Si A sedang tidur nyenyak di sebuah rumah banglonya. Tiba-tiba kebakaran telah berlaku kerana kebocoran gas. Rakan serumah, si B menyedari akan hal itu dan segera mengejutkan si A untuk keluar dari rumah itu. Namun, si A tidak mengendahkannya kerana masih 'mamai' dalam lenanya.
Begitulah umpamanya. Orang yang sedang melakukan maksiat tidak sedar bahawa bahaya akan menimpa dirinya. Seperti si A tadi. Apabila datang peringatan yang dibawa oleh si B, dia masih buat tak tahu dan akhirnya memarahi pula. Begitulah sikap orang-orang kafir dan munafik pada zaman Rasulullah SAW dahulu:
".....tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)? Mereka menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! Dan mereka berkata: Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli Neraka."
(Surah Al-Mulk, ayat 8-10)
Tahukah anda, apakah tujuan kita dicipta??
1. Beribadat kepada Allah SWT (Al-Zariyat : 56)
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".
2. Sebagai khalifah di muka bumi (Al-Baqarah : 30)
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?". Allah berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".
2. Sebagai khalifah di muka bumi (Al-Baqarah : 30)
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?". Allah berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
3. Berdakwah ataupun amar ma'ruf nahi mungkar
(menyuruh berbuat kebaikan, mencegah kemungkaran)
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik". (Al-Imran : 110)
Ya, berdakwah adalah salah satu tujuan manusia diciptakan. Semua muslim harus melakukan amar makruf nahi mungkar sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran. Tapi, pernah dengar tak ayat2 sebegini :
" Eh, tak nakla, aku ni bukan lepasan sekolah agama. Kopiah pun tak pakai."
"Aku tak sedia lagi lah, aku bukan baik sangat pun."
"Aku bukannya ustaz. Suruhla ustaz2 tu buat."Sebenarnya dakwah ini bukan untuk lepasan sekolah agama, ustaz dan ustazah sahaja tetapi untuk semua umat Islam. Anda Muslim! Anda punyai Islam! Apakah itu tidak cukup sebagai motivasi untuk anda share Islam dengan orang ramai (secara berhikmah)? Jadi, marilah kita sama-sama menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tapi bagaimana??
Rasulullah s.a.w. :
"Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman."
(hadith riwayat Muslim)
1. Mencegah dengan tangan
Mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuannya dan bidang
kuasa masing-masing
2. Mencegah dengan lisan
Mencegah dengan lidah bermaksud memberi nasihat dan bimbingan yang baik
3. Mencegah dengan hati (selemah-lemah iman)
Mencegah dengan hati bermaksud membenci kemungkaran dan menjauhkannya
p/s : Jom bergerak :)
No comments:
Post a Comment