Assalamualaikum wbt :)
Haa result selanjar 2 sudah diumumkan. Apa saja keputusan anda, ingatlah bahawa ia adalah ujian daripada Allah swt. untuk anda. Ada orang yang lulus cemerlang sedangkan ia hanyalah istidraj (na'udzubillah), dan ada yang gagal namun insya-Allah ia adalah pemangkin semangat yang Allah berikan untuk menggerakkan lagi perjuangan kita!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah [2]: 216
Kita sudah berdoa, kita sudah berusaha, kita sudah bertawakkal.
Maka kini setelah ada keputusannya, apa lagi yang perlu kita buat?
Bersyukurlah. Ketahuilah bahawa menerima hakikat segala keputusan yang kita terima adalah daripada Allah, ia adalah kesedaran yang tidak semua insan alami.
Maka bersyukurlah. Tunduk & sujud memuji kebesaran & kebijaksanaan Allah swt.
Sang raja melakukannya. Pejuang-pejuang Islam melakukannya. Kini, hatta peninju pun melakukannya. Pahlawan UFC pun. Malah lebih sering kelihatan pula, para pemain bola sepak.
Maka hebat sangatkah kita untuk enggan sujud kepada-Nya?
Hebat, ataupun sebenarnya hanyalah ego & takabbur? Na'udzubillah.
Bagaimana caranya?
Oh itu tidak sukar. Ayuh kita belajar :)
Dalil-dalil sujud syukur
a. Hadits dari Abi Bakrah :
Ertinya : "Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam apabila datang kepadanya berita yang menggembirakannya, beliau tersungkur sujud kepada Allah. (HR. Ahmad dalam Musnad-nya 7/20477, Abu Dawud 2774, Tirmidzi, dan Ibnu Majah dalam Al Iqamah, Abdul Qadir Irfan menyatakan bahawa sanadnya shahih. Dihasankan pula oleh Syaikh Al Albani)
b. Hadits :
Ertinya : "Bahawasanya Ali radhiallahu 'anhu menulis (mengirim surat) kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam mengabarkan tentang masuk Islamnya Hamdan. Ketika membacanya, beliau tersungkur sujud kemudian mengangkat kepalanya seraya berkata : “Keselamatan ke atas Hamdan, keselamatan ke atas Hamdan.” (HR. Baihaqi dalam Sunan-nya 2/369 dan Bukhari dalam Al Maghazi 4349. Lihat Al Irwa’ 2/226)
c. Hadits Anas bin Malik :
Bahawasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam ketika diberi khabar gembira, beliau sujud syukur. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah 1392. Pada sanad hadits ini terdapat Ibnu Lahi’ah, dia buruk hafalannya, namun Syaikh Al Albani berkata : “Sanad ini tidak ada masalah kerana ada syawahidnya.”
d. Hadits Abdurrahman bin Auf :
Ertinya : "Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda, Jibril Alaihis Salam datang kepadaku dan memberi khabar gembira seraya berkata : “Sesungguhnya Rabbmu berkata kepadamu, ‘Barangsiapa membaca shalawat kepadamu, Aku akan memberi shalawat kepadanya. Dan barangsiapa memberi salam kepadamu, Aku akan memberi salam kepadanya.’ “ Maka aku sujud kepada-Nya kerana rasa syukur. (HR. Ahmad 1/191, Hakim 1/550, dan Baihaqi 2/371)
Apa kata ulama:
Syaikh Al Albani dan Syaikh Salim Al Hilali dipetik sebagai berkata: “Kesimpulannya, tidak diragukan lagi bagi seorang yang berakal untuk menetapkan disyariatkannya sujud syukur setelah dibawakan hadits-hadits ini. Lebih-lebih lagi hal ini telah diamalkan oleh Salafus Shalih radhiallahu 'anhum."
Syaikh Salim berkata : “Oleh kerana itu, seorang yang bijaksana tidak meragukan lagi untuk menyatakan disyariatkannya sujud syukur.
Barangsiapa menyangka bahawa sujud syukur merupakan perkara bid’ah, maka janganlah melihat kepadanya setelah peringatan ini.” (Lihat Bahjatun Nadhirin, jilid 2 halaman 325)
Bagaimana syarat-syarat dilaksanakannya sujud syukur?
Imam as-Shan’ani menyatakan setelah membawakan hadits-hadits masalah sujud syukur di atas : “Tidak ada pada hadits-hadits tentang hal ini yang menunjukkan adanya syarat wudhu dan sucinya pakaian dan tempat.”
Imam Yahya dan Abu Thayib juga berpendapat demikian. Adapun Abul ‘Abbas, Al Muayyid Billah, An Nakha’i, dan sebahagian pengikut Syafi’i berpendapat bahawa syarat sujud syukur adalah seperti disyaratkannya shalat.
Imam Yahya mengatakan pula : “Tidak ada sujud syukur dalam shalat walaupun satu pendapat pun.”
Abu Thayib tidak mensyaratkan menghadap kiblat ketika sujud ini. (Lihat Nailul Authar, juz 3 halaman 106)
Imam Syaukani merajihkan bahawa dalam sujud syukur tidak disyaratkan wudhu, suci pakaian dan tempat, juga tidak disyaratkan adanya takbir dan menghadap kiblat.
Wallahu'alam. Apa yang pasti, bersyukur itself pun sebenarnya adalah satu nikmat. Masya-Allah :D
Jom, kita beramal :)