Saturday, 9 May 2015

# LH 7 : Takut dan Harap

By ; Atiqah Arshad


Yakin dengan segenap hati dan jiwa. Kelemahan kita, bukan terletak kepada kurangnya berdoa. Tetapi kerana kurangnya keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa kita. Mungkin kita akan terfikir, "Kurang keyakinan? Apa yang dimaksudkan? Aku tiap-tiap kali lepas solat, sebelum exam, aku doa je. Doa nak masuk tandas pun aku x pernah miss.."

Sabar..Sabar dulu..

Cuba kita refleksi semula, keadaan kita tiap-tiap kali berdoa. Bagaimanakah keadaannya? Adakah kita faham apa yang dibacakan? Atau sekadar diamin-aminkan dan berharap segalanya baik-baik sahaja.
Khauf (takut) dan raja' (harap), adalah manifestasi hamba yang benar-benar menikmati ibadahnya. Ibadah dan doanya akan menjadi penuh tertib, tidak gopoh dan terburu-buru. Ia takut bahawa doanya tidak dimakbulkan Allah..Takut ia akan azab siksanya.. Takut akan kemurkaan Allah..

Tetapi dalam masa yang sama, ia tetap mengharap deng sepenuh harapan akan rahmat dan belas kasihan Allah swt. Ia meyakini bahawa rahmatnya meliputi dan melebihi kemurkaannya. Ia meyakini bahawa Allah mendengar doa-doa hambanya, melebihi seorang ibu melayani pemintaan anak kesayangannya..


Dari Anas bin Mâlik Radhiyallahu anhu ia berkata, “Aku mendengar Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Allâh Azza wa Jalla berfirman, ‘Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdo’a dan berharap hanya kepada-Ku, niscaya Aku mengampuni dosa-dosa yang telah engkau lakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Seandainya dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau minta ampunan kepada-Ku, niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, niscaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi.”
 [HR. at-Tirmidzi]

Ia juga meyakini dengan segenap jiwa raga bahawa Allah akan memakbulkan segala doanya, samada segera, dilewatkan, atau digantikan dengan suatu yang jauh lebih baik samada di dunia ini, mahupun di akhirat kelak..

“Dan Rabbmu berfirman, ‘Berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu...’” 
[Quran 40:60]

Dengan keyakinan bahawa segala yang telah ditetapkan atasnya adalah baik-baik belaka..

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 
[Quran 2:216] 

Maka berdoalah..
dengan penuh keyakinan..
dengan penuh harapan..
Allah tidak pernah peduli akan dosa-dosa yang telah kita lakukan..

Selama mana kita memilih untuk kembali kepadanya. 
Allah tetap memandang kita dengan pandangan rahmatnya
Sungguh, pilihan itu terletak pada diri kita..


"O you who have believed, seek help through patience and prayer. Indeed, Allah is with the patient."
[2:153]
  


No comments:

Post a Comment