Friday, 13 May 2016

Qalbun Salim

"Bro, kau tau tak bakpo bilik kita rasa panas gila?"

"Sebab loni musim panas la kot."

"Salah. Sebab aku ni kan hotstuff hehe.."

"Hmm mungkin. Ataupun, panas sebab dosa kau banyak sangat kot ye dak?"

-_-'

* * * * * * * * * *

Sahabat sekalian,
Dalam cuaca panas sebegini, minuman tin di kedai che din/koperasi sangatlah tempting. Bahkan mesin coway yang menawarkan sekadar air tanpa alkohol perisa pun semakin menjadi lokasi pelancongan yang terkenal.

Anda panas? Anda dahaga? Nah, sila nikmati gambar air yang refreshing ini.


Now I have a question for you.

Let's say I offer you that glass of refreshing water, especially in a hot weather like now, would you drink it?
Ofkos. Why not kan. Ahhhhhhh mesti sedap dan menyegarkan kalau dapat minum air sejernih tu kan.

Now let's say I offer you a bigger glass of the exact same refreshing water, cuma kali ni, saya campurkan dengan sesudu air yang diambil dari mangkuk tandas post-BO di desasiswa nurani nih.
Tak banyak, sesudu je.
Would you still drink it?

I reckon the answer is "No."

E. coli beb. Gila apa nak minum air mangkuk tandas. Apatah lagi ada sesetengah makhluk kat hostel ni kadang-kadang tak reti nak flush tandas. Entah-entah sekali dengan salmonella/cholera/leptospira pun ada.

* * * * * * * * * *

Sahabat sekalian,
Air jernih yang bercampur walau sesudu air kotor pun kita jijik nak minum.
Qalbu (hati) kita pula entah dah betapa kotor dek dosa dan noda, seyakin manakah kita bahawa Tuhan akan menerima kita untuk ke syurgaNya?


Firman Allah dalam surah As-Syu'ara (26) ayat 88-89,
88. Pada hari (kebangkitan), harta dan anak-anak tidak membawa manfaat.
89. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan qalbun salim (hati yang bersih).
Ibn Kathir dalam tafsirnya menerangkan perihal dua ayat di atas,
Hari ketika harta tidak mampu melindungi seseorang daripada seksaan Allah, meskipun ia menebusnya dengan emas sepenuh bumi. Tidak pula anak-anak keturunannya, sekalipun ia menebusnya dengan seluruh manusia yang ada di muka bumi yang merupakan keturunannya. Tidak ada yang berguna pada hari itu selain iman kepada Allah, ikhlas menyembahNya dan bebas daripada kesyirikan dan orang-orang yang melakukan kemusyrikan. Oleh itu, Allah berfirman [ayat 89]. (Qalbun salim) maksudnya selamat dan bersih daripada noda dan dosa perbuatan syirik. 
Ibn Sirin berkata, "Yang dimaksudkan dengan qalbun salim ialah hati yang meyakini bahawa Allah itu haq, meyakini bahawa hari Kiamat akan tiba tanpa ragu lagi, dan mempercayai bahawa Allah akan membangkitkan manusia di alam kubur." 
Said ibn Al-Musayyab berkata, "Yang dimaksudkan dengan qalbun salim ialah hati yang sihat, iaitu hati orang yang beriman, kerana hati orang yang kufur dan munafik itu berpenyakit. Allah berfirman 'Dalam hati mereka ada penyakit.' [Al-Baqarah: 10]" 
Abu Uthman An-Nisaburi berkata, "Qalbun salim ialah hati yang selamat daripada bid'ah dan berasa tenteram dengan as-Sunnah."
Sahabat sekalian,
Pro II Exam is in 3 days, whereas Pro III is in 17 days.
Kalau boleh, ofkos kita nak exam dalam keadaan kita sedang paling bersedia.
Bagaimana pula saat kita di-exam dengan sakratul maut nanti?

Kita study sakan, prepare diri kita untuk exam Pro.
Tapi sejauh mana kita prepare qalbun kita untuk exam hari Kebangkitan nanti?
Sejauh mana kita yakin bahawa qalbun kita sudah salim, sudah bersih?

Eh bukan Saleem Iklim. Tapi qalbun salim.
Fellow comrades,
The coming days might be stressful and harsh. Masing-masing stressed nak exam. Masing-masing rasa masa untuk revision tidak cukup. Indeed, hari-hari yang sukar.
Tapi insya-Allah kita boleh lalui hari-hari sukar yang mendatang.

Kata Anis Matta (bekas presiden PKS Indonesia), ada tiga syarat utama untuk melalui hari-hari yang sukar:
1. Ibadah dan memohon pertolongan Allah s.w.t. (rujuk Al-Fatihah ayat 5)
2. Ukhuwwah
3. Kerja keras (rujuk surah As-Sajdah ayat 16)
Dan untuk bergerak ke arah kejayaan hakiki, perlu dimulakan dengan istighfar.
"Istighfar ini insya-Allah bukan hanya menghapus dosa-dosa, tetapi juga akan menyempurnakan kerja-kerja kita ke depan." -Anis Matta
All the best semua. Semoga diterangkan dan ditenangkan hati untuk menduduki exam sebaiknya :)

Allahumma bantulah kami, kuatkan kami, berjayakan kami dalam segala ujianMu di dunia dan akhirat.
Allahumma kurniakanlah kami qalbun salim.
Allahumma kurniakanlah kami jannatun naim.


Thursday, 17 March 2016

Tadabbur [28: 27]: Latihan Nabi Musa

Nabi Musa (aka. Moses) was among the ulul azmi who is also well-known in Judaism and Christianity. Rasul ulul azmi bermaksud baginda memiliki keazaman, kesabaran dan kekuatan yang tinggi meskipun diberikan ujian yang hebat dan berat.

Dear friends,
Most of us know about how great of a prophet Moses was. Tentang betapa hebatnya sejarah baginda selamat meski dihanyutkan di sungai Nil, kemudian bagaimana baginda dengan Nabi Harun, mendepani Firaun, Haman, Qarun, dan menyelamatkan Bani Israil dengan izin Allah melalui mukjizat-mukjizatnya yang luar biasa.

Ya, baginda seorang manusia yang hebat dan luar biasa.

Sejarah-sejarah kehebatan baginda direkodkan dalam banyak surah dalam Al-Quran.
Antaranya ialah dalam surah Al-Qasas (surah no. 28).

Dan antara ayat yang sering kita terlepas pandang, ialah ayat 27 hingga 30.
"Dia (Syuaib) berkata: Sesungguhnya aku bermaksud ingin menikahkan engkau dengan salah seorang daripada dua anak perempuanku ini, dengan ketentuan bahawa engkau bekerja padaku selama lapan tahun dan jika engkau sempurnakan sepuluh tahun maka itu adalah (satu kebaikan) darimu, dan aku tidak bermaksud memberatkan engkau. Insya-Allah engkau mendapatiku termasuk orang yang baik." [Surah Al-Qasas (28): 27]
Saudara sekalian,
Bahkan dari satu ayat ke-27 di atas pun, ada tiga ibrah yang sering kita terlepas pandang:

1. Musa bukanlah seorang rasul dari kecil. Ini dibuktikan dalam ayat ke-30 yang terkemudian, di mana Allah barulah melantik baginda sebagai rasul apabila baginda telah pun menyelesaikan kontraknya yang paling kurang 8 tahun itu dengan Nabi Syuaib.

In other words, Moses struggled and underwent tarbiyyah (education+training) first, then only he was given prophethood. So yeah, it is never too early to start tarbiyyah. Contohnya, takkan la kita nak tunggu dah jadi bapa/ibu baru la nak belajar dan training cara-cara mendidik anak kan.

-sekadar contoh-

2. Most of us only remembered Moses as the great prophet he was. But we often forget the fact that he trained and was given tarbiyyah under Nabi Syuaib for at least 8 years. Dalam banyak-banyak ayat yang menceritakan perihal Nabi Musa, cuma beberapa ayat sahaja yang menceritakan betapa Nabi Musa dilatih oleh Nabi Syuaib. Itu pun, tak diceritakan secara detailed.
Kemudian dalam ayat-ayat yang lain juga ada mengisahkan tentang training Nabi Musa dengan Nabi Khidir, tapi yang itu pun kita sering terlupa.

Kerana kita selalu hanya mengingati hasil latihan-latihan tersebut ie. Nabi Musa yang akhirnya menjadi seorang lelaki dan Rasul yang hebat.

Hakikatnya, untuk menjadi seorang manusia yang bukan calang-calang, juga memerlukan latihan yang bukan biasa-biasa.

Behind every great man, there's a great teacher/murabbi. The unsung hero.

Maka insya-Allah se-gah manapun kita jadi nanti, janganlah lupa untuk mendoakan lecturers, para murabbi, guru-guru, naqib-naqibah dan ofkos ibu-bapa/mak-abah/mummy-daddy/papa-mama yang merupakan pendidik terawal kita. Mereka inilah yang selagi mana ilmu yang diajarkan oleh mereka dimanfaatkan orang lain, maka mereka diberikan saham pahala khas oleh Tuhan, yang berkekalan hingga hari kiamat.


3. Ibrah yang ketiga ni especially untuk juniors, more especially those who are in your preclinical years.

Jika anda rasa studying/training for medicine/dentistry for at least 5 years is going to be long, remember that Moses had to train under Nabi Syuaib for at least 8 years!
And we could only imagine how his training was. Ofkos bukan calang-calang. Baginda bakal berdepan dengan Firaun, the most powerful man during his time beb!

So everytime anda berasa letih, seolah-olah jalan ini terlalu berat dan panjang, remember that all great things are like that. Tapi insya-Allah hasilnya berbaloi.

And lastly for abang-kakak seniors pula, especially yang bakal menduduki peperiksaan akhir, remember that you didn't come this far, to only come this far.
Finish what you started.

Semoga Allah permudahkan.


Friday, 29 January 2016

Mencintai & Mengikuti Nabi

"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah."
[Surah Al-Ahzab (33): 21]

Salah satu daripada banyak contoh sunnah Nabi.

Memetik kata Dr Rozaimi Ramle:

"Cinta kepada Nabi tidak cukup sekadar cinta. Ia juga memerlukan aspek mengikut Nabi dalam kehidupan. Andai cinta sahaja, Abu Talib juga cinta kepada Nabi. Namun sayangnya, beliau tidak mengikuti Nabi, walaupun statusnya keluarga Nabi.

Andai ikut sahaja, juga tidak mencukupi tanpa cinta. Begitulah kaum munafik, ikut solat di belakang Nabi tetapi tidak mencintai Nabi.

Kedua-duanya diperlukan. CINTA dan IKUT."

Hadith-hadith riwayat Bukhari, Muslim & Tirmidzi menyatakan, di akhirat nanti kita akan bersama orang yang kita cintai :)
Ilmu umpama hujan. Penuntut ilmu umpama tanah.
[Tulisan asal oleh Al-Kahfi Services]

Abu Musa r.a. meriwayatkan Nabi s.a.w. bersabda:

“Perumpamaan bagi perkara yang Allah menghantar aku dengannya; iaitu hidayah dan ilmu, adalah seperti hujan lebat yang jatuh ke bumi.

Bumi itu ada yang subur, menyerap air, lalu ia menumbuhkan rerumput mahupun tumbuhan yang pelbagai.
Ada pula yang keras tidak menyerap air sehingga bertakungnya air, maka dengan hal itu, Allah mengurniakan manfaat kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam.
Ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menakungkann air dan tidak pula menumbuhkan rumput.

Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama dan memanfaatkan apa yang Allah utuskan bersamaku, dipelajarinya dan diajarkannya.
Begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu mengangkat kepala (untuk berfikir) dan tidak jua mahu menerima petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya (dia umpama tanah yang tidak subur dan tidak jua menakungkan air).” [Sahih al-Bukhari, Kitab Al-Ilm, hadith no: 79]

Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini dalam bab "Kelebihan Orang Yang Berilmu dan Mengajarkan Ilmu."

Dalam Kitab Fathul Bari dinukilkan kalam Imam al-Qurthubi dan selain beliau, bahawa daripada hadis ini terdapat 3 kategori manusia:
1) Orang yang berilmu, beramal dengan ilmu, dan mengajarkan ilmu tersebut kepada orang lain. Ini seperti tanah yang subur yang bila ditimpa hujan ia menyerap air dan menumbuhkan tumbuhan. 
2) Orang yang berilmu, kurang dalam amalan, atau kurang memahami ilmu yang dia dapati, akan tetapi dia tetap menyampaikan ilmu tersebut. Ini seperti tanah yang keras. Ia tidak dapat menyerap air, akan tetapi air yang bertakung itu memberi manfaat kepada makhluk lain. 
3) Orang yang berilmu, tetapi tidak berusaha memahami atau menghafaznya, tidak juga beramal dengannya, dan tidak juga berkongsi ilmu itu. Ia seperti tanah yang tidak subur untuk menumbuhkan tumbuhan, dan tidak juga dapat menakung air. Ilmu itu tidak bermanfaat untuk dirinya dan orang lain.
Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata:

"Sebagaimana hujan yang turun akan menghidupkan tanah yang mati, begitu jugalah ilmu agama akan menghidupkan hati yang telah mati."

Lalu siapakah diri kita? Tanah yang menyerap air, menakung air, atau bukan kedua-duanya?


Tuesday, 10 November 2015

Perlukah Berhenti?

Ada satu-satu masa, ketika ibadah telah mula menjadi rutin harian kita, solat pun kita penuhi waktunya seperti biasa, bahkan berjemaah pula pada kebanyakan waktu, Al-Quran kita tidak tinggalkan, zikir pun kita lazimi, istighfar apatah lagi,
namun pada saat itu kadangkala jiwa kita teruji dengan tidak merasa apa-apa dengan bacaan dan wirid di lisan kita.

Kita membaca Al-Quran, tetapi Al-Quran hanya bagaikan ulangan yang tidak mengesankan.
Kita zikir dan istighfar, tetapi ia hanyalah bagaikan lafaz mantera yang kosong, terasa tidak menembus membersihkan karat dalam jiwa, tidak mampu menghubungkan kita dengan Tuhan.

Zahir di mata orang melihat kita baik, ibadah bagus, tetapi jauh di sudut hati kita yang dalam, kita tahu bahawa kita sedang menderita. Hati kita tidak lagi mampu merasa jujur dengan apa yang sering kita lafazkan dan wiridkan.

* * * * * * * *

Perlukah Berhenti?

Pada saat sedemikian, apakah memilih untuk berhenti jawapannya, lalu kita mencari kepuasan di sudut yang lain pula?

Kita boleh memilih untuk berhenti, tetapi bukan berhenti daripada beramal.
Berhentilah untuk bermuhasabah seketika, mengambil nafas lalu meneruskan lagi perjalanan. Itulah 'berhenti' bagi kita.

[Photo by Brother Harith]
Memang tidak mudah berada di atas jalan kebaikan. Kalau mudah, tidaklah Abul Basyar, Adam a.s. teruji oleh Iblis laknatullah. Sedangkan Ayyub a.s. pun cuba diganggu keikhlasannya, maka untuk manusia biasa seperti kita, lebih lagilah mahu dirosakkannya.

Lalu, kalau kita memilih untuk terus berhenti dan memilih jalan maksiat dan dosa sebagai jawapan kepada mencari kepuasan dalam diri kita, ternyata kita telah terpedaya dengan bisikan hawa nafsu dan Iblis. Kita sendiri telah memberikan ruang untuk dia masuk merosakkan diri kita.
"Iblis berkata: Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pastu aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas antara mereka." [Surah Al-Hijr (15): 39-40]
* * * * * * * *

Agar Kita Tidak Berhenti

Kita pastinya masih ingat tentang kisah Kaab ibn Malik. Ia adalah kisah kecintaan sejati kepada Allah s.w.t., betapa itu adalah bukti bahawa kemanisan iman yang pernah bertapak dalam hatinya, tidak mengizinkannya untuk memilih jalan yang bertentangan dengan Rasul s.a.w. hanya kerana dia seketika disisihkan oleh masyarakat Muslimnya ketika itu.

Kaab ibn Malik adalah seorang prajurit Muslim sejati. Itu tergambar dalam katanya melalui hadith riwayat Muslim ketika menggambarkan dirinya,
"Aku tidak pernah membelakangi (tidak menyertai) Rasulullah s.a.w. dalam mana-mana peperangan sebelum itu kecuali Perang Tabuk, melainkan aku juga tidak ikut dalam Perang Badar, tetapi tidak dicela sesiapa pun yang tidak ikut sekali ketika itu."
Itu adalah gambaran tentang dirinya. Seorang yang sentiasa komited dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Ketika semboyan Perang Khandak berbunyi, dia bukan orang yang duduk diam, bahkan telah menyiapkan persiapan peperangan, namun barangkali dunia telah melalaikannya buat seketika. Tetapi dia tetap dalam keadaan tidak meredhai kesalahannya itu. Itu sangat terpamer ketika dia berkata, "Aku tidaklah merasa lebih kuat atau lebih ringan" ketika dia berpaling dan tidak menyertai peperangan itu bersama Rasul s.a.w.

Nah, sekarang dia diuji dengan ujian terberat, bukan biasa-biasa. Dia dihukum kerana tidak menyertai Tabuk. Ujian apakah yang lebih berat bagi seorang Muslim yang hidup bersama Rasul s.a.w. apabila baginda sendiri berpaling wajah darinya? Bukankah taat kepada Rasul s.a.w. itu adalah taat kepada Allah? Lalu, kalau membuat Rasul tidak redha, bukankah itu juga mengundang bencana untuknya di sisi Allah?
Tidak hanya itu, masyarakat Muslimnya sendiri tidak lagi dibenarkan berbicara dengannya sehingga wahyu turun membersihkan semula dirinya.
Maka ketika itu, dia seakan-akan keseorangan meski hidup di keramaian masyarakat Muslimnya sendiri.

Perhatikan apa yang dilakukan oleh musuh. Inilah saat keemasan bagi syaitan untuk menyuntik jarum kesesatan dalam diri manusia.
Ia mendatangi seorang Muslim yang baik dan taat kepada Allah, kemudian mendatangkan sangkaan-sangkaan buruk supaya dari situ, Muslim itu mula meringan-ringankan dirinya daripada kebaikannya, meninggalkannya sedikit demi sedikit, lalu bergelut dengan maksiat, akhirnya menjauhi Allah s.w.t. dan amal kebaikannya yang dia lakukan selama ini.

Bagi seorang Kaab, ujian itu bermula dengan keinginan dirinya yang cuba dimanipulasi oleh beberapa orang temannya dari Bani Salimah yang mempengaruhinya agar beralasan saja di depan Rasul s.a.w. supaya baginda langsung memaafkannya. Tetapi Kaab tidak dapat menipu perasaannya sendiri, bahawa dia tahu, dia tidak punyai alasan untuk tidak bersama Rasul di dalam Tabuk ketika kelengkapan telah disediakan dan dia pun bukanlah termasuk yang uzur.

Ia tidak berhenti di situ. Syaitan tidak pernah berhenti mengganggu keimanan kita.

Ia bersambung dengan utusan Raja Ghassan yang datang menyerahkan surat kepada Kaab, lalu sekali lagi mempengaruhi Kaab pada ketegangan suasana dirinya yang dipulaukan oleh sahabat-sahabatnya sendiri. Seorang raja bukan calang-calang yang datang memberi tawaran-tawaran besar untuk Kaab bersamanya, dalam erti kata lain, tinggalkan Islam! Diuji sehingga ke garisan kekufuran, apa lagi yang lebih berat daripada itu bagi seorang Muslim?

Namun Kaab tahu bahawa dia sedang berada di garisan fitnah yang sangat besar. "Ah, ini pun bencana yang sangat besar!" lalu dibakarnya surat Raja Ghassan itu. Kaab memilih untuk tetap terus berjalan meski suasana belum memihak kepadanya ketika itu. Dia tidak memilih berhenti. Sehinggalah akhirnya, berita pembersihan dirinya turun, maka ketika itu terzahir akan kebersamaan masyarakat Muslim bersama dirinya. Bahawa mereka bukan sengaja menyisihkan Kaab melainkan kerana mendahulukan perintah Allah juga.

Demikian Allah menyatukan hati-hati yang ikhlas di jalanNya. Bergembira atas kegembiraan sahabatanya, bersedih apabila sahabatnya teruji bepaling dari jalan Allah.

* * * * * * * *

Istighfar Kita Perlu kepada Istighfar

Di titik kita merasa lemah dalam ibadah, merasa ibadah tidak lagi memberi kekuatan, merasakan jiwa kita kosong, tidak terkesan dengan zikir dan istighfar kita, tetaplah berusaha menjaga yang fardhu, cuba istiqamah dengan yang sunat dan nikmati bidang kebaikan yang lain.

[Rujuk 29: 45]
Memang, jiwa manusia cepat terasa bosan dengan perkara yang sama. Sebab itu, pelbagaikanlah ruang dan bentuk kebaikan. Kepelbagaian menyebabkan kita menikmati kebaikan dan kebajikan di jalan Allah s.w.t. dari banyak sudut dan bentuk. Itu ialah hiburan buat jiwa kita ketika berada di jalan kebaikan.

Kalau dibaca Al-Quran, jangan terus-terus saja dibaca. Cuba pula membuka tafsirnya. Kemudian kalau sudah bosan, cuba pula mendengar syarahan tafsirnya di Youtube. Kalau itu pun bosan, maka cuba pula berbincang tentang tafsir dengan para guru atau rakan-rakan.

Jangan biarkan diri kita beku dalam kebosanan beribadah, kerana bimbang ibadah tak lagi mencapai tujuannya membersihkan diri kita dan mendekatkan kita kepada Allah. Apabila ibadah semisal zikir, solat atau istighfar tidak lagi mengesani jiwa kita, maka jiwa kita pun mula merasa kering dan tidak lagi tersentuh dengan jauhnya kita dari Allah s.w.t.

Ketika itu, saya teringat pesan guru saya Syeikh Mustofa As-Syaibani, "Istighfar kita pun perlu kepada istighfar!"
Dalam erti lain, ibadah istighfar kita pun perlukan penyucian kerana telah tercemar oleh kerutinan yang tidak memberi erti kepada jiwa kita.


* * * * * * * *

Penutup: Menikmati Indahnya Berhubung dengan Allah

Apakah yang lebih indah bagi seorang pencinta Allah s.w.t. selain ingin terus bersamaNya, hidup bersamaNya, merinduiNya dan ingin sekali bertemu denganNya?
Demikianlah para pencinta. Kata As-Syafie dalam syairnya, "Seorang pencinta itu kepada yang dicintainya merupakan seorang yang taat."

Bagi seorang pencinta, berjauhan dengan Allah s.w.t. adalah satu kesakitan dan penderitaan bagi dirinya. Kalau sekali berjauhan, sudah cukup membuatkan dirinya keresahan, apatah lagi kalau lama berjauhan, bahkan pula hidup bertentangan langsung dengan apa yang dikehendakiNya.


Ketika kita rasa jiwa kita tak tersentuh dengan apa yang kita baca, zikir, istighfar atau lakukan, itu bukanlah kerana Allah meninggalkan kita, tetapi kerana kita sendiri yang telah meletakkan barrier antara diri kita dengan Allah.
Barrier itu boleh jadi adalah dosa kita sendiri, boleh jadi adalah kelalaian kita, boleh jadi cara kita yang tidak betul. Sentiasalah Allah itu mahu hambaNya dekat denganNya, tetapi kitalah yang seringkali membiarkan diri kita hanyut jauh dariNya. Maka bagaimana mungkin jiwa kita semakin terkesan dengan kebaikan dan ibadah kita?

Lalu menghilangkan barrier itulah jawapannya, bukan menghilangkan Allah dari hidup kita!

* * * * * * * *

Perkongsian dari seorang ikhwah yang sangat dikasihi
Semoga bermanfaat dan semoga Allah merahmati dan memberkatinya


Saturday, 12 September 2015

Maqasid Syariah secara Ringkas

Antara disiplin yang diamalkan dalam perubatan ialah segala apa yang dilakukan adalah bertujuan. Tujuan itu boleh jadi untuk mendatangkan manfaat (beneficence) ataupun untuk mengelak mudarat (non-maleficence). Nevertheless, yang pasti sesuatu perkara itu dilakukan dengan tujuan.

Contohnya pelbagai. Dalam history taking, soalan-soalan ditanya dalam bentuk subjektif, kemudian lebih objektif lagi, dengan tujuan untuk mendapatkan beberapa differential diagnoses. Kemudian diteruskan lagi dengan pemeriksaan fizikal, dengan tujuan supaya findings yang ada akan mengukuhkan lagi differential diagnoses. Setelah itu, investigations pun dilakukan dengan tujuan yang serupa. Setelah provisional diagnosis dibentuk, management pun berlangsung, dengan segala treatment yang dilakukan itu pun bertujuan. Maka sebab itulah management setiap pesakit di dalam sesebuah ward itu tidak betul-betul sama; tidak semua pesakit diberi antibiotik, dan tidak semua diberikan IVD normal saline misalnya. Kerana apa? Kerana melihat kepada tujuannya rawatan diberikan kepada individu pesakit.


Nah, apabila jelas tujuan-tujuan tersebut, maka proses diagnosis dan rawatan pun lebih jelas dan terurus.

Sahabat sekalian,
Begitu jugalah peraturan & undang-undang. Ia wujud dengan tujuan, termasuklah peraturan yang dikarang oleh manusia sendiri. Dan, "tujuan" itu dalam bahasa Arab, dipanggil "maqasid".

OK so jelas tentang definisi & kepentingan "tujuan/objektif/maqasid" orait?

Sahabat sekalian,
Begitu jugalah dengan syariat Islam. Islam turun bersama syariat/undang-undang, yang bertujuan untuk menjaga maslahat(kebaikan) manusia secara berterusan, di dunia & akhirat. Segala hukum-hakam dalam syariat Islam pun bukanlah wujud sewenang-wenangnya, melainkan untuk pengabdian kepada Allah serta menjaga maslahat bersama.

Secara ringkasnya, "Maqasid Syariah" (Objektif Undang-undang Islam) itu ada lima.

1. Hifzu Ad-Din (Pemeliharaan Agama)
2. Hifzu An-Nafs (Pemeliharaan Nyawa)
3. Hifzu Al-Aqal (Pemeliharaan Akal)
4. Hifzu Al-Mal (Pemeliharaan Harta)
5. Hifzu An-Nasl (Pemeliharaan Keturunan)

Maqasid Syariah secara ringkas
Misalnya undang-undang potong tangan pencuri yang memenuhi syarat-syaratnya, bertujuan untuk memelihara harta. Hukuman rejam untuk penzina, bertujuan untuk memelihara keturunan. Hukuman sebat untuk peminum arak, untuk memelihara akal/kewarasan. Yang pasti, semuanya adalah bertujuan.

Jadi sepatutnya kita jelas bahawa bukanlah syariat/undang-undang itu yang menjadi tujuan/matlamat, tetapi ia menjadi medium untuk mencapai matlamat. Sebab itulah saya highlight frasa "yang memenuhi syarat-syaratnya" pada perenggan di atas. Kerana berdasarkan syarat/situasi-situasi tertentu, sesuatu hukuman ataupun management itu pun berbeza, biarpun dengan matlamat/maqasid yang kekal sama.


Dengan memahami 5 Maqasid Syariah ini, insya-Allah pada masa akan datang kita cuba dalami pula  pemahaman dalam Fiqh Perubatan & isu-isu yang berkaitan dengannya. Tujuannya tidak lain & tidak bukan, iaitu supaya usaha pembelajaran kita ini menjadi manifestasi pengabdian kepada Allah, serta supaya kita dapat menjaga maslahat manusia specifically dalam Hifzu An-Nafs (Pemeliharaan Nyawa) pesakit-pesakit kita kelak, insya-Allah :)


Wednesday, 26 August 2015

Hope vs Fear, Thrust vs Drag

Brothers and sisters in faith,
In medschool, and also other fields of knowledge, you'll find teachers who are scary and fierce. Teachers who are very "ganas" in giving punishments, thus instilling fear inside us. In a way, these types of teachers assure that a student does not fool around and therefore try harder to become more competent.

However, being scary and fierce alone are not enough. In fact, many times that those characteristics act like the "drag" force acting on an aeroplane, making a student feeling very down and even possibly giving up.


That is where the crucial role of teachers who are soothing and spreading hope comes into play. They act like the "thrust" force on the same aeroplane. However instead of pulling the plane backwards, they push the plane forward.

*Click [here] or [here] to read more about these forces.

Not that "drag" itself is unimportant. Drag is important for the sake of slowing down the plane when needed, for if not, the plane will crash. Similar to a student, such "drag" is needed to make sure that he/she is aware of his/her place, of his/her incompetency, therefore not doing anything reckless that may cause harm. (Do no harm, remember?)

Without a good brake/drag, an MVA is more likely to occur. Duh!
Brothers and sisters,
I believe that both these forces, both these characteristics, of being scary+fierce (drag), and of being soothing+giving hope (thrust), are crucial and very much possible to both exist in a teacher. Just try to think about it, just how many of the teachers that very much motivate you, are actually clever in balancing these two characteristics/forces.

And this is also what Islam teaches us to do in dakwah & tarbiyah. Sure, warning/scarying people about the severe punishment of Hellfire is a part of dakwah, but we often neglect the other crucial part ie. conveying hope and news about the beautiful reward of Heaven.
We are more often being enthusiastic in saying "Don't do this, don't do that! It is haram!", whereas that same enthusiasm seems less/absent in saying "Let's do this, let's do that! For Allah will love you more!"

Brothers and sisters,
We often hear the imam reciting surah Al-Baqarah (2) verse #23-24 during solat,
23. And if you are in doubt as to that which We have revealed to Our servant, then produce a chapter like it and call on your witnesses besides Allah if you are truthful.
24. But if you do not, and never shall you do, then be on your guard against the fire (an-naar) of which men and stones are the fuel; it is prepared for the unbelievers.
These ayats are clear warnings that Allah gives to us, so that we do not transgress His laws.
But let us not neglect the next ayat,
25. And convey good news to those who believe and do good deeds, that they shall have gardens (jannat) in which rivers flow; whenever they shall be given a portion of the fruit thereof, they shall say: This is what was given to us before; and they shall be given the like of it, and they shall have pure mates in them, and in them shall they abide.
Brothers and sisters,
Among the ibrah (lesson) we can take from those ayats, which we can apply in dakwah, is apart from reminding about the punishment for evil sins, we should also not forget the portion of conveying good and soothing news for the good deeds. You can also observe this 'style of dakwah' in surah Al-Kahfi (18) verse #2.

In fact, the word used in Al-Baqarah verse #25 is "bassyir" which means siti basyrina eh bukan "convey good news". And that word is in the form of "fi'il amar" ie. commanding tense, therefore something that we should absolutely do.

Because in dakwah, we should not forget to give hope and love (thrust), rather than merely giving warnings and punishments (drag).

So let's not lose hope, brothers and sisters. Including in our studies, although there are often times when we feel afraid and down, never lose hope in Allah. Feel the drag, but also increase your thrust. Have firm faith that after all our struggle lillahi ta'ala, the reward will be Jannah.

When faith begins, worries end.
All the best :)


Sunday, 9 August 2015

Qawiyyul Jism

Dalam ma'alim sahsiyatul Islamiyyah (mengenali keperibadian Islam), kita diajar tentang sifat "qawiyyul jism" (tubuh badan yang kuat). [Klik & baca: Keperibadian Muslim]


Tapi apakah yang membezakan qawiyyul jism seorang Muslim/da'ie berbanding manusia biasa yang lain?

Qawiyyul jism seorang da'ie itu adalah dengan mencontohi kekuatan para anbiya' & orang-orang yang beriman dengan mereka. Iaitu rahsia kekuatan mereka adalah dengan menjauhi sifat al-wahn (cintakan dunia & takut mati), maka barulah kekuatan sejati itu akan wujud.
"Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar daripada pengikut yang bertaqwa. Mereka tiada al-wahn dek bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak lemah, dan tidak menyerah. Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." [Ali Imran (3): 146]
Dan daripada kalangan anbiya', tak ternafikan bahawa Nabi-nabi ulul 'azmi lah yang luar biasa kuat, termasuklah kekuatan sifat sabar mereka.
Namun yang sebenarnya bahkan lebih kuat lagi daripada sifat sabar itu, ialah sifat keazaman mereka (hence the name ulul 'AZMI). Kerana tanpa keazaman yang kuat, bahkan bapa kita Nabi Adam a.s. pun pernah tergelincir.
"Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, tetapi dia lupa, dan Kami tidak dapati keazaman yang kuat padanya." [Taha (20): 115]
Oleh itu jom kita berusaha mendapatkan qawiyyul jism dengan cara:
1) meluruskan & mengikhlaskan niat
2) menguatkan keazaman & tekad
3) menjauhi al-wahn

Nescaya insya-Allah kita pasti mendapat kekuatan yg sejati.
Termasuklah dalam pengajian kita, andainya di pertengahan jalan, kita berasa lemah & lelah, REMEMBER WHY YOU STARTED!



Nah, qawiyyul jism itu bukanlah pada sadonya body, tapi contohnya pada:

Kekuatan mengangkat selimut untuk solat subuh,


Kekuatan menahan letih seorang murobbi merantau serta berkorban mengisi sesi usrah/halaqah, atau kekuatan seorang guru 'mengangkat' semangat muridnya,


Atau kekuatan seorang mad'u menahan kantuk serta lelah dalam ditarbiyah.

(termasuklah ketahanan kita dimaki-hamun ketika ward round hehe...)

Biar lelah, asalkan lillah. Jom!