Tuesday, 16 April 2013

Keperibadian Muslim

Pernahkah anda mendengar perihal tarbiyyah dan tertanya-tanya tentangnya? Apa itu tarbiyah? Tarbiyah Islamiyah? Bagaimana perlaksanaan tarbiyah? Ada yang mengatakan itu, ini, begitu, beginilah ertinya dan caranya..

Secara ringkasnya, tarbiyah bererti pendidikan. Tarbiyah melibatkan proses pengembangan dan bimbingan yang meliputi jasad, akal, dan jiwa yang dilakukan secara berlanjutan. Tarbiyah Islamiyah pula ialah didikan diri yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah untuk melahirkan individu yang memiliki sifat-sifat peribadi muslim.

10 ciri-ciri peribadi muslim menurut as-Syahid Imam Hassan al-Banna :


1. Salimul aqidah / Aqidah yang sejahtera / Prosperous belief
Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad SAW sebagai nabi.
- Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhah.

- Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan zikir.
2. Sahihul ibadah / Ibadah yang benar / Legitimate worship
- Perlu belajar untuk membetulkan amalan dan mengetahui halal dan haram.

- Bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupan.
3. Matinul khuluq / Akhlak yang mantap / Nobel character
- Mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW iaitu tawadhu', benar dalam perkataan dan perbuatan,
  tegas, menunaikan janji, berani, rajin dan sebagainya.

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."
                                                         (Surah Al-Ahzab, ayat 21)

4. Qawiyyul jism / Kuat tubuh badan / Physically healthy
- Rasulullah SAW menitikberatkan soal ini melalui hadis : 
Pesanan al-Banna : Memeriksa kesihatan diri, beriadah dan tidak mengambil sesuatu yang boleh   merosakkan tubuh badan.
"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan." (HR Muslim)

5. Muthaqqaful fikr / Berpengetahuan luas / Intellect understanding
- Perlu banyak membaca dan berfikir.
- Berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan.
- Bersumberkan kepada Al-Quran dan Sunnah.

· Pesan Imam Hassan al-Banna: Cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
6. Mujahadatun li nafsi / Melawan hawa nafsu /  Controlled temptation
- Berazam untuk melawan kehendak nafsu dan mengikut kehendak Islam.
- Memelihara diri daripada maksiat dan kelalaian.
7. Harisun ala al-waqtu / Menjaga masa / Managing time
- Menjaga kualiti solat
- Berdoa agar diberkati waktu
- Isi waktu dengan ingat Allah

8. Munazzhamun fii syuknihi / Tersusun dalam urusan / Organized works
- Berdisiplin dan menjaga penampilan
- Tidak menangguh masa
- Bijak letak priority kerja

9. Qadirun ala al-kasbi / Mampu berdikari / Independent
- Bersikap ihsan dalam melakukan sesuatu kerja
- Tidak mengamalkan riba 
- Tidak berlebih-lebihan apatah lagi pembaziran
- Tidak mengharapkan orang lain 

10. Naafiun li ghairih / Bermanfaat kepada orang lain / Beneficial for others
- Mahukan kebaikan untuk orang lain
- Penuhi hak orang lain (ibu bapa, sahabat, jiran)
- Membantu orang yang memerlukan
- Bergaul dengan semua lapisan masyarakat




Monday, 15 April 2013

Bangunlah Dari Tidur !


Si A sedang tidur nyenyak di sebuah rumah banglonya. Tiba-tiba kebakaran telah berlaku kerana kebocoran gas. Rakan serumah, si B menyedari akan hal itu dan segera mengejutkan si A untuk keluar dari rumah itu. Namun, si A tidak mengendahkannya kerana masih 'mamai' dalam lenanya.

Si B pula menyedari akan bahaya yang akan menimpa rakan serumahnya, dia berasa bertanggungjawab menyedarkan rakannya supaya tidak terperangkap. Si A bukan saja tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh si B, bahkan memarahi si B kerana mengganggunya untuk tidur!

Begitulah umpamanya. Orang yang sedang melakukan maksiat tidak sedar bahawa bahaya akan menimpa dirinya. Seperti si A tadi. Apabila datang peringatan yang dibawa oleh si B, dia masih buat tak tahu dan akhirnya memarahi pula. Begitulah sikap orang-orang kafir dan munafik pada zaman Rasulullah SAW dahulu:

".....tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)? Mereka menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! Dan mereka berkata: Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli Neraka."
(Surah Al-Mulk, ayat 8-10)

Daripada analogi di atas, kita haruslah mencontohi si B yang tidak pernah berputus asa berdakwah dengan mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. 
Tahukah anda, apakah tujuan kita dicipta??

1. Beribadat kepada Allah SWT (Al-Zariyat : 56)
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".

2. Sebagai khalifah di muka bumi (Al-Baqarah : 30)
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?". Allah berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." 

3. Berdakwah ataupun amar ma'ruf nahi mungkar   
(menyuruh berbuat kebaikan, mencegah kemungkaran)
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik".  (Al-Imran : 110)

Ya, berdakwah adalah salah satu tujuan manusia diciptakan. Semua muslim harus melakukan amar makruf nahi mungkar sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran. Tapi, pernah dengar tak ayat2 sebegini : 
" Eh, tak nakla, aku ni bukan lepasan sekolah agama. Kopiah pun tak pakai."
"Aku tak sedia lagi lah, aku bukan baik sangat pun."
"Aku bukannya ustaz. Suruhla ustaz2 tu buat."
Sebenarnya dakwah ini bukan untuk lepasan sekolah agama, ustaz dan ustazah sahaja tetapi untuk semua umat Islam. Anda Muslim! Anda punyai Islam! Apakah itu tidak cukup sebagai motivasi untuk anda share Islam dengan orang ramai (secara berhikmah)? Jadi, marilah kita sama-sama menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tapi bagaimana??

Rasulullah s.a.w. :
"Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman."                 
(hadith riwayat Muslim)
1. Mencegah dengan tangan 
Mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuannya dan bidang 
kuasa masing-masing

2. Mencegah dengan lisan
Mencegah dengan lidah bermaksud memberi nasihat dan bimbingan yang baik

3. Mencegah dengan hati (selemah-lemah iman)
Mencegah dengan hati bermaksud membenci kemungkaran dan menjauhkannya

p/s : Jom bergerak :)




 


Wednesday, 10 April 2013

# LH 1 : Dare to DREAM!

   
(photo by : Nur Atiqah Arshad)
   

"You got a dream, you gotta protect it. People can't do something themselves, they wanna tell you that you can't do it. You want something? Go get it. Period."


- Christopher Gardner (Will Smith) ; Pursuit of Happyness-

Khas buat sahabat-sahabat kami, pelajar perubatan Tahun 1 dan Tahun 3 yang bakal menghadapi peperiksaan tidak berapa lama lagi. Semoga diberikan kekuatan dan kemudahan atas segala urusan.

Bittaufiq wannajah fil imtihan!!
Wallahu musta'an.




Monday, 8 April 2013

Islam ; Mudah dan Mempermudahkan

Bismillah.

   Alhamdulillah, Allah izin, kita masih lagi berpeluang untuk menjalankan aktiviti seharian kita sebagai hamba, juga sebagai khalifah di bumi Allah swt ini. Semoga ruang dan peluang yang diberikan ini akan sama-sama membantu kita bagi mencapai redha Allah swt, insyaAllah.

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,

Firman Allah swt;

"Pada hari ini, Aku sempurnakan agamamu untuk kamu dan Aku cukupkan nikmatKu kepadamu dan aku redha Islam menjadi agama bagimu"
(surah al-Maidah ; 3)

merupakan satu manifestasi betapa 'Deen' (agama) Islam ini merupakan agama yang lengkap dan mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Daripada perkara-perkara yang dianggap kecil dan remeh seperti buang air, sehinggalah sebesar-besar perkara seperti ibadah, siyasah(politik) dan sebagainya.

 

   Hakikatnya, Islam tidak boleh dilihat terpisah-pisah antara satu sama lain. Hal ini kerana, tiap-tiap sesuatu perkara yang diciptakan Allah swt mempunyai signifikasi terhadap hidup seseorang Muslim, dan mempunyai kaitan dengan Deen ini.

   Sebagai agama yang lengkap dan mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia; daripada tatacara berhubung dan meniaga, hinggalah kepada hubungan antara doktor dan pesakitnya, Islam telah memelihara dan menyelesaikan tiga maslahat (faedah) yang diperlukan oleh manusia secara seluruhnya.

Pertama : Perkara Daruriyyat

   Ia merupakan perkara-perkara asas dalam kehidupan. Dibawahnya, ia terbahagi kepada lima bahagian;

--> Agama
--> Nyawa
--> Aqal
--> Keturunan
--> Harta Benda

Kedua : Perkara Hajjiyat

   Ia merupakan perkara yang diperlukan manusia untuk menghilangkan kesusahan dan kesempitan hidup manusia. Ianya meliputi perkara-perkara samada dalam bidang ibadat, muamalat dan adat.

   Misalnya, dalam hal ibadah, Islam telah memberikan rukhsah (keringanan) tertentu kepada umatnya. Misalnya mengizinkan seseorang untuk berbuka puasa ketika sakit di bulan Ramadhan, keharusan dalam melaksanakan solat wajib secara Jama' dan/atau Qasar, dan sebagainya.

   Dalam konteks yang lain, Islam telah memberikan kebenaran untuk melaksanakan poligami dan penceraian ketika benar-benar perlu, dan dengan syarat-syarat yang tertentu bagi memenuhi tuntutan fitrah hambanya.

   Justeru, Islam telah menyelamatkan dan memudahkan perjalanan hidup manusia dengan memberikan jalan-jalan keluar dan solusi terhadap permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh manusia.
 
             

Ketiga : Perkara Tahsiniyat

   Ianya merupakan satu aspek penyempurnaan yang diperlukan bagi memperelok dan mencantikkan lagi kehidupan, serta untuk memelihara maruah dan akhlak manusia dalam semua aspek.

   Dalam bidang perniagaan, Islam mengharamkan sebarang bentuk penindasan dan kesmaran dalam peniagaan. Dalam ibadah, Islam menggalakkan umatnya untuk memakai wangi-wangian sebelum melaksanakan ibadah, dan mewajibkan untuk berwudhu' sebelum solat dan sentiasa memelihara aurat kehormatannya.

---------------------------------------------------------------------------------------------

   
 
   Justeru, Islam merupakan satu agama yang mencakupi seluruh kehidupan manusia. Deen ini berteraskan 6 prinsip, Rukun-rukun Iman, iaitu;

-Percaya kepada Tuhan
-Percaya kepada para malaikat
-Percaya kepada kitab-kitab
-Percaya kepada para Rasul
-Percaya kepada Hari Akhirat
-Percaya kepada Qadha' dan Qadar

Dan hal ini akan tercapai melalui 5 Rukun-rukun Islam, iaitu;

-Mengucapkan dua kalimah syahadah (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Muhammad pesuruh Allah)
-Solat lima waktu, sehari semalam
-Mengeluarkan zakat (bagi yang berkemampuan)
-Melaksanakan puasa di bulan Ramadhan
-Melaksanakan ibadah haji, bagi yang berkemampuan

   

Wallahua'lam.

Friday, 5 April 2013

Taaruf & Taqwa

Assalamualaikum w.b.t. :)


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t, insya-Allah kali ini kita akan tadabbur & mengambil ibrah serba-sedikit daripada ayat ke-13 surah Al-Hujurat [49:13] yang bermaksud,
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, serta Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu bertaaruf."
Seruan tersebut ditujukan kepada semua manusia, kerana Islam mengiktiraf kewujudan manusia yang berbilang kaum, berbilang agama, bahkan mempunyai pelbagai sifat. Tiada dua manusia diciptakan dalam keadaan yang sama, hatta identical twins sekalipun. Walaupun kita berketurunan daripada insan yang sama (Nabi Adam a.s.) namun hakikatnya perkembangan dan sifat genetik bahkan kelakuan manusia kini berbea-beza.

Bak kata pepatah, rambut sama hitam, qalbu lain-lain. Apatah lagi pesakit yang ada valvular heart disease hohoho...


Ok maafkan gurauan hambar tadi. Kita kembali serius -_-

1) Sahabat-sahabat sekalian,
Dek variety keturunan & sifat manusia itu, Allah mengarahkan kita untuk saling bertaaruf. Atau dalam bahasa melayunya, berkenalan. Nah, itulah nikmat genetic variety yang Allah kurniakan. Kerana perbezaan itu mewarnai dunia kita, lantas memudahkan lagi untuk kita saling mengenali.


Dan 'kenal' bagi seorang mukmin itu, bukanlah sekadar mengetahui nama seseorang. 'Kenal' bagi seorang mukmin itu, selayaknya dia juga memahami keluarganya, asalnya, hatta personaliti & sikapnya, kerana hal-hal itulah yang memainkan peranan besar dalam komunikasi masyarakat.

Kerana dalam perihal komunikasi, antara perkara yang menentukan sama ada proses give & take itu berjaya atau tidak ialah sejauh mana kedua-dua belah pihak memahami satu sama lain.
2) Seterusnya, kepentingan agar kita mengetahui asal-usul kejadian kita.

Ini adalah supaya kita faham bahawa perbezaan daripada segi bangsa semata-mata tidak memberikan kita apa-apa kelebihan yang abadi. Kerana itulah bagi manusia yang menghina dan memandang inferior terhadap bangsa lain, Allah mengingatkan bahawa martabat dan asal-usul kejadian kita adalah sama, dan tiada hak untuk kita menghina insan lain dek bangsanya.

Bahkan jika kita hayati, keluarga mana & bangsa apa yang kita dilahirkan ke dalamnya, bukanlah dalam bidang kuasa kita, namun ketentuan Allah semata-mata. Oleh itu apabila manusia menghina seseorang dek bangsanya, maka penghinaan itulah seolah-olah ditujukan kepada Allah s.w.t. Na'udzubillahi min dzalik!

3) Ehh nanti kejap, ayat tadi belum selesai lagi sebenarnya! Surah Al-Hujurat ayat ke-13 diteruskan lagi dengan firman-Nya yang bermaksud,
"Sesungguhnya yang paling mulia daripada kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti."
Sahabat-sahabat sekalian,
Setelah menekankan bahawa asal-usul manusia hakikatnya adalah sama, Allah mengingatkan bahawa seseorang manusia itu boleh mencapai kemuliaan yang melebihi manusia lain. Namun kemuliaan itu bukanlah terletak pada bangsa atau keturunannya, tetapi ketaqwaannya.

Kerana sifat taqwa itu adalah sesuatu yang perlu diusahakan oleh manusia. Inilah yang membezakan manusia; sama ada dia berusaha mengejar taqwa, ataupun dia membiarkan dirinya hanyut dalam nikmat dunia semata-mata.

Dan daripada ayat ini juga kita dapat memahami, bahawa sesepet mana pun mata si Ah Chong, segelap mana pun kulit si Govinji, taqwa di qalbu hanyalah Allah yang Maha Mengetahui. Lagipun, lupakah kita bahawa muazzin pertama ialah seorang bangsa Afrika yang sangat hitam kulitnya, dan telah dipastikan syurga untuknya?

"Sesungguhnya Allah tidak memerhatikan rupa dan harta kalian, tetapi Allah memerhatikan qalbu dan amalan kalian." (HR Muslim & Ibn Majah)
Jadi antara konklusi daripada 49:13 (Surah Al-Hujurat ayat 13) ialah betapa insan mulia itu ialah insan yang bertaaruf demi meningkatkan ketaqwaannya. Mereka itulah manusia yang mengejar taqwa dengan beramal soleh, beramar ma'ruf & bernahi munkar. Kerana mereka tahu, taqwa di qalbu itu tetap dalam ancaman bahaya sekiranya persekitarannya dalam keadaan yang rendah taqwanya. Atas sebab itu, mereka bukan sahaja mengejar taqwa, bahkan berjihad untuk menyebarkan taqwa!

Mereka bersahabat atas dasar taqwa, dan persahabatan sedemikianlah yang akan kekal selama-lamanya :)
"Teman-teman akrab pada hari itu (kiamat) sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (Surah Az-Zukhruf [43]: 67) 

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika peristiwa penaklukan kota Makkah:
"Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah menghilangkan daripada kalian kebanggaan jahiliyyah dan sikap saling membanggakan keturunan. Maka manusia itu hanya ada dua jenis: 1) orang yang berbakti, bertaqwa lagi mulia di sisi Allah, dan 2) orang yang derhaka, celaka lagi hina di sisi Allah." (HR Ahmad) 


Nah, pilihan kita cuma ada dua. What say you?