Sunday, 31 May 2015

Cinta Dambaan Syurga ~





Your heart is a vessel. If it’s not filled with the love of Allah, it will be filled with the love of something else.
-Sh. Kamal El-Mekki-

CINTA DAMBAAN SYURGA
        Apabila menyebut tentang cinta, ramai yang tersenyum sendiri. Mungkin sudah berpengalaman dalam bercinta. Bagi pemuda-pemudi sekarang, cinta adalah percintaan antara lelaki dan wanita atau lebih dikenali sebagai “couple”. Ramai di kalangan remaja sekarang salah faham tentang cinta.

        Cinta abadi ataupun cinta dambaan syurga adalah cinta Allah swt kepada hambaNYA. Allah swt amat mencintai hambaNYA. Namun, apakah kita sedar tentang kebesaran cinta Allah kepada kita? Apa bukti Allah cintakan kita? Sheikh Kamal El-Mekki membuat perumpamaan mengenai cinta Allah. Sekiranya ada seorang usahawan yang kaya raya bagi kita sebuah rumah banglo, makanan percuma, rumah percuma, semua percuma. Tapi kita melakukan perkara buruk terhadap beliau. Kita tipu duit beliau, kita cuba rosakkan perniagaan beliau. Namun, beliau tetap maafkan kita dan benarkan kita tinggal di rumah banglo tersebut walaupun kita buat sedemikian berulang kali. Bagi kita, beliau seorang yang amat baik kerana masih maafkan kita. Namun, kesabaran manusia ada batasnya. Kalau kita tetap lakukan sedemikian, beliau mungkin akan halau kita keluar dari rumah tersebut.Kerana beliau cuma manusia biasa yang mempunyai had kesabaran. Tetapi, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang tidak akan bertindak sedemikian.

            Walaupun kita melakukan perkara buruk, Allah tak pernah buang kita dari bumiNya ini. Tidak kira lah betapa banyak dosa kita, Allah tetap berikan kita peluang untuk bertaubat. Walaupun kita bertaubat dan ulang balik kesalahan kita, dan kemudian kita bertaubat lagi, dan perkara ini berulang sehingga kita meninggalkan dunia ini. Allah sentiasa mengampunkan kita. Itulah salah satu sifat Allah swt, Maha Pengampun.

Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
( An Nisa’: 110)

            Sh. Kamal El-Mekki juga ada mengatakan “Your heart is a vessel. If it’s not filled with the love of Allah, it will be filled with the love of something else”. Perkara ini umpama sebotol air yang penuh diisi dengan air. Sekiranya air dituang keluar, udara yang akan mengisi botol tersebut. Begitulah juga dengan hati kita, sekiranya kita mengisi hati kita dengan cinta tehadap Allah, in shaa Allah perkara-perkara yang melaghakan akan disingkirkan dari hati kita. Contohnya, cinta kepada duniawi akan disingkir. Namun, bagaimana kita nak isi kita dengan cinta terhadap ALLAH?


CINTA ADALAH SEBUAH PENGORBANAN

            Kalau kita bercinta dengan manusia, kita akan lakukan apa sahaja yang pasangan kita nak. Contohnya lelaki yang merokok sanggup berhenti demi pasangannya.Ini yang kita namakan sebagai pengorbanan. Cinta adalah pengorbanan. Pengorbanan untuk menggembirakan hati pasangan kita. Tetapi, adakah kita sanggup berkorban kerana Allah? Allah yang telah menciptakan kita, kurniakan kita rezeki dan jagakan kita. Kenapa begitu susah sekali untuk kita berkorban kerana Allah? Sedangkan kita sanggup berkorban demi mendapatkan cinta manusia yang tidak kekal.

            Nak berubah ke arah kebaikan memang susah. Kita perlukan kekuatan dan azam untuk berubah. Sebagaimana yang diungkap oleh Sh. Kamal ,“if you really love Allah, you are willing to give up (bad) things for the sake of Allah. It gives you the ability to go against your desire.” Jadi, kekuatan yang kita perlukan adalah daripada Allah. Allah adalah sumber kekuatan kita. Sekiranya kita ingin lakukan sesuatu demi Allah, Allah akan permudahkan urusan kita. In shaa Allah.

        Oleh itu, mulai sekarang, tetapkan hati kita untuk berubah kerana Allah. Sentiasa tajdid niat tak kira apa jua perbuatan kita. Semoga kita berjaya mendapatkan cinta dambaan syurga.

By ; Farah Huda

Medical Radiation 1

USM, April 2015

-ISLAM ITU MUDAH & FITRAH –
*Daripada artikel asal Kelas Peradaban Nabawi USMKK, Edisi 3 2014/2015


No comments:

Post a Comment