Sunday, 30 December 2012

Hentikan Hibernasi

Mengungkap kata-kata bapa kemerdekaan India iaitu Mahatma Gandhi, "Sekiranya kamu menginginkan perubahan, kamu hendaklah menjadi sebahagian daripada perubahan itu." Maka jelaslah, betapa perubahan itu memerlukan azam, keinginan, serta komitmen yang tinggi demi mencapai matlamat. Namun realitinya, adakah kita benar-benar sedang mengimplementasikan usaha ke arah itu? Keadaan umat yang semakin parah, gelisah dan kronik menggambarkan yang sebaliknya.

Kala ini, agama itu dicela sehina-hinanya. Umat kita bagaikan lilin yang diancam oleh ribut di luar rumah. Anginnya yang kuat bisa memadamkan nyalaan lilin bila-bila masa saja. Apatah lagi sekiranya saluran-saluran yang sepatutnya ditutup semakin lama semakin terbuka.
"Dan peliharalah dirimu daripada fitnah (azab & bala) yang tidak menimpa kepada orang zalim dalam kalangan kamu sahaja, Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksanya." (Surah Al-Anfal 8: 25)

Memang ramai antara kita yang tidak terasa. Jika terasa pun, kebanyakannya hanya mampu mencela namun tidak sanggup menanggung berat beban pikulan tanggungjawab. Tanggungjawab menjadi superhero penyelamat ummah daripada belenggu kenistaan. Hakikatnya, kita makin rendah martabatnya. Bumi Palestin tetap saja bermandi darah. Maruah adik-beradik saudari-saudari kita bagaikan murahan dicemari oleh anjing-anjing syaitan. Bahkan nasib ummah di Tanah Melayu tercinta ini pun bagai telur di hujung tanduk. Di manakah kita?

Kita marah tatkala Geert Wilders menerbitkan Fitna, kita berang apabila Salman Rushdi menulisThe Satanic Verses, kita geram ketika Azlina Jailani mahu puin Fatimah Tan memohon murtad, dan kita bengang apabila Suffiah tewas di kancah pelacuran. Ya, semuanya memaparkan betapa rendahnya martabat umat. Kita juga sedar betapa perubahan itu perlu.
"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan mereka sendiri..." (Surah Ar-Ra’d 13: 11)
Maka tercetuslah pelbagai pendapat, terdengarlah variasi celaan. Masing-masing menyalahkan pihak yang lain tanpa refleksi diri sendiri. Ya, itulah kita. Segala apa kesalahan yang berlaku sudah semestinya akibat perbuatan orang lain, tidak pernah oleh kita.

Suatu survey yang dilaksanakan oleh Majalah i telah mencatatkan lebih kurang 60% muallaf kembali murtad. Maka, kita pun mula menyalahkan pihak jabatan agama, keluarga baru, mahu pun sesiapa saja yang mampu kita persalahkan.
"Dan katakanlah: Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap." (Surah al-Isra’ 17: 81)
Memang benar! Truth will always and truly win! Itulah janji Tuhan! Namun, adakah zaman ini Tuhan berbohong? Segala macam kebejatan sosial sedang berlaku di hadapan mata kita, namun keadilan seakan-akan tidak wujud.

Maka berbohongkah Tuhan? Dustakah janji-janjiNya? Kalam-Nya menipu?

Moga kita sama-sama bermuhasabah. Ayat daripada surah ar-Ra’d tadi jelas menggambarkan betapa usaha itu perlu. Sebelum kemenangan dalam ayat pada surah al-Isra’ tadi bisa dicapai, tiga ayat sebelumnya jelas menggambarkan betapa kemenangan itu WAJIB didahului dengan ibadah, doa, dan usaha. Tanpa ketiga-tiganya, maka kita akan tetap menjadi merak yang cuba untuk terbang, bagaikan gagak yang kempunan menjadi putih.
"Laksanakanlah solat sejak matahari tergelincir sampai gelapnya malam dan subuh. Sungguh,solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat). 
Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud (sebagai) tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji. 
Dan katakanlah: ya Tuhanku, masukkan aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan aku ke tempat keluar yang benar, dan berikanlah kepadaku daripada sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolongku." (Al-Isra' 17: 78-80)
Pernahkah anda menonton filem I Am Legend? Antara hikmah yang boleh dipetik daripada filem tersebut ialah kata-kata, "Orang-orang jahat di seluruh dunia tidak pernah rehat dalam menjalankan komplot jahat mereka. Jadi mana mungkin aku bisa berehat."

Nah, di manakah kita? Selaku Muslim yang dahulunya pernah menguasai 2/3 dunia, selayaknya kita berasa malu yang amat.
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam dengan menyeluruh. Dan janganlah kamu menurut jejak langkah dan program-program Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Surah Al-Baqarah 2: 208)
Ayuh, hentikan hibernasi!

Thursday, 20 December 2012

Doa Senjata Mu'min



Waktu-waktu mustajab (mudah diterima) doa :


1) Satu pertiga malam iaitu lebih kurang jam 3.00 pagi sehingga sebelum waktu Subuh.

Nabi S.A.W bersabda : Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama,
(iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.                                                                      (Riwayat Imam Muslim)

2) Sewaktu hujan turun. Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas..


3) Waktu antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat.


4) Tempoh masa dari selepas azan hingga iqamat, dan juga selepas iqamat.


5) Ketika sujud semasa solat.

Nabi Muhammad S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Jika doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama' fekah termasuk
As-Syafi'e rahimahullah.

6) Waktu dhuha.


7) Waktu sahur dan waktu hampir berbuka puasa.


8) Ketika berpuasa wajib atau sunat.


9) Semasa dalam penderitaan atau kesusahan.


10) Selepas membaca Al-Quran.


11) Semasa meminum air zamzam.


12) Selepas solat fardu iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu termasuk selepas solat Jumaat.

sila klik untuk tumbesaran ;)

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


Firman Allah yang bermaksud : 
"Dan Tuhan kamu berfirman : Berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenankan doamu. Sesungguhnya orang-orang yang takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku akan masuk ke dalam neraka jahanam dalam keadaan yang hina"
(Surah Al-Ghafir 40 : 60)
              




Hargai Dirimu ! :)


Sebelum memulakan seminar, Prof. Ibrahim mengeluarkan duit RM 100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya. “Siapa nak duit ni?” tanya Prof. Ibrahim. Semua peserta mengangkat tangan. “Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu.”

 Prof. Ibrahim meramas-ramas duit itu sehingga renyuk. Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya, “Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?” Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan. Prof. Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir. “Ok, apa kata kalau saya buat macam ni?” Duit RM100 itu dicampakkan dan di pijak-pijak dengan kasutnya. Prof. Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor. “Sekarang siapa nak duit ni?” tanya Prof. Ibrahim. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan.

 “Ha! apa yang boleh kita kutip daripada persitiwa itu tadi?” tanya Prof. Ibrahim. Pesertanya hanya diam dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof. Ibrahim. “Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun direnyuk dan dipijak dengan kasut. RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak.” kata Prof.Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof. Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur ataupun dihina hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung. “Tapi, walau apa pun yang telah terjadi ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi.” “Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?” jelas Prof. Ibrahim.

Dan janganlah kamu berasa lemah dan berdukacita, sesungguhnya kamu adalah yang paling tinggi darjatnya jika kamu (benar-benar) orang yang beriman. 
(Al-Imran 3:139)


Saturday, 1 December 2012

IN THE NAME OF GOD, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL


IN THE NAME OF GOD, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL

Hello everyone :) welcome to this new blog. Our intention on creating this are:

1) To share our stories and experience that could inspired and motivate others
2) To impart knowledge about everything (medicine etc.)
3) To discuss and give opinions about everything (current issue etc.)
4) To tell jokes, sharing humour, poems, speech and etc., so can unleashed ur talent
5) Above ALL, to strengthen our bond as a one batch USM MD & DDS members!
"O people! We created you from a male and a female, and made you races and tribes, that you may know one another. The best among you in the sight of God is the most righteous. God is All-Knowing, Well-Experienced." (AQ Al-Hujurat [49] : 13)
So, hopefully u all don't mind to spend some time visiting our blog, or maybe if u also want to share something, kindly contact the admin via our email: skb.medden@gmail.com

Sharing is caring :) cheers…