Pernah tak terfikir,
sepanjang hidup kita ni, berapa banyak Jumaat yang dah berlalu? Baaaanyaaak
kan? Dan, agak-agaknya berapa banyak lagi Jumaat yang akan kita lalui? Allah je yang tau.
Hari Jumaat juga dikenali
sebagai sayyidul ayyam ataupun
penghulu segala hari. Rugi lah kita sebagai muslim kalau tak tahu dan tak
manfaatkan keistimewaan hari Jumaat ni.
Apa yang special sangat dengan hari Jumaat?
Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata,
Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik
hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam a.s
diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari Syurga. Pada Jumaat juga
Kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta
sesuatu kepada Allah melainkan akan dikabulkan
permintaannya."
(HR. Muslim)
Oleh sebab itu, terdapat beberapa amalan yang digalakkan
untuk kita lakukan sepanjang hari Jumaat dan juga malam sebelumnya. (Maksudnya,
hari Khamis malam Jumaat). Antaranya,
#1 Perbanyakkan
selawat
Rasulullah SAW bersabda, “ Perbanyakkanlah selawat kepadaku
pada hari dan malam Jumaat. Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, maka Allah
berselawat kepadanya 10 kali” (HR. Al-Baihaqi)
#2 Membaca Surah Al-Kahfi
Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a,
Nabi bersabda, "Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat akan
diberikan cahaya baginya di antara dua Jumaat."
(HR. Al-Hakim)
Kalau rasa tak mampu nak
habiskan baca satu surah sekaligus, bacalah sedikit demi sedikit. Kalau masih
rasa tak mampu, bolehlah biasakan diri baca 10 ayat pertama dan 10 ayat
terakhir dulu. Nanti boleh cuba habiskan satu surah pulak ;)
#3 Perbanyakkan doa
Nabi SAW menjelaskan:
"Pada
hari Jumaat ada satu waktu yang bila seorang Muslim solat dan minta kepada Allah, akan dikabulkan (permintaannya)
dan beliau mengisyaratkan bahwa waktunya sedikit."
(HR. Al-Bukhari)
Walau bagaimanapun, amalan yang paling utama dan WAJIB bagi
kaum muslimin (yang baligh, merdeka dan bermastautin) ialah Solat Jumaat.
Haa..solat Jumaat ni pun special
jugak tau. Terdapat beberapa amalan yang dianjurkan sebelum, semasa dan selepas
menunaikan Solat Jumaat. Antaranya,
#1 Mandi dan bersiwak
#2 Memotong kuku
#3 Mencukur bulu yang
dibolehkan
#4 Memakai pakaian
yang terbaik dan wangi-wangian
#5 Berjalan kaki ke
masjid selagi mampu
#6 Datang awal ke
masjid (sebelum khutbah bermula)
"Di setiap pintu masjid ada malaikat yang menulis
nama mereka yang memasukinya mengikut urutan. Ketika imam menaiki mimbar,
mereka tutup lembaran itu untuk mendengar khutbah"
#7 Menunaikan solat tahiyyatul masjid
#8 Diam dan memberi perhatian ketika
khutbah disampaikan
#9 Menunaikan solat sunat selepas
solat jumaat
Jom,
ikut cara Rasululllah SAW!
p/s:
kalau tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua ;)
Wallahua’lam.