up, we are not only giving up on ourselves, but also on Allah. Sedangkan Allah melalui rasulnya telah mengingatkan:
"Janganlah kau berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah kecuali orang-orang yang kufur." (Surah Yusuf [12]: 87)
Bak kata Captain Nesmith dalam filem Galaxy Quest |
Tajdid niat kita belajar lillahi ta'ala, kemudian gandakan doa & usaha! Mohonlah bantuan daripada yang Maha Berkuasa & Maha Pemberi Rezeki. Kemudian setelah berusaha bersungguh-sungguh, usah lupa untuk bertawakkal kepadaNya.
Insya-Allah, kejayaan itu hampir! :)
No comments:
Post a Comment